8

6.1K 68 10
                                    

Sebaik sahaja tiba di perkarangan kondo, Iqbal menawarkan untuk ikut sama naik menghantar Mardiana hingga ke pintu rumah. Mardiana enggan, namun apabila Iqbal mendesak, akhirnya dia terpaksa akur.

"Tak nak jemput I masuk?" Iqbal menduga.

"Sorry sayang. Ini mahligai I dengan Muz. You cari mahligai yang lain untuk kita berdua. Bebas sikit I nak buat 'kerja' dengan you nanti." Usik Mardiana. Matanya dikenyitkan lantas mengukir senyuman mekar sekaligus menayang barisan giginya yang putih tersusun.

Wajah Mardiana ditatap. Kening digaru perlahan. Dia faham akan maksud kata-kata Mardiana sebentar tadi. Isteri sahabatnya itu masih sedar kedudukannya sebagai seorang isteri. Tidak mungkin sama sekali dia mahu membawa masuk lelaki lain ke dalam 'syurga' mereka berdua. Kini keadaan sudah semakin sulit. Dia juga berasa agak sukar untuk terus menyembunyikan hubungan terlarang ini daripada pengetahuan Muzaffar. Sering terdetik di hatinya, sampai bilakah mereka mampu untuk menyimpan rahsia? Apakah akan terjadi sekiranya perkara ini terbongkar.

Dia sendiri tidak pasti.

"Thanks berikan I bekal.. You buat I 'kenyang'." Sempat tangan Mardiana mengusap 'burung' Iqbal yang sedang terkurung di dalam 'sangkar.'

Muka Iqbal merah menahan perasaan. Dia sekadar menepis manja. tangan Mardiana ditarik, dibawa ke bibir lalu dikucup perlahan sebelum mengucapkan selamat tinggal.

***

Pintu bilik ditutup perlahan dan dia melabuhkan punggung di birai katil. Sejenak Mardiana kembali terbayangkan aksi nakalnya di dalam kereta Iqbal tadi. Dia menggeleng perlahan dan menggigit bibirnya. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa dia bertindak seberani itu. Sedangkan sepanjang perkenalan mereka belum pernah mereka melakukan seks oral. Hari ini sejarah baru telah tercipta.

Ada sendu di hatinya. Masih tertanya-tanya di benaknya, apa yang dia mahukan daripada Iqbal? Bukankah Iqbal hanya sebagai sandaran di kala dia ketandusan kasih sayang dan perhatian daripada Muzzafar? Dan sekarang, dia mula merasakan Iqbal adalah tempat dia melepaskan nafsunya yang sering terbejat dek keegoan Muzaffar. Untuk pertama kalinya, hari ini dia merasakan telah berlaku curang terhadap Muzaffar. Curang dalam erti kata yang sebenar.

Sekali lagi kepala digeleng perlahan lantas tubuh dilontar ke tengah tilam.
Ya, dia curang. Namun kecurangan ini berpunca daripada sikap Muzaffar. Apa yang telah terjadi di dalam kereta Iqbal tadi berpunca daripada rasa marahnya terhadap Muzaffar. Suaminya itu dengan mudah menolak permintaannya untuk menikmati 'vitamin' kegemarannya. Dengan mudah dia meletakkan segala kesalahan pada Muzaffar.

Mardiana bangun. Dia rasakan ada cecair merembes keluar daripada bahagian farajnya. Dia tahu bahawa cecair yang keluar itu bukanlah cairan orgasme yang dikecapi bersama Iqbal sebentar tadi. Dia mendengus apabila melihat tompokan merah di atas cadar katil yang berwarna putih. Ternyata dia sedang didatangi haid.

Segera dia memeriksa kalendar. Sepanjang tempoh tiga bulan, kitaran haidnya masih teratur. Dalam tempoh dua puluh satu hari pada bulan ini, hanya enam kali dia melakukan hubungan seks bersama Muzaffar. Malangnya kesemua hubungan badan itu tidak dilakukan semasa proses ovulasi.

Mardiana menghela nafas panjang. Muzaffar adalah manusia yang sangat praktikal.
Suaminya itu turut mengambil tahu mengenai aturan haidnya semata-mata untuk mengetahui waktu suburnya. Jadi, Muzaffar sememangnya mengelak untuk berhubungan badan ketika Mardiana berada dalam keadaan yang subur.

Bukan dia tidak pernah meluahkan hasrat pada Muzaffar untuk mempunyai anak. Namun tidak diendahkan oleh suaminya itu. Antara alasan yang sering digunakan oleh Muzaffar ialah belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana mahu mengukuhkan keadaan ekonomi terlebih dahulu.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now