11

5.8K 56 10
                                    

TEPAT jam dua belas malam, kereta yang dipandu Iqbal memasuki perkarangan parkir rumahnya. Tidak kelihatan Mini Cooper merah milik Yasmeen di dalam porch rumah. Dia beranggapan bahawa Yasmeen masih belum pulang. Sepanjang hari ini dia langsung tidak bertemu dengan isterinya itu. Ketika dia keluar bekerja awal pagi tadi, Yasmeen masih tidur. Manakala ketika dia pulang petang tadi, Yasmeen tiada di rumah. Perlahan keluhan dilepaskan. Komunikasi di antara mereka berdua kian lenyap dari hari ke hari.

Ketika pintu dikuak, keadaan suasana agak sepi ditambah dengan cahaya yang agak malap di ruang tamu. Kak Mona bersama Ameena telah nyenyak dibuai mimpi. Mujurlah pengasuh anaknya itu sanggup bermalam di sini untuk menemani Ameena. Hendak diharapkan Yasmeen, adalah seperti suatu perkara yang amat mustahil berlaku.

Iqbal melabuhkan duduk di sofa, berehat untuk meredakan gelodak di dalam hatinya. Dia berhasrat untuk menanti akan kepulangan Yasmeen yang keluar entah ke mana.

~I tak sangka, sanggup you langgan GRO! Memang lelaki suka menggatal dengan perempuan begitu ye?~

Iqbal mengimbas kembali pesanan whatsapp daripada Mardiana ketika mereka berada di dalam bilik karaoke. Tatkala itu jantungnya berdegup kencang. Amarah Mardiana dihamburkan bukan secara lisan, tetapi melalui talian. Cepat sungguh Mardiana melancarkan perang. Seperti tiada esok!

~I'm so sorry. I bukan nak buat apa-apa dengan perempuan tu. Sekadar duduk dan temankan I aje. Tak lebih daripada itu...~

Iqbal jujur mengakui kesilapan di pusat karaoke tadi.

~If you ever do it again, kita putus!!!!~

Nampaknya Mardiana memang bengang dengan Iqbal.

'Perang dingin' yang berlaku secara dalam talian itu membuatkan mulut mereka berdua terkunci rapat. Mata masing-masing tertancap pada telefon bimbit. Mardiana kerap mengelak dari terus duduk berhadapan dan bertentangan mata dengannya. Walaupun beberapa kali dia mencuba untuk meraih perhatian Mardiana, namun tetap gagal.

"Sayang, nyanyi lagu 'Srikandi cintaku' please..." Suara Mardiana menarik perhatian Iqbal.

Lagu tersebut merupakan lagu kesukaan mereka berdua dan sering diputarkan ketika mereka berada di dalam keretanya.

"Okay..." Lancar sekali mulutnya memberi reaksi kepada permintaan Mardiana sehinggakan Muzaffar menoleh kepadanya. Saat itu barulah dia tersedar akan kewujudan sahabatnya itu. Riak wajah Muzaffar yang agak kehairanan menyebabkan dia terpempan seketika. Liur ditelan, terasa kesat sekali.

"Diana minta kau nyanyi, bro. Meh, aku cari lagu tu dalam playlist." Tutur Iqbal seraya bergerak ke skrin monitor. Mahu dia menoleh ke arah Mardiana, namun kata hati tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.

Detak jantungnya berdegup kencang, namun dia cuba berlagak selamba dan fokus mencari lagu itu di monitor. Jumpa!

"Baby, siapa yang you panggil sayang tadi? You nak minta I atau Kebal yang nyanyi?!" Soalan yang terpacul daripada mulut Muzaffar menambahkan debaran di dada. Dia kalih pandang ke arah pasangan suami isteri itu. Muzaffar sedang merenung tajam ke wajah Mardiana namun tangan menghulur mikrofon kepada Iqbal.

"Gila apa I nak panggil kawan you tu sayang. You are my sayang. Off course I minta you yang nyanyi." Suara Mardiana kedengaran manja. Dalam masa yang sama, matanya masih sempat melirik ke arah Iqbal yang sedang pura-pura meneliti senarai lagu pada paparan skrin.

Mujurlah Muzaffar tidak lagi memanjangkan cerita. Mungkin lelaki itu sekadar menganggap bahawa panggilan Mardiana dan juga sahutan daripada Iqbal merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now