Beberapa hari telah pun berlalu dan gadis itu masih lagi mengurung dirinya di dalam bilik. Rayyan dan yang lain sudah pulang ke negara asal atas urusan kerja kecuali Shawn dan Zach saja diminta untuk tinggal menjaga keselamatan Erianna serta dua orang abangnya. Kawan-kawan Erianna juga silih berganti menemani gadis itu di rumah keluarga Erianna memandangkan masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri.
Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk seseorang dari luar.
"Rian, it's me. Alisha. Boleh aku masuk?" soal Alisha dari luar bilik Erianna. Ditangannya sedang memegang dulang makanan untuk diberikan kepada Erianna.
Senyap.
Alisha tahu pintu bilik itu tidak berkunci. Perlahan-lahan dia membukanya dan terlihat Erianna sedang duduk termenung di balkoni bilik. Dia berjalan menghampiri.
"Rian..." bahu gadis itu di sentuh. Jelas kelihatan wajah Erianna sedikit sembab.
"Ray dengan kawan-kawan dia yang lain dah balik ke Milan. Katanya atas sebab kerja. Dekat bawah tinggal Shawn dengan Zach je. Ray minta diaorang tolong tengokkan kita dekat sini." beritahu Alisha.
"Abang-abang aku?" perlahan Erianna akhirnya bersuara.
"Luis ada dengan Shawn dan Zach dekat bawah. Edryl pula pergi kerja kejap tapi katanya ada budak-budak Ray temankan dia."
Erianna mengangguk sedikit.
"Rian." tangan gadis itu dicapainya.
"Empat hari lepas, Ray bincang sesuatu dengan abang-abang kau. Dia nak kau kahwin dengan dia. Demi keselamatan kau, keselamatan abang-abang kau. He'll taking off everything. Dengan syarat kau kena terima lamaran dia. If kau terima, tempoh masa sebelum majlis Ray beri 3 bulan. Kalau boleh dia nak mempercepatkan semuanya. Kata Ray, mungkin dekat sini kau takkan selamanya selamat dan soal abang-abang kau pula nanti akan ada budak-budak dia tolong jagakan nanti."
Erianna tersentak mendengar apa yang diberitahu oleh Alisha. Kahwin? Kenapa dalam banyak-banyak cara, dia kena kahwin dengan lelaki itu?
"Habis tu abang-abang aku kata apa?" soal Erianna perlahan.
"They will accept if you're okay with that. That's your choice. Rian... aku cuma nak kau fikir masak-masak tentang hal ni. It's for your future too. Tapi once you accept it, Ray kata belum tentu bilanya lagi kau akan pulang ke Malaysia. Kemungkinan kau akan menetap terus dekat Milan. Dan dia juga kata sama ada kau dekat sini atau sana tetap sama saja keselamatan belum tentu boleh terjamin. Apa yang dia boleh buat adalah lindungi kau sebaik mungkin. Itu janji dia pada abang-abang kau." jelas Alisha tenang. Kedua tangannya masih setia menggenggam tangan Erianna.
"Kenapa mesti aku?" soal Erianna lagi. Masih perlahan suaranya. Rasa tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya itu.
"That's the only one choice, Erianna. Ray tak paksa untuk kau terima kalau kau tak nak tapi... Ray kata dia tak dapat jamin sama ada keselamatan abang-abang kau akan terus selamat atau tidak."
"But still... doesn't have another choice?" Erianna merenung ke dalam anak mata Alisha.
Alisha menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Erianna. Dia sendiri tidak tahu apa rancangan sebenar lelaki itu. Tapi dia juga bukanlah sesiapa melainkan kawan kepada Erianna untuk masuk campur dalam hal ini. Apa yang dia boleh buat hanyalah cuba untuk menjadi penguat buat Erianna.
🔥
Seminggu sudah Rayyan berada di Milan. Sepanjang dalam tempoh seminggu itu juga, Rayyan langsung tidak menerima apa-apa panggilan atau pesanan dari gadis disayanginya yang berada di Malaysia. Dan dia juga masih lagi tidak pulang ke tanah air selepas dia sudah kembali ke negara Milan. Fail yang memenuhi meja kerjanya direnung kosong. Hari ini dia tidak mempunyai banyak appointment meeting. Dapatlah bernafas sikit.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.