15

7.4K 65 12
                                    

MATA dicelik sedikit demi sedikit. Perit terasa saat dia mahu membuka mata. Kantuknya masih bersisa. Dengan mata yang masih terpejam, tangannya meraba-raba tilam di sebelah, mencari tubuh Iqbal agar dapat menyumbang sedikit haba kepada tubuhnya yang mula kesejukan.

Terasa tilam di sebelahnya kosong, tiada penghuni. Lambat-lambat mata dibuka lantas bangun daripada pembaringan. Seketika matanya terpejam rapat saat menghidu haruman Hugo Boss yang memenuhi segenap ruang. Seakan terasa Iqbal dekat dengannya. Tersangat dekat. Mata bundarnya celik lagi. Sejenak dia teringat tentang kata-kata Iqbal yang memberitahunya untuk ke pejabat sebentar.

Tangan dipanjangkan lalu telefon bimbit yang berada di sisi katil dicapai. Skrin gelap itu ditenung lama. Iya. Memang dia sengaja mematikan telefonnya sepanjang malam. Dia tidak mahu diganggu apatah lagi saat itu dia sedang diulit asmara bersama kekasih hati.

Punat kecil pada peranti tersebut ditekan lama. Beberapa saat dibiarkan, mata Mardiana membulat tatkala melihat lebih 20 panggilan daripada Muzaffar yang tidak dijawab. Hatinya berdebar bukan kepalang. Tekaknya terasa kesat lantas bibir digigit perlahan. Mengapa Muzaffar menghubunginya. Apa yang suaminya mahukan? Serta merta dia dihantui rasa bersalah. Tanpa menunggu lama, jarinya menekan nama sang suami dan terus menghubungi lelaki tersebut.

"Bie, I'm so sorry. I tak perasan this phone was running out of battery." Mardiana berkata perlahan saat panggilannya disambungkan.

"It's okay baby sayang. But now, I need your help." Pinta Muzaffar lembut.

Nafas lega dihela perlahan. Dadanya yang terasa sempit sebentar tadi dirasakan kembali tenang. Matanya terkebil-kebil memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku jika Muzaffar menghidu ulahnya. Apatah lagi jika mendapat tahu dia bersama dengan Iqbal. Hancur. Kepala digeleng pantas saat mebayangkan hal yang bakal terjadi. Tidak. Dia tidak akan biarkan perkara buruk terjadi. Apa pun dia harus lebih berhati-hati dalam setiap gerak gerinya Muzaffar tidak menaruh syak wasangka.

"Sayang, is everything okay? Aduhai, I risau sangat. And you know what, I miss you so much." Mardiana bertanya manja. Sengaja mahu begitu. Lakonannya harus menjadi.

Kedengaran suara Muzaffar ketawa di sebelah sana.

"I miss you too, baby sayang. Listen, I need you to do me a favor. Petang ni I nak you wakilkan I untuk jumpa Datuk Ramlan Darus. Oh, sebelum tu you kena jumpa Maybank Branch Manager, Encik Firdaus. Ambil dokumen daripada dia dan bawa kepada Datuk." Pinta Muzaffar lembut. Dia sedang memujuk Mardiana agar membantunya.

"Kalau I tak nak, you boleh minta staff kat office pergi jumpa Datuk kan?" Soal Mardiana semula. Dia paling tidak gemar untuk membantu Muzaffar dalam hal yang satu itu. Entah mengapa dia rasakan dia sedang bersaing dengan pekerjaan Muzaffar. Dia seakan jatuh pada tempat kedua. Ah, dia benci!

" Please baby sayang. I need your help. Benda ni urgent. Lagipun staff I semua sibuk." Pujuk Muzaffar lagi.

"Baiklah! You send details apa yang I perlu buat! Send location pejabat Datuk Ramlan juga." Bahunya jatuh, Mardiana mengalah. Dia malas mahu melawan kata dengan Muzaffar. Dia kenal siapa suaminya. Menjadi kepantangan andai kemahuannya ditolak secara mentah-mentah. Terutamanya melibatkan urusan perniagaan Muzaffar.

Mardiana mengeluh panjang. Dia tidak suka dengan apa yang dia rasa. Marah dengan kelakuan suami sendiri. Perasaan geram menggelegak di dalam hati. Tekaknya kesat, rasa meluat terbit saat ini jua. Hanya kerana Muzaffar menghubunginya untuk urusan kerja semata-mata. Tiada kata rindu yang terluah. Tiada bisikan cinta yang disampaikan. Ketahuilah, di jiwanya amat ketandusan dengan madah cinta dan belaian manja.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now