Deleted Scene

7.1K 74 46
                                    

Author's Note:
Chapter ni ditulis berdasarkan scene pertemuan Iqbal dan Mardiana sebelum keguguran. Situasi berlaku di Bilik 431, dalam bilik Hotel di Kuala Lumpur.
Ini sambungan selepas Chapter 30.

Please enjoy The MV- Love Me Like You Do

(OST - Fifty Shades of Grey)

PoV Iqbal.

Aku merapatkan hidung pada lehernya yang jinjang. Lalu kuhidu dan kusedut aroma dari juraian rambutnya yang beralun melepasi bahunya. Jari-jariku kian galak menari di atas lengannya. Ketika ini, apa yang aku inginkan agar dia berasa bahagia dan tenang disampingku.

Dadaku menekap pada bahu mulusnya sebelum kedua-dua belah tanganku menangkap dua tangan yang bersilang di atas perutnya. Kemudian, perlahan-lahan bibirku mengoles kulit leher demi merangsang ghairah yang masih lagi terpendam dalam tubuhnya. Desiran nafasnya yang beralun deras diserta dengan pergerakan dadanya yang jelas berombak. Itu cukup membuat aku faham bahawa nalurinya ingin bersamaku meskipun mulutnya sudah mengatakan tidak!

"Dian, I know you want me. Now I'm yours and forever be yours. " Bisikku separa menggoda.

"Please Que. Stop it. I don't need you anymore." Wajahnya menghala ke mukaku. Nafas kami mula bertembung lantas menghangatkan wajah.

Aku tahu dia cuba untuk mengelak dari menyentuhku. Dia cuba berdalih kemudian wajahnya pula beralih arah.  Padaku, lidah Dian mampu berbohong tetapi tidak pada riak wajahnya.

Ku genggam akan tangan kanannya sebelum dibawa ke bibirku. Aku sengaja mengucup pada setiap bilah jari tangannya dengan harapan dapat membangkitkan rasa berahi yang cuba dipendam olehnya.

Dian meronta kuat. Dia merentap tangannya yang sedang kupegang. Lalu dia menolak tubuhku kebelakang. Aku terpaksa mengalah buat seketika. Kerana aku tidak mahu terus bergelut dengan dirinya. Ketika dia membelakangi aku, tangan nakalku pantas menampar bontotnya yang pejal. Sengaja menciptakan sensasi pada tubuhnya.

Dengan pantas Dian menoleh ke arahku, menjeling manja sambil menggigit bibir bawah. Reaksi spontan daripada Dian kian mengundang nafsuku.

Sedang kami berbalas renungan mata, dengan pantas aku mencapai pergelangan tangan Dian. Lalu tubuhnya ditarik ke arahku. Wajahnya terus menghempap dadaku. Dengan mudah aku terus memeluknya dengan erat. Tubuh kami seolah-olah sukar untuk direnggangkan. 

Nafasnya mendesis kuat, hembusan hangat menerpa pada dadaku yang telah telanjang. Aku susur tanganku dari atas bahu hingga ke lengan. Melorot turun jeket denim yang tersarung pada tubuhnya. Mujur Dian langsung tidak membantah.

Aku kucup keningnya sambil jariku menguis-nguis belakang tengkuknya. Selajurnya telapak tangan kananku diletakkan pada dadanya. Aku dapat merasai degupan jantung Dian yang rancak. Mungkin pergerakan tanganku sedikit nakal, tidak semena-mena Dian mencakar belakang tubuhku dengan menggunakan kesepuluh kuku jarinya.

Aku mendesah kecil. Renjisan adrenalin terus menyelinap ke seluruh saraf tubuh.

"Padan muka you!" Dian mengejekku.

Aku masih mampu tersenyum setelah melihat reaksi Dian. Tubuh Dian meliuk manja sambil bibirnya mengukir senyuman mencebik.

"Kita tengok muka siapa yang padan dulu." Aku membalas ejekannya.

Dian tercegat sambil memeluk tubuh. Bibirnya dicungik ke atas. Aku pura-pura ketawa melihat tingkahnya. Dian memusingkan bola mata sebelum menjelirkan lidah. Aku ketawa lagi. Yakinlah bahawa aku hampir berjaya menyingkir watak singa yang sebentar tadi menjelma dalam diri Dian. Aku tahu akan sikap Dian yang suka bermanja dan dimanjai. Garangnya hanya sekadar topeng.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now