19

5.2K 46 9
                                    

Kuala Lumpur, Sabtu. 10.00 a.m

Dengan dada yang berdebar-debar, Mardiana melangkah ke dalam lobi The St. Regis. Matanya melingas memerhati ke segenap ruang, mencari lelaki yang berjanji temu dengannya. Kalau diikutkan rasa hati, berat untuknya melangkah ke sini. Namun apakan daya, janji sudah terpateri, maka sukar buatnya untuk menarik kembali apa yang telah diputuskan.

Mardiana menghela nafas panjang. Dia harus tampil yakin biarpun perasaannya sedang bergolak. Akalnya perlu berfikir secara rasional tentang apa yang bakal terjadi kelak.

Dengan tenang Mardiana menghayunkan langkah ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di sudut coffee house. Lelaki itu dilihat begitu fokus memerhati pada skrin iPad.

"Welcome my darling. I'm glad to see you. You look so beautiful and adorable. You like a princess came from a forbidden city and of course, I am the King." Kata-kata pujian terbit dari bibir Datuk Ramlan diiringi senyuman galak yang membuatkan Mardiana berasa meluat.

"Datuk tak perlu nak puji I lebih-lebih. I datang bukan untuk mendengar pujian Datuk. But I ada di sini atas dasar menunaikan perjanjian di antara suami I dengan Datuk!" Tutur Mardiana berterus-terang. Walaupun berasa jengkel namun dia masih mampu mengawal riak wajahnya supaya kekal senyum.

Mardiana enggan mendengar sebarang pujian daripada lelaki yang berhidung belang itu. Sudah menjadi adat orang lelaki pandai menutur kata-kata manis sebagai umpan pemikat jiwa wanita. Maaf! kata-kata Datuk Ramlan sedikitpun tidak mampu mencairkan hatinya.

"Have a seat, please. Coffee or tea?" Pelawa Datuk Ramlan tanpa mengendahkan kata-kata pedas daripada Mardiana. Sedikitpun Datuk Ramlan tidak tersentak. Sebaliknya dia mempamerkan wajah bersahaja.

"A cup of latte!"

Mata Mardiana galak mengawasi kawasan sekeliling. Ini merupakan public area, jadi dia merasakan agak mustahil Datuk Ramlan akan mengapa-apakan dirinya. Dia cuba berlapang dada walaupun fikirannya sedang runsing.

"I know you are a good wife to Muzaffar. To be honest, I want to apologize for what I'd told you last week."

"What do you mean Datuk? I don't get it." Mardiana mula melongo.

"Frankly speaking, it's not my intention to make you as my bed mate. Let's make ourselves comfortable first, just sit down and get to know each other. Tak menjadi kesalahan kan?" Datuk Ramlan berterus-terang.

"Bukankah Datuk ingin...." Mardiana tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Rasa jelik menyerbu ke benaknya.

Datuk Ramlan tersenyum sinis.

"My dear, jangan terlalu naif dan mudah percaya. Tak mungkin Muzaffar tergamak untuk menyerahkan you pada I semata-mata kerana projek. Memang ramai yang berani melakukan perkara demikian. I tak minta tawaran yang bukan-bukan dari sesiapa pun. Dan you datang jumpa I semata-mata untuk melunaskan janji you, begitu?"

Mardiana terpempan. Mukanya berbahang seperti baru lepas ditampar. Dia merasakan dirinya telah dipermainkan sewenang-wenangnya. Maruah dirinya dicincang lumat oleh lelaki itu. Kalau diikutkan amarah, hendak sahaj disimbah wajah miang itu dengan secawan kopi panas.

"How could you Datuk! Datuk tak fikir apa yang Datuk buat tu salah! I ni isteri Muzaffar. Datuk dah buatkan I benci pada suami sendiri. Mulanya memang I tak sangka yang dia tergamak menjual I pada Datuk hanya kerana projek. And now... Sungguh tak sangka Datuk! Kenapa Datuk sanggup mereka-reka cerita? Datuk tak fikir ke cerita yang Datuk reka ni boleh membuatkan rumah tangga I dengan Muzaffar runtuh!" Mardiana menjengilkan matanya.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now