18

5.5K 47 4
                                    

Düsseldorf, 11.25a.m

Dua buah kenderaan MPV berjenama Mercedes-Benz V 250 yang membawa tujuh delegasi Malaysia diiringi tiga jelitawan tiba di Düsseldorf, ibu negeri Nordrhein-Westfalen. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 41 minit sejauh 231.3 kilometer dari kota Frankfurt. Bandar yang sedang dilawati oleh delegasi Malaysia ini merupakan pusat perdagangan dan kewangan yang utama di Jerman.

Menempuh perjalanan yang berjarak jauh agak memenatkan bagi semua delegasi perniagaan di bawah kelolaan Muzaffar. Mereka dijadual akan mengadakan sessi lawatan kilang dan rundingan perniagaan di antara pihak pegawai tinggi Putrajaya bersama wakil syarikat pembuatan sistem pam mekanikal yang berpengkalan di sini.

Dato' Ir. Shamsudin yang dikenali sebagai Dato' Sham ditugaskan sebagai ketua kumpulan para pegawai dari Putrajaya dan diklasifikasi sebagai klien Muzaffar. Selain diberi tanggungjawab dalam menjayakan rundingan di antara wakil Malaysia dengan pihak korporat Negara Jerman, beliau juga berperanan dalam memberi kelulusan kepada peralatan yang bakal dibekalkan ke Malaysia berdasarkan kapasiti kontrak yang tertentu.

Muzaffar bukan sahaja bertindak sebagai pemerhati tetapi lebih kepada liaison person antara Dato' Ir. Shamsudin dengan wakil syarikat pembuatan peralatan mekanikal di Jerman.

"Muz, you really know my taste! She's so beautiful, gorgeous and tempting. Last night, dia tak bagi chance langsung untuk I tidur." Dato' Sham berbisik sambil tertawa di telinga Muzaffar. Lelaki yang berkaca mata hitam itu tersenyum sumbing. Pertuturannya begitu berhati-hati agar tiada orang lain mendengarnya.

"Apa yang penting Dato' happy. Itu sudah cukup bagi saya. Err.. malam tadi Dato' pakai girl yang mana satu?" Soal Muzaffar sambil menjeling ke arah gadis-gadis yang berada tidak jauh dari mereka.

Dato' Sham menunjuk ke arah seorang gadis berambut light brown yang duduk bersebelahan dengan Elvie. Dalam masa yang sama, Elvie turut menoleh ke arah Muzaffar membuatkan pandangan mereka bertaut. Serentak dengan itu, Elvie mengukir senyuman kepada Muzaffar.

Melihat Dato' Sham yang mudah termakan dengan godaan seorang gadis pendamping membuatkan Muzaffar ingin merancang sesuatu yang dirasakan penting untuk perniagaannya di Malaysia.
Muzaffar teringat akan perbualan dengan Datuk Ramlan Darus pada dinihari tadi.

Apabila lelaki mempunyai kuasa, yang haram tidak dianggap salah selagi boleh diredah. Pangkat dan kuasa menjadi sandaran untuk meraih kenikmatan walaupun dengan cara yang keji. Muzaffar mempunyai pandangan skeptikal terhadap manusia yang berdarjat dan mempunyai nafsu yang buas.

"I guess Datuk perlukan bedmate. Jangan bimbang, I akan hantar seorang jelitawan untuk menemani Datuk sepanjang hari." Ujar Muzaffar sambil melirik pada Elvie yang sedang bersolek di hadapan cermin.

Akal jahatnya mencadangkan gadis penghibur itu menjadi teman ranjang kepada lelaki berhidung belang yang sentiasa kemaruk seks. Itu pengamatan Muzaffar terhadap Datuk Ramlan di samping sedikit informasi daripada Iqbal.

"Datuk Ramlan tu kaki betina. Kau jangan selalu bawa bini kau jumpa dengan dia. Kalau tak habislah kau!" Ujar Iqbal padanya, usai pertemuan kali pertama di antara Mardiana bersama Datuk Ramlan di kelab golf tempoh hari.

Kalau benar Datuk Ramlan itu kaki betina, maka tak salah jika dia mencampakkan umpan segar supaya dia mendapat laba yang besar. Di matanya sekarang, Elvie bakal menjadi taruhan.

"Mr. Tan. Next week I nak book Elvie for second time. Amoi ni manyak bagus, manyak syok ma." Dia menghubungi Mr. Tan Boon Chua yang berada di Kuala Lumpur.

"Wah, Muzaffar. You suka itu amoi ka? You boleh ambil dia loh. Janji you jaga dia elok-elok dan kasi wa punya projek untung besar. You sinang wa pun sinang juga maa." Kedengaran suara lelaki cina ketawa di hujung talian.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now