6

7.1K 75 26
                                    

*Digalakkan untuk mendengar lagu di atas ketika membaca chapter ini*

"I tengok cepat betul anak Kebal  mesra dengan you, macam dah biasa sangat dengan you. Biasanya budak kecik ni agak sukar mesra dengan orang yang dia tak kenal. Pelik juga bila anak Kebal tu macam tak nak berenggang langsung dengan you."

Tutur Muzaffar sebelum menghidupkan enjin keretanya. Dia mengerling sekilas ke wajah Mardiana. Walaupun dalam hati kecilnya terdetik rasa aneh, namun dia tidak mahu bersikap terlalu curiga terhadap isterinya.

"You tahu kan I suka budak-budak? Mungkin Ameena rasa selesa dengan I. Lagipun I memang teringin nak anak sendiri... Takpe la sayang. Kalau you tak suka I layan anak kawan you tu, lepas ni tak payah bawa I jumpa dia dengan anak dia dah!"

Bentak Mardiana sambil memakai tali pinggang keledar.

"Laaa... Sayang ni ke situ pula. I wanna ask you, is it the right time for us to have a baby, now?"

Soal Muzaffar teragak-agak. Dia tahu Mardiana sememangnya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri, namun bagi pihak dirinya, dia masih belum bersedia. Baginya, biarlah empayar perniagaannya kukuh terlebih dahulu, barulah mereka fokus untuk menambah bilangan ahli keluarga pula.

"I dah ready sejak dulu lagi, tapi you yang tak mahu..."

Jujur Mardiana mengakui bahawa dia selalu mengimpikan mempunyai anak sendiri ketika awal usia perkahwinan mereka dahulu. Namun Muzaffar yang selalu berkeras mengatakan belum lagi bersedia.

"Okay, lupakan dulu pasal anak. You pun tahu I belum bersedia. Now I nak fokus pada business. Baby sayang, kalau  I dapat tender projek resort Datuk Ramlan tu, I nak buat party."

"Why nak buat party? I think better you buat majlis kesyukuran dan doa selamat. Barulah rezeki you melimpah-ruah. Kita ni dah tua, tak sesuai dah nak buat party semua tu sayang..."

Mardiana mencebik. Sebal dengan sikap Muzaffar yang lebih sukakan hiburan berbanding hal-hal keagamaan.

"Rezeki I ni datangnya dari doa seorang isteri like you, baby sayang. Kalau you rasa nak buat doa selamat, okay, kita buat. Tapi party still on!" Jari Muzaffar pantas mencuit pipi isterinya.

Mardiana hanya terkebil-kebil memandang ke wajah suami yang tersenyum lebar. Hatinya masih tertanya-tanya, tidakkah Muzaffar menyedari perlakuan dia dan Iqbal di cafe tadi?  Adakah dia langsung tak perasan perlakuan Iqbal  mengelus tangannya yang sedang mendukung Ameena? Sudah berapa lama Muzaffar tiba di meja mereka, dan adakah Muzaffar mendengar butir bicara dia dan Iqbal?

"You tengok tak tadi Kebal pakai kereta apa? Tu kereta idaman I, baby sayang... I really hope that someday I dapat pandu kereta tu." Muzaffar mula memasang impian baru.  

'Sah, dia tak perasan!' Bisik hati kecil Mardiana.

Dia malas untuk mendengar angan-angan Muzaffar yang tidak berkesudahan. Pada pengamatan Mardiana, Muzaffar terlalu ghairah mengejar impiannya. Kadang-kala dia rasakan bahawa Muzaffar seperti tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki sekarang.

Sebuah keluhan berat dilepaskan. Mata dipejam, dia ingin tidur dan membiarkan Muzaffar hanyut dengan angan-angan yang tiada kesudahannya.

****

Ketika Iqbal memandu masuk ke perkarangan rumahnya, sebuah kereta Mini Cooper merah sudah terparkir di ruangan garaj  menandakan bahawa Yasmeen telah pulang setelah hampir  seminggu berada di Kepulauan Maldives.

Ameena yang sedang lena di dalam car seat diangkat dan didukung pada dadanya. Kepala anak kecil itu dicium beberapa kali tanda kasih seorang bapa terhadap anaknya.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now