14

7.7K 66 15
                                    

JANTUNG Iqbal berdebar saat melangkah masuk ke dalam executive suite yang telah terlebih dahulu ditempah petang tadi.

'Apa yang aku dah buat ni?' Gerutunya di dalam hati.

Mardiana yang tercegat di pintu dipandang. Nampak seolah-olah kaki buah hatinya itu berat untuk melangkah masuk.

"Masuklah sayang, kita berdua je di sini." Tangannya menggamit supaya Mardiana mendekati dirinya.

Riak wajah Mardiana tampak kosong. Mungkin dia masih lagi berasa serba-salah untuk menuruti permintaan Iqbal. Akhirnya dia bulatkan tekad untuk melangkah masuk lalu mendekati Iqbal. Wajah Iqbal direnung sedalamnya.

"Que, I percaya pada you. Kerana itulah I ikut you sampai ke sini." Ujar Mardiana seraya menghampiri tubuh Iqbal.

Fikirannya sedikit bercelaru. Tubuh tegap itu direnung seolah-olah mahu dirangkul dan digomol semahu hatinya. Namun separuh daripada akalnya menegah perbuatan itu. Sudahnya dia hanya mampu tercegat di hadapan Iqbal.

"Dian, usah ragui kepercayaan you pada I. Perlukah I buktikan rasa sayang I pada you?" Hidung Mardiana dicuit dengan jari telunjuk.

Melihat kepada reaksi Mardiana yang seolah-olah malu dan kekok, Iqbal duduk di birai katil sambil menepuk-nepuk tilam seraya memberikan isyarat agar Mardiana duduk di sisinya. Dia mula menganyam angan. Peluang untuk memiliki Mardiana sepenuhnya bagai sudah terhidang di depan mata. Cumanya dia perlu bijak mengatur langkah dan seterusnya memainkan peranan supaya Mardiana rebah ke dalam pelukannya.

"Sayang,.." Mardiana duduk di sisi Iqbal dan meneguk liur, kemudian menyambung.

"Selama kita kenal, you tak pernah ceritakan pasal isteri you. Benarkah you tak pernah rasa bahagia dengannya?"

Iqbal melucutkan jaket dari badan sebelum bangkit untuk menggantungkannya ke dalam almari. Dia tidak terkejut dengan soalan Mardiana malah dia telah bersedia untuk memberikan jawapan. Nafas dihela perlahan.

"Bukan niat I nak sorok siapa isteri I, dan apa masalah yang sedang I hadapi. Pada I, bila bersama dengan you, itu semua dah tak penting. You're my priority. Bila kita berdua bersama, it's just you and me. Tak perlu ada orang lain yang mengisi ruang di antara kita." Iqbal berdiri di hadapan Mardiana, menunduk sedikit dan mengusap bahu Mardiana yang terdedah.

"Sayang, jujur I akui, you buat I rasa dihargai. You care about me. I tak dapat semua ni dari Muz. I sangat-sangat berharap agar bahagia yang I kecapi ni datangnya daripada Muz. Tapi..." Bibir digigit perlahan. Lirih hatinya mengenang Muzaffar yang jauh di mata.

Iqbal melabuhkan punggung di sisi Mardiana. Riak wajah Mardiana yang sayu menghadirkan rasa belas di hatinya.

Saat tangan Mardiana digenggam, tidak semena-mena wanita itu menyembamkan wajah ke bahunya.

"Que, I really need a hug!" Mardiana teresak perlahan. Perit rasa hatinya apabila mengenangkan diri yang terpaksa meraih perhatian daripada lelaki selain suami sendiri.

Iqbal meraih Mardiana ke dalam pelukan. Belakang Mardiana diusap perlahan, menghantar maksud bahawa dia sentiasa berada di sisi Mardiana dalam apa jua keadaan.

Usapan demi usapan menghadirkan suatu perasaan halus. Dua insan berlainan jantina ini seolah-olah akur dengan angin cinta yang membelai jiwa. Hembusan nafas saling menderu. Apatah lagi saat bersentuhan kulit, bagaikan ada arus kenikmatan yang menjalar dan meresap ke seluruh urat nadi. Petanda bahawa akan ada penyatuan terlarang di antara dua jasad dan dua jiwa.

"I love you so much, Mardiana Anoura..." Bergetar bibirnya saat menuturkan ayat keramat itu.

Mardiana mengangkat wajahnya dan menatap mata bening Iqbal. Ada sinar cinta dalam pandangan itu.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now