MV Pilihan
Lewis Capaldi - Before You GoMardiana terjaga daripada lena yang panjang Walaupun dirasakan kepalanya berat, dia gagahi juga untuk bangkit dari pembaringan. Matanya melingas ke segenap ruang kamar yang sunyi itu. Dia mengamati bunyi dari dalam bilik air, adakah mungkin Muzaffar sedang mandi? Tiada. Jantungnya berdegup kencang. Terdetik kerisauan di hati, mungkinkah Muzaffar sudah meninggalkan dirinya?
Kaki dihalakan ke sudut bilik lalu pintu almari baju dibuka. Dia menghela nafas lega. Separuh daripada pakaian Muzaffar masih ada di dalam gerobok. Pun begitu, dia berasa tidak sedap hati. Pantas kakinya melangkah keluar dari bilik.
Tiba di ruang tamu, terdapat luggage milik Muzaffar di situ. Sekali lagi jantungnya berdetak kencang. Dia menelah bahawa Muzaffar sudah bulat tekad untuk meninggalkan dirinya.
Kaki dihayun pula menuju ke arah bilik tamu. Dia berharap suaminya ada di situ, namun bilik itu kosong tak berpenghuni. Mardiana menggigit bibir. Kolam matanya mula menakung air. Dengan penuh rasa kecewa, dia berjalan ke dapur. Tekaknya mula berasa pedih dan kering, kesan menangis sebelum tidur malam tadi.
Setibanya di dapur, Mardiana sedikit tergamam apabila melihat Muzaffar sedang membancuh kopi. Aroma kopi yang harum semerbak mula menyucuk hidungnya. Sekali lagi Mardiana menghela nafas lega. Langkah diatur menghampiri sang suami.
"You dah bangun? Sorry, I tak kejutkan you. I got urgent meeting this morning. Dah lambat." Ujar Muzafar bersahaja. Dingin. Tiada panggilan baby sayang seperti kelazimannya.
Mardiana sekadar terpempan melihat Muzaffar menyicip kopi sambil berdiri. Dia sedar lelaki itu sedang memandangnya melalui ekor mata. Kelihatannya Muzaffar seperti enggan menatap wajahnya.
Dia menghampiri Muzaffar sambil mencapai gelas dan mengambil air suam daripada mesin air Coway. Setelah meneguk segelas air, dia memberanikan diri untuk bersuara.
"Bie..."
Muzaffar melangkah mendekati Mardiana yang bersandar pada kabinet, menunduk seketika dan mengucup dahi Mardiana. Tangannya menggosok ubun-ubun Mardiana sebelum mendekatkan bibir pada telinga Mardiana.
"I have to go. Please take care of yourself." Bisik Muzaffar perlahan ke telinga Mardiana.
Mardiana menjadi tergamam seketika. Namun cepat-cepat dia menyingkirkan 'kebekuan' dirinya lalu cuba meraih tangan suaminya untuk disalami. Malangnya, Muzaffar buat tidak endah sebelum meneruskan langkahnya.
Mardiana hanya mampu merunduk tanpa memandang ke arah Muzaffar. Dia tidak mampu melihat pada wajah lelaki yang telah dikhianatinya itu. Dia tahu di sebalik wajah tenang suaminya, ada luka yang tersiat di dalam hati.
Pun begitu, Mardiana berasa sedikit aneh. Muzaffar tidak menunjukkan kemarahan atau menaruh dendam terhadapnya. Suaminya itu hanya beriak biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku malam tadi. Tindakan Muzaffar mencium dahinya sebentar tadi tidak diduga olehnya. Sangkanya Muzaffar jijik untuk menyentuhnya setelah dia berterus terang malam tadi. Namun tadi Muzaffar tetap melakukan rutin itu seolah dia tidak pernah berterus-terang mengenai perselingkuhan dirinya dengan Iqbal.
Ada tidak ada pun, Mardiana sedar bahawa Muzaffar agak kaku dan beku. Tiada usikan nakal saat dia mengucupi dahi Mardiana. Kebiasaannya, tangan suaminya akan liar meneroka bahagian dada atau punggungnya. Sekadar mengusik untuk mencuit nafsu Mardiana.
Beberapa ketika setelah kepergian Muzaffar, Mardiana menepuk dahi kerana menyedari bahawa dia tidak menghantar Muzaffar sehingga ke muka pintu. Kakinya seolah terpaku di lantai, tak mampu untuk menapak mengekori langkah suaminya. Dia berdecit perlahan. Kesal dengan kealpaan diri.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...