20

5.6K 56 14
                                    

KALA senja, rintik-rintik gerimis mulai turun membasahi permukaan lebuh raya PLUS. Mardiana meneruskan pemanduan setelah menjemput Muzaffar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk kembali ke kediaman mereka di Damansara. Sesekali dia menjeling ke arah suaminya yang berada di sebelah.

"Bie, how's your trip? Eh, you nak makan? Sorry I tak masak. If you nak makan, I boleh singgah kat mana-mana restoran yang terdekat." Tutur Mardiana dengan suara yang sedikit dilunakkan. Sedar bahawa dia culas dalam menyediakan hidangan makan malam untuk Muzaffar.

"I dah makan tadi kat airport. Hujan makin lebat ni baby sayang. Kita balik rumah. I wanna clean up myself." Jawab Muzaffar sambil melempar pandangan ke luar tingkap. Rintik-rintik gerimis sebentar tadi bertukar menjadi lebat.

Seketika kemudian dia menoleh ke arah Mardiana. Wajah polos itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Senyuman terukir di bibir.

"Baby sayang, I once promise you, If I manage to grab the contract with Datuk, I nak buat party dan bawa you bercuti ke oversea. Now I nak tunaikan janji. You pilihlah mana-mana negara yang you nak pergi, nanti I pilih tarikh yang sesuai untuk kita pergi. We gonna spent our precious time together." Muzaffar memperlahankan volume radio. Dia sedikit terganggu dengan celoteh DJ yang sedang mengendalikan siaran.

"Bie, boleh tak buat sementara waktu ni you lupakan pasal projek you. Cuba you fikirkan pasal I ni biarpun hanya seminit dua?" Mencungit bibir Mardiana saat menuturkan kata-kata itu. Pedal minyak ditekan kuat dan Honda HR-V dipecut melepasi had laju 110km/j.

"Sayang, kan I dah cakap... Selama ni apa je yang I buat, semua untuk you. Setiap masa dan ketika I always thinking of you. How could you say that I'm not thinking of you?" Muzaffar mendengus kuat. Halkumnya bergerak-gerak dan dalam masa yang sama rahangnya diketap kuat. Kecil hatinya apabila mendengar tuduhan daripada sang isteri.

Mardiana mengetap bibir. Sedikit kesal dengan kata-katanya sebentar tadi. Muzaffar baru sahaja sampai, bunga-bunga pertengkaran sudahpun berputik. Jauh di sudut hati, dia menyimpan perasaan bersalah terhadap suaminya itu. Satu, kerana telah menyerahkan tubuhnya kepada yang bukan hak. Dua, kerana telah tersalah sangka akan pendirian Muzaffar dalam menjalankan urusan perniagaan. Sungguh, dia tidak sanggup untuk mengakui segala kesalahan yang telah dilakukannya sepanjang pemergian Muzaffar ke Jerman.

Sebaik sahaja kaki mencecah ke lantai unit aparment mereka, Muzaffar menarik Mardiana ke dalam pelukan. Pinggang isterinya dipaut seerat mungkin. Dia menatap mata Mardiana dengan pandangan yang penuh rindu dendam.

"I miss you so much, baby. Seminggu I jauh dari you, tak pernah terlintas di hati nak lupakan you. Hati dan fikiran I sentiasa melekat pada Mardiana Anoura, my lovely wife." Bisik Muzaffar tanpa melepaskan pandangannya ke mata Mardiana. Perbuatannya itu membuatkan bulu roma Mardiana merinding. Kata-kata yang terbit daripada bibir lelaki itu menghadirkan suatu perasaan halus yang amat sukar dimengertikan.

Keduanya pegun seketika sebelum Mardiana bersuara,

"Eh, you kata nak mandi dulu. Go, clean up yourself first. I nak bancuhkan nescafe O untuk you." Mardiana merungkaikan pelukan, namun Muzaffar menarik kembali tubuhnya agar merapat.

"Ya, I nak mandi. But before that, I want this sweet lips!" Ujar Muzaffar seraya melumat bibir Mardiana. Rakus!

Dalam keadaan yang tidak bersedia, Mardiana merelakan dua ulas bibirnya menjadi santapan sang suami. Dia turut sama mengucup dan melumat bibir Muzaffar sebagai tanda melepaskan kerinduan yang membara di jiwa. Pun begitu, ada suatu perasaan asing yang menyentap tangkai hatinya. Tidak semena-mena rasa sebak mula bertandang. Sungguh, dia rasa berdosa terhadap Muzaffar. Lirih hatinya mengenang segala perbuatan yang dilakukan dek kerana tumpas pada tuntutan hawa nafsu.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now