39 - Akhir

9.7K 154 142
                                    

MV Pilihan
Aku Dan Kamu
Bunga Cinta Lestari

Hari ini merupakan hari ketujuh Muzaffar menghilangkan diri daripada Mardiana. Segala pesanan yang dihantar oleh Mardiana melalui aplikasi whatsapp hanya dibaca tanpa ada niat untuk membalas. Setiap kali nama isterinya itu muncul di skrin, hatinya mula berkocak dan meluruh. Rasa kecewa di hati masih belum dapat disingkirkan lagi. Ralat benar rasanya. Muzaffar melihat semula mesej yang dihantar oleh Mardiana pada jam 8.20 pagi tadi.

+Bie, where have you been? I sedih bila you diamkan diri. My life is empty without you. Sampai bila you nak lari dari I? Bie, please come back. I miss you so much 😭

Muzaffar tidak sanggup untuk terus membaca pesanan itu. Sistem peranti itu diletakkan dalam flight mode. Buat masa sekarang, dia tidak ingin diganggu oleh sesiapa, terutama daripada Mardiana dan Iqbal.

Dia hanya ingin tenangkan fikiran terlebih dahulu, biar tenang dan aman. Hal Mardiana dan Iqbal harus diketepikan. Cuma sesekali dia terpaksa menghidupkan peranti telefon atau iPad untuk mendapat tahu perkembangan syarikat dan projek-projek yang sedang dikendalikan syarikatnya.

Jarinya mula mengurut pelipis dahi. Walau tidak mahu memikirkan Mardiana, namun  fikirannya tetap ligat mengingatkan isterinya yang ditinggalkan sendirian di Kuala Lumpur.

"Muz, abah harap Muz dapat bimbing Diana, tegurlah dia jika dia buat salah. Anak abah tu manja orangnya. Childish pun ye juga. Abah harap Muz dapat bersabar dengan perangai dia. Abah akan doakan semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga ke syurga." Pesanan arwah abah mertuanya pada malam ijabkabul kembali terngiang-ngiang di telinga.

"Encik Muz, isteri itu sebahagian daripada ujian buat kita.Baik kita maka baiklah dia, buruk kita mungkin buruklah dia. Suami yang jadi ketua dalam rumahtangga. Encik Muz tentu sudah faham tugas suami adalah mendidik dan mengajak isteri ke jalan yang diredhai Allah." Kata-kata Shamsul Reza pula berlegaran di telinga, bersilih ganti dengan pesanan arwah abah mertuanya.

Muzaffar menekup telinga. Dia sedar dia yang sebenarnya menjauh daripada Mardiana. Tindakannya terlalu mengikut emosi. Melarikan diri daripada masalah bukanlah jalan penyelesaiannya. Sepatutnya, dia perlu hadapi dan selesaikan masalah yang membelengu dirinya. Dia harus berhadapan dengan Mardiana. Bukannya dengan cara melarikan diri sebegini!

Rindu? Ya, dia semakin rindu pada Mardiana. Wanita itu cinta matinya. Tada siapa yang boleh gantikan tempat Mardiana di dalam hatinya. Cuma dia ego untuk memaafkan Mardiana.

Hidupnya mula dirasakan kosong dan sepi. Meskipun sebelum ini dia sering berjauhan dengan Mardiana tetapi tidaklah dirundung sepi sebegini. Berbeza dengan sekarang ini, dirasakan hidupnya tidak lengkap tanpa adanya Mardiana di samping.

Muzaffar mengeluh panjang. Apa yang sedang bermain difikirannya hanyalah tentang Mardiana.

Mardiana sedang buat apa sekarang?

Mungkin juga isterinya sedang asyik berpelukan dengan Iqbal. Kata-kata terakhir Iqbal terngiang di telinganya.

"Bro, aku cakap sekali lagi aku mengaku aku salah. Kalau kau benar-benar cintakan Diana, kau maafkan dia. Kau lebih layak untuk dia, bukannya aku. Kau fahamkan? Tapi kalau kau masih sia-siakan dia, aku tak teragak-agak untuk rampas dia dari kau," Iqbal memandang tepat pada Muzaffar. Padanya, cukuplah dengan pergaduhan yang telah berlaku di antara mereka berdua sebentar tadi.

Dia mengepal penumbuk. Geram!

Prasangka kadang-kala datang menghasut. Dek kerana hanya sekali dia dikhianati, pastinya memberi kesan pada kepercayaan yang selama ini diberikan kepada Mardiana.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now