3

10.2K 100 1
                                    

Sebuah kereta Honda HR-V putih membelok masuk ke perkarangan parkir sebuah golf club yang terletak di Lembah Beringin. Muzaffar yang berkemeja biru polos keluar dari perut kereta diikuti oleh Mardiana yang memakai midi separas lutut.

"You nak buat apa kat sini? Setahu I, you tak main golf," soal Mardiana seraya membontoti langkah Muzaffar masuk ke club house.

"I nak jumpa Datuk Ramlan, bincang pasal business."

Muzaffar menghentikan seketika langkahnya, berkalih tubuh untuk memandang tepat ke mata isterinya.

Sebelum ke mari, dia enggan memberitahu mengenai destinasi dan tujuan mereka datang ke golf club ini. Ketika itu mulutnya seolah terkunci disebabkan otaknya terlalu aktif meneroka idea sebagai persiapan untuk bertemu dengan orang yang berkedudukan seperti Datuk Ramlan Darus. Sementelah dia tahu bahawa Mardiana pasti akan menolak permintaannya untuk membawa isterinya itu menemaninya ke mari.

"You memang sengaja, selalu sangat you buat I macam ni. Kalau I tahu kita nak jumpa Datuk dan Datin, I tak pakai baju ni!"

Mardiana menghentak kaki. Matanya melorot ke bahagian bawah tubuhnya, memerhati akan pakaiannya yang dirasakan sedikit ketat dan menampakkan seluruh lekuk tubuh badannya. Memang tidak sesuai untuk bertemu dengan orang seperti Datuk dan Datin. 

"Tak payah risau dengan baju you tu. Bersyukur sikit sebab I minta you pakai macam ni. Nasib baik I tak suruh you pakai bikini."

Seloroh Muzaffar walaupun nada suaranya agak keras. Ada senyuman sinis tergaris di wajah suaminya itu.

"Mengarutlah you ni. Benci tau tak? I nak balik sekarang!"

Bentak Mardiana. Dalam keadaan ini, hatinya berasa sangat sebal. Muzaffar memang tidak boleh dibawa berbincang langsung. Semuanya dia sahaja yang betul!

"You jangan cari pasal, baby... Jangan cuba nak rosakkan plan I. Tak payah nak muncung sangat la mulut you tu. Nak I ikat ribbon atau sangkut hanger kat bibir tu?"

Giliran Muzaffar pula membentak. Dia sedar bahawa isterinya itu sedang memberontak. Dia harus memanipulasi situasi dan usaha sedaya upaya untuk memujuk Mardiana agar mood wanita itu berubah. Dia tidak akan sama sekali membiarkan Mardiana menayang muka monyok di hadapan VIP yang bakal mereka temui sebentar nanti.

"Baby sayang, listen... Lepas habis meeting, kita shopping. You teringin nak beli perfume baru kan?"

"I nak handbag baru!"

Sengaja Mardiana mengambil kesempatan atas peluang yang dibuka oleh Muzaffar. Alang-alang dia sakit hati, biar dibalas dengan cara menghabiskan wang ringgit suaminya itu.

'Padan muka!' Bisik hatinya. Dia mengangkat sebelah kening. Cuba membaca reaksi Muzaffar.

"Anything for you, baby. So, now please behave yourself. Kalau you behave, you boleh pilih apa je yang you nak."

Muzaffar mengukir senyuman lebar apabila melihat wajah Mardiana bertukar ceria. Senyuman yang terukir di bibir isterinya terus terpancar di matanya yang bulat bercahaya. Lapang dadanya melihat senyuman itu. Sebagai tanda menghargai, dia menarik tubuh Mardiana agar mendekat padanya dan kemudian sebuah kucupan lembut dihadiahkan ke dahi wanita itu.

Pasangan suami isteri itu berpegangan tangan seraya memasuki ruang club house dan seterusnya menuju ke ruang golfer terrace yang terletak di bangunan bersebelahan.

Padang Golf  yang menghijau melatari pemandangan coffee house tersebut. Muzaffar memacu langkah sambil diiringi oleh Mardiana,  matanya galak memandang ke persekitaran kawasan. Sekilas matanya tertancap pada susuk tubuh seorang wanita berusia awal 40an sedang berada di kerusi yang dibuat dari kayu jati sambil ditemani oleh seorang lelaki. Mereka berdua berada di satu sudut penghujung coffee house yang bersempadan dengan padang golf.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now