Prologue

99.2K 3.7K 204
                                    

"Tembak aku, Iyan." tiga patah perkataan yang keluar dari mulutnya membuatkan semua terkedu.

"No! Awak dah gila ke?! Semua kawan-kawan awak termasuk adik awak sendiri datang sini untuk selamatkan awak!" jerit Erianna tidak setuju dengan keputusan suaminya.

Aryan masih diam dalam posisinya. Tangan kanannya menggenggam kuat sepucuk pistol. Gila. Permintaan abangnya itu memang gila!

"Yan... aku tahu kau dengar. Do it." kata Rayyan perlahan. Dirinya yang terikat kemas pada sebatang kayu tak mampu membuat apa-apa. Hanya satu saja jalan penyelesaian.

Adiknya, Aryan Ivan.

"Kau dah gila ke, Ray?! Kitaorang susah payah cari location kau, datang selamatkan kau. Tiba-tiba kau boleh minta permintaan gila suruh Aryan tembak kau?!" marah Shawn. Dadanya berombak menahan amarah. Dalam keadaan macam ni, bertekak teruk sekali pun takkan selesaikan masalah.

"Ray, kau sedar tak apa kau kata ni?" soal Haikal risau. Tanpa pengetahuan Erianna, mereka berlima sudah agak benda ni akan terjadi.

Erianna ingin melangkah menghampiri Rayyan tetapi Asyraff lebih pantas menarik lengan Erianna yang berlapik dengan jaket dipakai oleh gadis itu.

"Don't, Erianna!"

"Why?! Lepaskan tangan I! I nak selamatkan suami I! Bukan tu ke tujuan asal kita datang sini?!"

"Darren Asyraff. Aku, sebagai ketua dalam kumpulan ni... aku arahkan kau bawa isteri aku pergi dari sini. She shouldn't be here. You know this place is dangerous for her. Go, now." arah Rayyan mendatar. Dia telah guna kuasa pangkatnya berharap agar Asyraff patuh suruhan dia.

Erianna tergamam. "No! Saya tak nak pergi dari sini! Ray, tergamak awak buat saya macam ni? Awak dah tak sayang saya ke, Rayyan Hans? Saya ni isteri awak. Saya ikut diaorang semua ke sini untuk selamatkan awak, Ray. Tapi... awak pilih untuk Aryan bunuh awak? Are you serious, Ray?" matanya mula berkaca. Dia kecewa dengan tindakan suaminya itu.

"Listen here, Erianna Adrylene. Aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta tapi hanya untuk selamatkan kau dari Adam Dazril. Semua layanan kasih sayang aku pada kau selama ni hanyalah tipu semata. Dari dulu lagi... aku tak pernah sayangkan kau, Erianna Adrylene. Hidup aku penuh berdarah. Aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku."

Zzap!

Kata-kata Rayyan membuatkan semua orang di situ tergamam tak terkata. Terkejut. Siapa sangka Rayyan berani melontarkan kata-kata seperti itu pada seorang gadis yang bergelar isteri kepadanya.

Erianna jatuh terduduk serta air matanya terus tumpah. Hatinya remuk selepas dengar kata-kata Rayyan. Jadi... selama ni Rayyan tak pernah sayangkan dia? Rayyan kahwin dengan dia sebab kesian? Sebab nak selamatkan dia dari Adam?

"How... how could you say that, Ray..." Erianna menangis teresak-esak. Tangan kirinya menekup mulut. Lebat air matanya tumpah.

Rayyan diam. Sebenarnya bagi dia, dia juga turut sakit melepaskan semua kata-kata itu. Dia terpaksa. Bilik yang menempatkan dia di kurung itu di kawal oleh pakciknya. Pasti segala perbualan mereka semua jelas didengari.

"Go, Asyraff. Bawa dia keluar." perlahan suara Rayyan mengarah Asyraff buat sekian kalinya. Rayyan tunduk pandangan ke bawah. Langsung dia tidak melihat wajah isterinya.

"Bro..." Asyraff pandang ke arah Rayyan. Dia memejamkan matanya lalu dengan hati yang berat, dia menarik Erianna pergi dari situ.

Erianna langsung tidak membantah. Hatinya benar-benar hancur. Dia berharap apa yang Rayyan katakan semua mimpi. Tetapi tidak. Rayyan tak menghalang dari dia pergi. Erianna kecewa.

"Why... why he do this to me?" soal Erianna perlahan. Air matanya tak henti mengalir.

Kini tinggal Aryan, Shawn, Haikal dan Zach yang masih berada dalam bilik kurangan tersebut. Dalam tangan masing-masing tak lepas dari pegang senjata.

"Ray, kau fikir tak apa kau dah kata? Kau memang tak sayangkan Rian ke? Habis usaha kau selama ni? Sia-siakan macam tu je? Aku tak rasa yang kau tak pernah cintakan Rian. She's the only one can make you happy, Ray. Kenapa kau sanggup buat dia macam tu?" kini giliran Zach pula menyoal.

"Korang takkan faham." balas Rayyan perlahan. Air mata lelakinya turut gugur.

"Apa yang kitaorang tak faham, Rayyan Hans Ezkiel?! Kau sedar tak yang kau dah lukakan hati isteri kau? Hati Erianna, Ray! Kita semua dah kenal lama... apa kau maksudkan yang kitaorang tak faham kau?!" suara Shawn naik seoktaf. Geram dengan kata-kata Rayyan seperti orang tak berfikir.

Rayyan memejamkan matanya. Tak... korang takkan faham situasi aku. Selagi aku ada dekat sini, selagi tu nyawa Erianna takkan selamat.

"Aryan Ivan Ezkiel, kau tahukan hanya siapa je yang boleh bunuh aku. Then... just do it. Don't waste our time. Janji dengan aku, bila aku dah tak ada nanti tolong jagakan Erianna."

Aryan menggelengkan kepalanya. "No, aku takkan buat." balasnya perlahan. Aryan masih setia menunduk.

"Just do it, Yan!" marah Rayyan sambil merenung tajam ke arah adiknya. Tolong... aku tak nak korang buang masa dekat sini. Aku nak korang selamat.

"Aku takkan buat bodoh!" marah Aryan semula.

Bamm!!

Pintu di buka secara kasar. Shawn dan yang lain terus mengacukan senjata mereka. Beberapa orang melangkah masuk ke dalam dengan membawa dua orang yang amat mereka kenali.

"Asyraff! Erianna!" Haikal terkejut melihat keadaan Asyraff agak teruk. Lebam di bahagian muka serta penuh berlemuran darah.

Rayyan tersentak. Matanya menghala ke arah Erianna. Wajah isterinya itu... dan dia terlihat wajah seseorang sedang tersenyum sinis ke arahnya.

"Hey, what party is going on here?"

"APA KAU DAH BUAT DEKAT ISTERI AKU?!!" tengking Rayyan.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now