Iqbal memasuki ruang pejabat yang terletak di aras tujuh Wisma RAM Synergy Group. Dia dihidangkan dengan dekorasi ruang pejabat yang agak retro, menggambarkan pemiliknya berjiwa klasik. Sesiapa yang memasuki ruang ini akan menggamit nostalgia awal 60an dan 70an. Terdapat sebuah gramofon elok terletak di atas meja kayu dan di sebelahnya terdapat rak yang mengandungi koleksi piring hitam lagu-lagu lama. Pada dinding pula dihiasi dengan bingkai gambar Roger Moore, Marilyn Manroe dan Elizabeth Taylor. Malah tidak ketinggalan potret Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, zaman beliau membawa watak Jefri Zain -sebuah filem klasik tempatan yang bergenre penyiasatan tak ubah seperti filem James Bond 007.
"Cik Hannah Izzatie, Datuk dengan Encik Riduan dah masuk?" Tanya Iqbal. Jari-jemarinya mengetuk permukaan meja lalu menghasilkan satu ritma bunyi yang tidak sekata.
"Hari ni Datuk tak masuk office. Encik Riduan, hurmm... Tak nampak lagi batang hidungnya. Encik Iqbal ada appointment dengan Datuk ke?" Tanya gadis berkacamata bingkai bulat berwarna merah jambu itu.
Di aras tujuh ini terdapat empat jabatan yang menjadi tunjang utama kumpulan syarikat yang diterajui oleh Datuk Ramlan Darus. Antara jabatan yang terletak di aras tersebut adalah Department of Procurement and Contracts. Menjadi hasrat Iqbal untuk memasuki ruang jabatan tersebut untuk mengambil dokumen yang diarahkan oleh Datin Sue malam tadi.
Sebelum tindakan lanjut, Iqbal harus memastikan bahawa Datuk Ramlan dan juga Chief Operation Officer, Encik Riduan Bakar tidak berada di dalam pejabat.
Iqbal berkerja di salah satu anak syarikat yang khusus dalam pengurusan aset, liabiliti dan pelaburan. Dia amat jarang menjejakkan kaki di sini kecuali ada keperluan yang memaksanya seperti menghadiri mesyuarat bulanan syarikat itu dan juga mengambil laporan berkaitan jabatannya.
"Encik Afiq ada? Saya nak jumpa dia." Soal Iqbal kepada penyambut tetamu jabatan itu. Pandangan matanya menerobos ke ruang pejabat utama yang menempatkan Department of Administration -di hujung ruang terletaknya ruang peribadi Datuk Ramlan Darus, Pengerusi merangkap Chief Executive Officer Syarikat RAM Synergy Group.
Gadis yang bertubuh kecil molek itu mula menekan butang interkom lalu bercakap dengan seseorang.
"En. Afiq ada kat biliknya, En. Iqbal boleh masuk."
Iqbal mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk.
"Apa khabar, bro? Lama juga kau tak datang jumpa aku ni? Tentu ada sesuatu nak aku tolong kau, kan?" Duga Afiq Daniel setelah mempersilakan kawannya duduk di bangku hadapan meja.
"Gerak hati kau ni memang tepat sekali, bro. Senang cerita, aku nak dapatkan Bills of Quantities including costing proposal projek resort di Langkawi. Aku tahu kau ada dokumen tu."
"Weh bro, tu dokumen sulit syarikat, mana boleh bagi kat orang lain. Kalau Datuk atau Encik Riduan tahu, mampus aku! By the way kau nak buat apa dengan BQ tu?" Tingkah Afiq yang merupakan salah seorang Quantity Surveyor di syarikat itu.
"Memanglah dokumen tu sulit. Aku guna for internal purpose only. As a reference for me to prepare yearly expenditure's schedule. The project has been included in the list of company liabilities. Takkan kau tak faham tugas aku, bro."
"Sorry bro, aku terlupa yang kau dah dapat promotion sebagai Manager Asset and Investment. Tapi kan bro, BQ tu belum finalised lagi. Kebiasaannya after any of the project awarded to contractor, barulah BQ tu aku submit pada department kau."
Ujar Afiq sedikit ragu dengan kehendak Iqbal. Dia beranggapan masih terlalu awal untuk Iqbal mendapatkan dokumen sulit itu.
"Come on, bro. Aku perlu review dulu. Nanti senang sikit aku nak prepare expenditure's schedule." Balas Iqbal sebelum dihulurkan pendrive kepada Afiq. Dia masih menggunakanlah helah yang sama untuk mengaburi mata Afiq. Sebarang helah yang digunakan mestilah nampak munasabah dan konsisten.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...