31

4.8K 88 67
                                    

Lama Mardiana berdiri di hadapan cermin, memerhati dengan penuh teliti pada bahagian perutnya sambil telapak tangan  mengusap lembut bahagian itu. Kini kandungannya sudah mencecah dua bulan. Belum ada perubahan pada fizikalnya, hanya perutnya sahaja kelihatan sedikit buncit, namun tidak terlalu ketara.

Mujurlah sepanjang awal kehamilan ini, dia tidak diserang alahan teruk.  Sekadar loya dan sedikit lesu pada tubuh, tidak menganggu rutin hariannya. Cuma lewat kebelakangan ini, dia selalu diserang sakit kepala dan kerap mahu tidur sahaja.

Telefon bimbit yang terletak di atas meja solek berdering. Nama Wati muncul di skrin. Agak lama mereka tidak berhubungan. Pasti ada sesuatu yang ingin dikongsi dengannya.

"Babe, kau tahu tak yang Fiza dah bersalin? Dia dapat baby girl." Suara Wati kedengaran agak nyaring di talian sebelah sana.

"Alhamdulillah... Seriously babe? Aku tak tahu pun. Fiza takde text aku. Kau dah tengok dia dan baby?" 

"Fiza bersalin tiga hari lepas. Belum babe... Aku plan nak melawat dia esok. Kau nak ikut tak?"

"Aku kurang sihatlah babe. Tapi, aku teringin nak tengok baby dia. Tentu comel!"

"Babe, baby tu memang comel. Mukanya macam anak mat saleh... So, what do you expect now?"

Mardiana menelan liur. Kerongkongnya mula dirasakan perit. Dia mula teringat tentang pengakuan Fiza  ketika pertemuan mereka bertiga dahulu. Masih terbayang lagi akan airmata Fiza yang mengalir di pipi kerana buntu untuk membuat keputusan sama ada mahu berterus terang dengan Hairi atau terus merahsiakan akan status bayi di dalam kandungannya.

"You know what, babe? Memang dari dulu aku dah agak, Hairi mesti curiga bila tengok baby tu. Aku tak tahu nak cerita macam mana kat kau, babe. Serba-salah aku ni." Sambung Wati.

"Kau ni... kalau nak cerita, cerita bagi habis!" Pangkas Mardiana.

"Fiza dah admit yang dia pernah terlanjur dengan Sean dan baby tu adalah anak Sean. Hairi mengamuk sakan! Aku tak sure Fiza kena belasah dengan Hairi or not. Cuma Fiza ada beritahu sampai hari ni Hairi tak balik rumah. Dia ada cakap yang Hairi nak ceraikan dia. Aku takutlah babe. Jom kita pergi tengok Fiza. At least kita ada dengan dia di saat dia dalam kesedihan..."

Mardiana terduduk. Cerita tentang sahabatnya itu membuatkan hatinya resah. Situasinya sekarang adalah sama dengan apa yang pernah dialami Fiza. Dia juga mengandung anak dari benih bukan suaminya. Tidak mustahil juga Muzaffar bakal mengikut jejak langkah Hairi untuk menceraikannya. Memikirkan itu, dia jadi tak keruan.

"Babe, kau okay ke tak ni? Apa kata tengah hari esok aku datang rumah kau. Then kita pergi ziarah Fiza?"

Mendengar suara Wati membuatkan Mardiana tersedar daripada terus mengelamun.

"Okay babe. Kau datang ambil aku ye."

Talian dimatikan.

Dia berganjak ke tingkap dan menyelak langsir, memandang pada langit yang telah bertukar warna jingga kemerah-merahan. Sayup-sayup kedengaran suara muazin memuji kebesaran Illahi. Seruan pada seluruh umat untuk menyembah Tuhan Yang Maha kuasa pada waktu senja.

Buat sekian kalinya Mardiana mengusap perutnya. Apakah nasib anak yang bakal lahir ini andainya Muzaffar pergi meninggalkan dirinya kelak? Ahh, bukankah Iqbal mahu bertanggungjawab pada dirinya? Pun begitu, berdasarkan pengetahuannya, menurut hukum Islam, Iqbal hanya boleh menikahinya selepas dia bersalin kelak. Jauh di lubuk hatinya dia tidak mahu Muzaffar tinggalkannya namun pada masa yang sama dia juga percaya akan janji-janji yang telah Iqbal lafazkan.

Benarkah dia tamak?

Masa yang bakal ditempuhinya masih lagi panjang. Mampukah dia terus bertahan untuk menyimpan rahsia ini sehingga dia bersalin kelak? Sedangkan sehingga ke hari ini, berita kehamilannya masih belum disampaikan kepada Muzaffar. Sungguh, dia takut dengan penerimaan Muzaffar akan kehamilannya. Masih terngiang-ngiang di telinga akan jerkahan suaminya itu setiap kali dia membangkitkan perihal ingin menimang cahaya mata.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now