29

4.2K 82 105
                                    


Secangkir kopi Americano bersama sepinggan mi goreng mamak di hadapannya masih belum terusik. Hidangan itu sekadar menjadi santapan matanya. Walaupun perutnya berasa lapar namun tekaknya gagal menerima setiap makanan yang masuk ke dalam mulut. Sudah acapkali dia memuntahkan semula segala isi perutnya.

"Apa kena dengan aku ni, nak kata demam macam tak demam." Iqbal menyentuh dahi dan mukanya. Sudah dua kali termometer diletakkan di dalam telinganya. Bacaan 36.6 darjah Celsius yang tertera menandakan suhu badannya normal sahaja.

"Eh, awak ni, saya tengok dari tadi lagi tak makan pun mi goreng tu. Kata favourite!" Tegur Yasmeen yang baru muncul. Tangan kirinya masih berbalut. Sebatang tulang pada jari tengahnya patah, mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh.

"Eh, saya tengah makan ni." Diambil sesudu mi lalu disuap ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah mi tersebut. Berkerut dahinya seketika. Entah kenapa mi yang ditelan dirasakan begitu payau. Iqbal bangkit dari bangku menuju ke sinki. Di saat itu, rasa mual kembali menyerbu perutnya. Akibatnya mi yang belum sampai ke perutnya dimuntahkan ke singki.

"Kenapa dengan awak, dari semalam asyik muntah-muntah. Dah pergi klinik ke belum?" Yasmeen mengurut belakang Iqbal berulang kali seolah cuba meredakan rasa mual.

Iqbal yang sedang menunduk di sinki hanya mampu menggelengkan kepala. Sekali lagi dia menghamburkan muntah ke dalam sinki. Kali ini hanya air yang keluar dari rongga mulutnya.

"Pelik juga tengok cara awak muntah ni, tak ubah macam perempuan mengandung. Eh, awak mengandung ke?" Yasmeen berseloroh.

Sekilas, dahi Yasmeen berkerut kemudian dia tersenyum. Dia terkenang pada saat dia mengalami morning sickness dahulu. Beginilah keadaannya, perutnya langsung tidak mampu menerima sebarang makanan. Pastinya semua akan keluar balik.

"Hish, mengarutlah... Saya lelaki, mana boleh mengandung. Lainlah awak!"

"Saya mengandung? Huh, saya tengah periodlah. Lagipun kita kan..." Yasmeen meneguk liur. Dia memandang ke arah wajah Iqbal yang lesu.

"Kita kan dah lama tak bersama. How could I pregnant?" Luah Yasmeen jujur.

"Saya gastrik kot."

"Awak selalu skip makan?"

"Eh, saya makanlah. Cuma tak boleh nak telan. Muntah balik!"

"Abang... Nak saya bawa awak ke klinik?"

Iqbal menggelengkan kepala.

Degil!

Yasmeen melepas keluhan. Apa kena dengan suaminya?

Iqbal mencapai tisu untuk mengelap bibirnya. Rasa loya masih belum hilang sepenuhnya. Sejak balik dari Langkawi dua minggu yang lalu, dia selalu muntah-muntah. Entah apa yang dimakan hingga menjadi racun pada tubuhnya.

Semalam ketika sedang bermesyuarat di pejabatnya, Datin Sue mengarahkan Iqbal ke Langkawi untuk memantau kemajuan projek resort di sana. Tapi malangnya Iqbal telah pitam ketika mesyuarat sedang berlangsung. Sepatutnya dia membuat pemeriksaan di klinik namun sehingga hari ini dia enggan berbuat demikian.

"Tapi kan awak, ada juga husband yang kena morning sickness, muntah-muntah time wife mengandung. Sebijik macam awak tadi. Hurmm.. biar korang rasakan apa itu nikmat mengandung." Yasmeen menyentuh belakang tapak tangan Iqbal.

"Hissyy.. awak kata awak period tadi kan. So saya muntah-muntah ni bukan sebab alahan awak mengandung tu. Dahlah jangan merepek!" Pangkas Iqbal.

"Kalau tak nak saya merepek lagi, lepas ini pergi klinik!" Yasmeen mencekak pinggang. Dia faham tentang perangai Iqbal yang payah sangat hendak ke klinik apabila sakit. Perangainya tak ubah seperti anak kecil.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now