Sungguhpun Iqbal agak kekok melihat Elvie bermesra dengan Muzaffar, namun dia percaya bahawa Muzaffar merupakan lelaki yang tidak mudah termakan dengan godaan. Sahabatnya itu hanya beriak selamba apabila tangannya dielus manja oleh Elvie. Reaksi gadis itu seolah-olah tidak dihiraukan. Huh, kebal! Untung Dian...
"Bro, I got to go now. Aku dah tempah bilik untuk Elvie. Nasib baik masih ada bilik kosong." Muzaffar muncul semula di meja mereka setelah menghilang seketika bagi menguruskan bilik penginapan Elvie.
Iqbal mengeluh perlahan. Kening yang tidak gatal digaru dengan jari kelingking. Nampaknya dia tiada pilihan melainkan terpaksa bersetuju untuk menemankan Elvie sepanjang mereka berada di sini. Sejenak dia terfikir tentang Yasmeen. Bertemu dengan Elvie di sini ibaratnya dia berjumpa dengan bayang-bayang Yasmeen.
"Macamana you boleh kenal dengan Muzaffar?" Tanya Iqbal setelah Muzaffar meninggalkan mereka berdua.
"Pasal tu you tak perlu tahu. Yang you kena tahu, I akan perhatikan setiap gerak geri you selama I berada di sini." Elvie mengenyitkan matanya dan ketawa spontan apabila melihat riak wajah Iqbal yang seperti tergamam mendengar kata-katanya sebentar tadi.
"Kalau begitu, esok I nak you balik KL." Tingkah Iqbal.
Ada debaran muncul di dadanya sebaik mendengar tawa Elvie tadi. Tawa itu dirasakan seolah-olah sedang memerlinya. Apa yang Elvie tahu mengenai dirinya?
"If I don't? Elvie membuntangkan matanya. Wajah Iqbal yang sedikit pucat direnung tajam.
Iqbal hanya mampu meneguk liur. Dia menelan kata. Liurnyanya terasa kesat sekali. Sekali lagi sebuah keluhan dilepaskan sebelum dia bangun dan menarik beg troli Elvie untuk dibawa ke chalet yang telah ditempah oleh Muzaffar sebentar tadi.
***
Yasmeen Lee merebahkan badan di atas couch yang terletak di ruang tengah pejabatnya. Dia kepenatan setelah seharian mengendalikan sessi grooming untuk peragawati yang baru menceburkan diri ke dalam bidang peragaan. Meski penat, namun dia berpuas hati dengan prestasi mereka.
Sessi yang telah berlangsung selama enam jam berakhir sebentar tadi. Dia menyungging senyuman apabila teringatkan wajah sepuluh orang gadis remaja yang berminat dalam bidang peragaan yang telah menghadirkan diri untuk menjalani kursus pendek yang dianjur oleh syarikatnya.
Yasmeen ingin berehat seketika untuk menghilangkan kepenatan tubuhnya. Sambil berbaring, dia mula merangka untuk mengembangkan agensi modelling yang diusahakannya ini untuk melahirkan ramai bakat baru yang akan mewarnai industri peragaan di Malaysia.
Petang hampir melabuhkan tirainya. Rumah teres lot tepi yang disewa oleh Yasmeen untuk dijadikan sebagai pejabat mula hening. Hanya dia sahaja yang berseorangan di premis ini. Yang lain telah meninggalkannya sebaik sahaja urusan mereka selesai.
Yasmeen berasa perlu berehat buat seketika setelah selesai bergelut dengan kesibukan menguruskan sessi grooming tadi. Mata dipejamkan sejenak. Kedua-dua kakinya dibiarkan jatuh terjuntai. Rambutnya yang panjang mengurai melitup wajahnya. iPhone diletakkan pada kusyen couch di hujung kepala setelah aplikasi spotify dihidupkan. Sepasang earbuds dilekap pada kedua belah telinga. Lagu-lagu nyanyian Katy Perry berkumandang menerjah gegendang telinga Yasmeen. Muzik bagaikan menjadi terapi untuk meredakan ketegangan setelah penat berkerja.
"Sayang, you look so tired..."
Mata Yasmeen terbuka luas. Dia kenal akan suara itu! Spontan dia mendongakkan wajah setelah berasa kewujudan seseorang yang duduk di hujung kepalanya.
"Hai sayang, terkejut ke?" Lelaki itu tersenyum. Dia berasa lucu melihat wajah Yasmeen yang kelihatan terkejut dengan kemunculannya di sini. Punggung dilabuhkan dan dia bersandar pada couch sambil bersila panggung. Lagaknya begitu bersahaja, sedangkan dia sedar bahawa Yasmeen tidak suka akan kehadirannya di sini.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...