Hujan yang tadinya gerimis, kini mula melebat dan menerjah cermin kereta yang dipandu oleh Yasmeen. Dia menghidupkan fungsi wiper agar dapat menyisih air yang menghalang pandangannya.
Sejenak dia termenung dan kemudian berdecit.
"What's wrong with Vie? Gaya bercakap, macam dah dapat hidayah. Tiba-tiba nak bertaubat. Aku yang Islam sejak lahir ni pun belum rasa nak bertaubat lagi." Serentak dengan itu, dia menampar mulutnya. Sedar bahawa sebagai seorang muslim, dia tidak sepatutnya mempermainkan soal taubat.
Kepala digeleng perlahan. Ada rasa sayu menerjah tangkai hatinya. Klip video Muzaffar yang tekun bersembahyang singgah di ruang mindanya. Begitu hebat persona yang dimiliki Muzaffar. Biarpun dia tidak mengenali lelaki itu, namun firasatnya terdetik bahawa aura Muzaffar telah mempengaruhi pendirian dan pegangan Elvie.
Hujan lebat telah bertukar gerimis saat Yasmeen memarkir kereta di bawah garaj. Dia mengeluh seketika apabila melihat kereta Iqbal tiada di garaj. Suaminya itu dijadualkan akan tiba hari ini setelah keluar beberapa hari atas urusan kerja.
"Eh, awal puan balik hari ni?" Soal Kak Mona yang muncul di pintu rumah dalam keadaan bertelekung. Pembantu rumah itu terus meluru keluar apabila mendengar deruan enjin kereta yang memasuki perkarangan rumah banglo itu.
"Mana Ameena? Tak dengar pun suara dia."
"Lepas akak suapkan makan tadi, dia terus tidur. Lagipun ini memang waktu tidur dia. Lagi sejam dia akan bangun."
Yasmeen melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul 2.15 petang. Mulai sekarang dia perlu merekod segala aktiviti harian Ameena.
"Akak dah solat?"
"Belum lagi puan. Puan nak saya siapkan apa-apa ke?"
"Akak... Saya pun belum solat. Hurmmm.. Boleh tak akak jadi imam saya kali ni?" Pinta Yasmeen teragak-agak.
Kak Mona tersenyum. Sedikit terkejut dengan perubahan mendadak yang ditonjolkan oleh majikannya. Dalam diam, dia memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Selama ini, dia tidak pernah melihat Yasmeen menunaikan solat. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi dirinya.
Usai solat zohor yang diimamkan oleh Kak Mona, Yasmeen duduk berteleku. Matanya asyik memandang imej Kaabah yang ditenun pada sejadah. Jarinya menari-nari di atas sejadah, seolah menukis perkataan 'Allah' dan 'Muhammad' di dalam tulisan jawi. Sulaman pada hujung telekung juga diteliti sehalusnya. Sejadah dan telekung yang dipakai ini amat jarang digunakan.
"Kenapa ni puan, ada masalah ke?" Soal Kak Mona yang duduk bersimpuh di hadapan Yasmeen.
"Akak.. mulai hari ini akak tak payah la panggil saya puan lagi. Panggil Meen aje."
"Saya seganlah puan. Puan kan majikan saya? Kalau saya panggil nama puan, takut puan salah anggap yang saya tak hormat puan." Jawab Kak Mona. Dia menjadi bertambah hairan dengan perubahan sikap wanita itu. Sebelum ini Yasmeen amat tegas dan garang padanya. Natijahnya Kak Mona sering berasa takut bila berhadapan dengan berwatakan seperti 'singa betina' itu.
"Tak usah fikir begitu kak. Saya sedar silap saya. Saya bukan majikan yang baik pada kak Mona. Saya sering marah Kak Mona tak tentu pasal. Maafkan saya ye!" Lirih Yasmeen bersuara. Polos sekali wajahnya saat menuturkan kata-kata maaf.
"Puan takde salah pun dengan saya.... Lagipun puan...."
"Meen! Panggil Meen agar kita lebih rasa selesa." Tingkah Yasmeen dengan pantas.
Kak Mona meneguk liur. Teguran dari Yasmeen membuatkan dia hilang kata.
"Akak, Meen betul-betul minta maaf dengan akak. Meen tahu Meen bukan perempuan yang baik. Meen bukan ibu yang baik pada Ameena. Meen patut ucap terima kasih pada akak sebab sanggup jaga Ameena untuk Meen."
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...