37

5.2K 75 39
                                    

MV Pilihan
Asalkan Kau Bahagia - Armada

Sekeping mastercard di atas meja solek direnung dengan sebuah keluhan terbit daripada bibirnya. Dia mencekak pinggang sambil menggaru pelipis dahi yang tidak gatal. Yakinlah dia bahawa Muzaffar telah pulang sebentar tadi. Tidak silaplah matanya melihat kereta Muzaffar ketika berada di kedai makan tadi.

Telefon bimbitnya berdering. Nama Iqbal terpapar pada skrin peranti itu. Dia mendengus panjang seraya menyentuh ikon menjawab panggilan.

"Que, could you please understand? I tak nak jumpa you buat masa ni!"

Kedengaran satu keluhan dari dalam talian.

"Love, please listen to me. I need to see you no matter what. I tunggu you kat tempat biasa"

"No, I tak nak jumpa you. Titik!"

Talian dimatikan dan telefon dicampak ke atas katil. Dia mula mundar mandir sambil menggigit kuku jari kanannya. Lama dia berbuat demikian sebelum tubuh dihenyakkan ke atas tilam.

Fikirannya kacau bilau. Muzaffar menghilang entah ke mana dan entah bila mahu pulang. Iqbal pula galak menghubunginya berkali-kali ajak berjumpa. Mana mungkin dia berjumpa dengan Iqbal. Dibuatnya Muzaffar pulang secara tiba-tiba, keadaan akan menjadi bertambah serabut.

Sungguh, dia ingin lari. Lari jauh dari semua masalah ini.

****

Hari kedua di Kota Kinabalu, Muzaffar mula dilanda kebosanan. Semalam, dia telah melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Manukan.

Petang ini, dia memilih untuk menikmati sunset dinner cruise. Janggal rasanya berada di sini kerana dia datang bersendirian, manakala kebanyakan pengunjung lain ditemani oleh pasangan ataupun ahli keluarga.

Dia berdiri di atas kapal North Borneo Cruises yang baru sahaja berlepas dari Jeti Sutera Marina. Tempoh dua jam yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama buat pengunjung yang ingin merasai pelayaran berserta makan malam di atas kapal ini sambal menyaksikan panaroma alam yang menghiasi lautan.

Warna langit yang biru bertukar menjadi jingga. Matahari mula terbenam di ufuk barat. Dia melihat Mardiana berdiri di hujung deck kapal sedang mendongak ke langit, memandang ke arah matahari. Rambut ikalnya mengerbang dipupuk bayu yang bertiup lembut. Isterinya itu dilihat cantik mengenakan busana putih separas lutut. Gaun putih yang dipakainya mendedahkan belakang dan juga bahu yang putih mulus.

Sesekali Mardiana dilihat mendepakan tangan tak ubah seperti gaya Kate Winslet di dalam filem Titanic. Satu gaya yang agak klise pada mata Muzaffar.

Enggan membiarkan isterinya terus bersendirian di hadapan deck, Muzaffar mengatur langkah berjalan ke arah isterinya. Dia berdiri bersebelahan dengan Mardiana dan tangannya mula melingkari pinggang Mardiana.

Isterinya melabuhkan kepala pada dada Muzaffar. Jarinya galak memintal hujung rambut yang berjuraian di bahu yang terdedah.

"Baby sayang, tiada yang indah dalam hidup I selain menjadi suami you. Kalau bukan dengan you, mungkin sampai sekarang ni I tak kahwin-kahwin lagi."

Mardiana menjongket kening, menatap matanya dan kemudian menghamburkan tawa.

Muzaffar meneguk liur. Kelat. Dia sedar bahawa dia tidak pandai menyusun madah. Dia bukan lelaki yang berjiwa romantis.

"Bie, I know you very well. Tak perlu you susah-payah nak bermadah pujangga dengan I. Just say I love you. That's enough for me, sayang."

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now