MV pilihan penulis
Dato' Seri Siti Nurhaliza
Biarlah Rahsia"Siapa tadi, kawan lama you? Kenapa I tak pernah kenal pun?" Soal Mardiana memecahkan keheningan di dalam kereta yang dipandu oleh Muzaffar. Hanya alunan lagu dari frekuensi Light & Easy berkumandangan di corong radio dengan volume yang minima mengisi ruang pendengaran mereka berdua. Jika petang tadi, mereka datang secara berasingan, tetapi malam ini mereka pulang bersama menggunakan kereta Mardiana. Kereta Muzaffar pula diserahkan kepada salah seorang pekerjanya untuk dihantar ke pejabat.
"Oh, lupa nak kenalkan dengan you. Itu Iqbal Zikri. Kawan I masa study kat UM dulu. I panggil dia Kebal. Dah lama tak jumpa. Lebih sepuluh tahun rasanya. Entah la ke mana dia menghilang selama ni. Takde angin, takde ribut... Tau-tau hilang macam tu je."
Mardiana sekadar mengangguk. Jari jemarinya dipatah-patahkan seolah-olah mahu mengusir resah yang bersarang di jiwa. Sebelum ini Muzaffar telah memperkenalkan lebih dari separuh rakan-rakan lelakinya kepadanya. Malah dia sering dibawa untuk menghadiri sebarang majlis atau party yang dianjurkan oleh rakan-rakan Muzaffar. Berbeza dengan Iqbal menurut Muzaffar, rakan karibnya itu telah lama menghilangkan diri dan tidak pernah muncul dalam mana-mana majlis atau reunion yang dianjurkan oleh teman-teman sekampusnya.
"Noted sayang. No more questions regarding Kebal. Listen, I'm sure sayang tengah stress kan? I'll prepare something special for you tonight." Sengaja Mardiana mendekatkan tubuhnya ke arah Muzaffar yang sedang memandu. Tapak tangannya mendarat di atas peha Muzaffar lalu dielus dan diusap perlahan. Dia sedang cuba menyingkirkan bayangan seseorang yang muncul secara tiba-tiba di mindanya. Sebuah keluhan dilepaskan. 'Kenapa dia terlalu berani?'
"Baby, I'm driving right now. Please watch out your hand and behave yourself!" Bayangan wajah lelaki yang terpasak di mindanya sebentar tadi sirna sebaik sahaja kedengaran suara Muzaffar yang mendatar dan hambar. Dia menjeling ke arah suaminya yang berasa kurang selesa apabila digoda ketika sedang memandu.
"Honey, I'm just trying to make you happy. I knew that you so stressed." Kata-kata penolakan daripada Muzaffar tidak mampu menghalang jari-jemari Mardiana daripada terus lincah menari-nari di atas peha suaminya itu. Malah tangannya lebih berani meneroka ke kawasan terlarang di celah kelangkang Muzaffar. Ahh, tiada istilah terlarang kerana hubungan mereka adalah halal di sisi agama.
Usikan Mardiana tidak mampu dipandang enteng oleh Muzaffar. Dia bukanlah marah apabila Mardiana menggodanya dengan usapan lembut dan riak wajah yang sangat mengundang berahi itu. Sungguh, dia berasa sangat geram melihat isterinya itu menggigit bibir bawah sambil mengenyitkan mata. Tercabar kelelakiannya, namun kereta harus dipandu dengan berhati-hati.
Adakalanya dia lebih gemar bertindak seperti 'ais' kerana dia mahu Mardiana menjadi lava yang bisa mencairkan kebekuan hatinya. Namun ada ketikanya, dia bersifat 'api' dan mengharapkan Mardiana menjadi 'air' yang bisa menyejuk dan menenangkan , terutama apabila dia berada dalam keadaan tertekan. Mardiana sentiasa tahu cara untuk meredakan tekanan yang dialami olehnya.
Muzaffar cuba untuk tidak mengendahkan godaan dan usikan Mardiana yang masih merayapkan jari jemarinya pada bahagian peha dan juga kawasan larangan miliknya. Bukan dia tiada nafsu, cuma pada masa ini di dalam kepalanya masih memikirkan tentang Iqbal Zikri. Tak sangka pula bahawa kawan lamanya sekarang bekerja di bawah salah satu syarikat milik Datuk Ramlan Darus. Dia mula merancang pelbagai strategi untuk menggapai peluang perniagaan di bawah seliaan Iqbal Zikri. Pertemuan dengan rakan lamanya itu boleh diibaratkan sebagai langkah kanan untuk menyusun langkah memasuki 'jajahan takluk' milik Datuk Ramlan Darus. Dia sanggup melakukan apa sahaja supaya dia senang dan mudah mencapai segala yang diidamkan. Itu tekad Muzaffar di kala ini.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...