MV pilihan Author.
Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza.
(Sesuai kot dengan apa yang dirasai oleh Mardiana)Rumah yang sejak dahulu lagi dihiasi dengan gelak ketawa si kecil kini bertambah ceria. Kalau dahulu larian si kecil hanya ditemani oleh kak Mona, petang ini si kecil nampak gembira kerana ibunya ada meluangkan masa dengannya.
Setibanya Iqbal di ruang tamu, Ameena terus berlari dan menerpa ke arahnya minta supaya didukung.
Sejak dilahirkan lagi, Ameena telah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh Iqbal. Ini yang membuatkan Ameena lebih manja dengan Iqbal berbanding ibunya, Yasmeen. Biarpun hampir sebulan Yasmeen duduk di rumah dan menjaga Ameena, namun anak kecil itu masih tidak mahu lekang dari daddynya.
Di saat Ameena sedang menarik seluar Iqbal minta dimanja. Iqbal seakan kejung. Tiada reaksi yang ditunjukkan terhadap Ameena. Si anak masih mendepakan tangan tetapi malangnya tiada rangkulan dari daddynya seperti kelaziman. Hanya renungan kosong yang dihadiahkan pada Ameena tanpa segaris senyuman.
Fikiran Iqbal begitu berkecamuk. Di hadapannya ialah anak Yasmeen, malah selama ini dia telah menganggap si comel ini tak ubah seperti anaknya juga. Dia telah tumpahkan kasih sayang yang sepenuhnya pada Ameena.
Tapi di saat ini, muncul bisikan yang menegah dirinya untuk membelai anak ini. Malah bisikan itu mula menghasut Iqbal supaya menjauhi Ameena yang bukan datang daripada benihnya. Bisikan halus itu sedikit sebanyak cuba menggoyahkan rasa kasih pada Ameena dengan mengatakan bahawa benihnya yang sebenar telah bercambah di dalam rahim Mardiana. Tetapi malangnya, sebentar tadi dia melihat Mardiana terlantar di katil hospital. Telinganya telah mendengar berita keguguran daripada mulut Mardiana sendiri. Rasa sedih begitu mencengkam perasaannya.
Iqbal ingin terus berlalu dari ruang tamu dan bukan bermakna dia mengabaikan Ameena, sebaliknya dia perlu meredakan ketegangan yang mengganggu fikirannya. Dia perlu bersendirian buat seketika.
"Abang, what's wrong with you? Dari tadi Ameena minta awak dukung dia. Tapi kenapa awak macam tak ingin dukung dan peluk dia? Kesian Ameena."
Menyedari Iqbal tidak mengendahkan Ameena, Yasmeen mendapatkan Ameena lalu didukung. Kesian pula melihat Ameena yang terlompat- lompat sendirian sedangkan Iqbal enggan merangkul tubuh anak kecil itu.
Yasmeen berasa pelik dengan tingkah-laku Iqbal yang hanya berdiri tanpa merangkul Ameena.
"Sorry, saya penat sangat. Lagipun tubuh saya berpeluh. Takut ada kuman dari tubuh saya hinggap pada Ameena." Iqbal mencipta alasan.
Yasmeen sekadar menjeling Iqbal berlalu memanjat tangga ke tingkat atas. Satu keluhan berat terkeluar daripada mulutnya. Dia menoleh sekilas ke arah Ameena. Wajah si kecil jelas sekali mempamerkan riak hampa dan kecewa. Tidak semena-mena hatinya merasa belas terhadap anaknya itu.
Tanpa berlengah, Yasmeen mendukung Ameena sambil menepuk-nepuk badan si kecil. Dia tidak mahu anaknya dibayangi emosi tidak elok yang dibawa oleh orang dewasa. Yasmeen tidak pernah melihat wajah Iqbal yang muram ketika Ameena berlari mendapatkan ayahnya. Selalunya suaminya itu akan memeluk dan menggomol anaknya setelah tiba di rumah walaupun dilihat peluh membasahi bajunya.
Langkah kaki Iqbal hanya diekori oleh anak mata Yasmeen, meskipun begitu dia berasa aneh dengan sikap Iqbal namun sebolehnya dia tidak mahu berfikir jauh. Mungkin benar keadaan suaminya benar-benar letih.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...