Hembusan bayu pagi bertiup lembut lalu menyapa wajah empat jelitawan yang sedang beraksi di hadapan kamera. Riak wajah kegirangan terpancar ketika menggayakan busana muslimah yang bakal dikeluarkan di pasaran. Mereka begitu lincah memperagakan busana, masing-masing cuba menunjukkan kemahiran beraksi di hadapan jurukamera.
Photoshoot untuk sebuah iklan komersial kali ini berlatarbelakang masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Cahaya matahari yang makin terik seperti tidak langsung memudarkan semangat para jelitawan untuk melakukan pose yang terbaik. Masing-masing berusaha bersaing untuk menonjolkan diri di hadapan kamera.
Di hadapan mereka, seorang jurukamera begitu tekun merakam setiap momen yang dicerap oleh kameranya. Sesekali dia memberi arahan pada setiap model dalam menggayakan aksi yang diingininya.
"Meen sayang! You punya pose too sexy and daring. Tak sesuai dengan tema kita! Now kita tengah shoot pakaian muslimah la sayang, not bikini!" Laung photographer sambil menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum sumbing ketika melihat visual yang memaparkan imej Yasmeen yang sedang menjelir lidah. Ditambah pula Yasmeen sengaja mencekang abaya yang dipakai supaya menampakkan bentuk payudaranya. Postur tubuh yang menonggeng membuatkan jurufoto menjadi geram. Wanita itu langsung tak berubah dari dahulu. Nakal!
"Kita break sekejap!" Laung seorang wanita yang bertanggungjawab sebagai pengurus acara untuk sessi penggambaran ini. Dia sedang duduk di bawah payung bersama dengan seorang pemilik butik pakaian yang tersohor, Datin Sue.
"Yasmeen darling. Dah lama I tak jumpa you, almost two years isn't it? You ni kan makin lama makin cantik!" Puji Datin Sue setelah Yasmeen tiba di hadapannya.
Yasmeen membalas teguran itu dengan menguntum seulas senyuman manis. Sekali pandang, air muka Yasmeen dilihat sombong. Ramai orang mempunyai persepsi demikian tatkala pertama kali bertemu Yasmeen.
"Datin, Yasmeen ni laku keras. Nak dapat slot sehari untuk hari ni, I terpaksa tunggu tiga bulan!" Sampuk wanita pengurus acara.
"How's your life, darling. Betul ke I dengar you dah kahwin? " Soal Datin Sue sebelum mempelawanYasmeen duduk di bangku bersebelahan dengannya.
Hampir tersedak Yasmeen tatkala mendengar soalan dari Datin Sue. Mujurlah air mineral yang sedang diminum tidak tersembur pada wajah Datin Sue. Dia cuba mengawal nafasnya. Serta-merta belakang tapak tangan digunakan untuk meyapu lelehan air yang menodai bawah dagunya.
Seorang jurumekap bergegas mendapatkan Yasmeen untuk touch up solekan yang sudah luntur. Kemunculan jurumekap seperti menyelamatkan Yasmeen daripada menjawab soalan Datin Sue. Buat sementara waktu Yasmeen berpeluang mencari helah. Dia membiarlan jurumekap menata rias wajahnya tanpa menjawab pertanyaan wanita di sebelahnya.
"Betul ke you dah kahwin Meen? I tak tahu pun!" Bella, wanita pengurus acara bersuara dengan nada merajuk. Tanda dia seperti berkecil hati.
Damn!
Enggan membiarkan mereka terus membuat spekulasi, Yasmeen tergelak kecil sebagai isyarat menepis telahan daripada Datin Sue dan Bella.
"Ada I panggil you untuk attend kenduri kahwin I ke? Takde kan? kalau I kahwin mestilah I buat majlis yang grand and of course I akan jemput you." Jawab Yasmeen sambil ketawa manja. Datin Sue menjeling tajam ke arah dua wanita itu. Dia berdehem sebagai isyarat agar mereka menyedari kewujudannya di situ.
"Datin, I'm sorry. I belum kahwin lagi la. Datin ada calon untuk I ke? Tapi buat masa sekarang I belum lagi nak kahwin..." Usik Yasmeen sambil mengenyit mata pada Bella.
Sebenarnya sehingga kini, Yasmeen masih mengunci mulut tentang perkahwinannya bersama Iqbal. Hanya di kalangan ahli keluarga kedua belah pihak dan Elvie sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu. Dua tahun Yasmeen berjaya menyimpan rahsia. Perihal Iqbal dan Amina langsung tidak dikhabarkan pada kebanyakan rakan-rakannya.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...