25

4.4K 51 15
                                    

Sila dengarkan lagu 'Cinta dan Benci' dari Geisha.

"Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa oh"

Kedinginan malam menjadi peneman hati Mardiana yang gundah. Sekali lagi dia ditinggalkan sendirian di dalam bilik. Hanya bantal dan duvet yang menjadi teman sepinya, menghangatkan tubuh yang digigit kedinginan.

Mardiana mendengus panjang. Bantal dilontarkan ke arah dinding. Baginya, bantal itu adalah sebagai simbolik dirinya. Bila diperlukan, ia dipeluk dan dicium, kemudian dicampak dan dibuang tanpa ada rasa simpati.

Tangannya meramas cadar dengan sekuat hati sehingga berlaga gigi atas dan bawahnya. Kedut seribu cadar itu dibuatnya, ibarat hatinya yang sedang berkecamuk.

"Kau tak pernah berubah Muz! Aku benci kau!" Jeritannya memecah keheningan malam.

Mardiana menegakkan badan sebelum turun dari katil. Dia melangkah lambat menuju ke cermin dan berdiri tegak di situ, melihat rauh wajahnya yang muram. Tubuh yang dibalut dengan nightgown berbenang sutera ditenung. Bukannya dia tidak cantik dan menawan. Tapi mengapa Muz selalu dingin padanya?

Mardiana menilik dirinya buat kesekian kali.

Sanggupkah dia terus hidup begini?

Mencintai dua lelaki sekaligus.

Sanggupkah dia terus-menerus berlaku curang di belakang Muzaffar? Dia tahu dia berdosa, namun dia selalu tewas dengan godaan yang muncul.

Dia adalah isteri yang sepi. Terlalu rapuh bila dihasut. Mudah hanyut dalam lautan asmara yang diciptakan bersama Iqbal.

Iqbal adalah sahabat Muzaffar. Lambat-laun tembelangnya akan pecah!

Jantung Mardiana berdegup kencang.

'Entah-entah Muz jumpa dengan Iqbal. Mungkin Iqbal ingin mengotakan kata-katanya. Ahhh.. mungkin Iqbal akan bongkar rahsia aku!'

Mardiana bermonolog.

'Kalau benar Iqbal akan beritahu Muz rahsia itu, mati aku!' gerutu Mardiana.

Hatinya gundah.

Dua jam sebelum itu, Muzaffar berjanji untuk menemani dirinya bersiar-siar untuk menikmati suasana malam di pulau lagenda ini. Maka dia begitu cepat membina sebuah harapan yang indah. Lalu dicampakkan hati yang walang untuk menjemput sebuah kegembiraan.

Malangnya, janji Muzaffar hanya sia-sia. Lelaki itu bergegas keluar setelah mendapat satu panggilan telefon. Dibiarkan dia termanggu sendirian. Dibuatnya dirinya seperti patung cendana di kamar ini.

"Baby sayang, I terpaksa keluar malam ni. Ada hal mustahak. I janji malam esok I bawa you keluar jalan-jalan. Alah, kita masih banyak masa kat sini. I ada masa setahun untuk siapkan projek itu."

"You selalu macam ni. Kalau esok I mati, you jangan menyesal pulak!" Tingkah Mardiana. Wajah cemberut dipamerkan.

"Baby sayang, jangan sebut pasal mati. Tak sedap I dengar. I janji I akan tunaikan segala permintaan you. You cakap apa sahaja yang you nak. I pasti tunaikan."

"You nak keluar sangat kan? I nak Mercedes-Benz dan 10k dalam account I setiap bulan!" Dia sengaja menduga suaminya.

Muzaffar menyungging senyum.

"Not a big deal baby sayang. Next month you will get the car. 10k huh? Okay, I transfer now. Anything for you, my lovely wife. Mmmuahhh!" Muzaffar melayangkan ciuman sebelum menutup pintu chalet.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now