Bab 4

38.1K 2.6K 161
                                    

"Hey, meh duduk sebelah I!" laju Zach tegur Erianna selepas nampak kehadiran gadis itu ke ruangan makan. Erianna senyum lalu dia melabuhkan diri di tempat duduk kosong bersebelahan Zach.

"Wow! Sedapnya bau. Siapa yang masak semua ni?" soal Erianna sambil melihat ke semua menu western yang sudah terhidang di atas meja.

Shawn tersenyum bangga. "Agak-agak you rasa siapa masak?" soal Shawn cuba menguji Erianna.

"Umm... nampak macam beli dekat restoran je. Ke ada maid yang siapkan semua ni?"

"Sampai hati you kata makanan semua ni beli dekat restoran. Penat I masak tadi lepas je balik dari office." kata Shawn sedih. Mukanya dibuat-buat seakan merajuk.

Erianna terkejut. Membulat mata kecilnya pandang ke arah Shawn. "Seriously? You masak semua ni?" soal Erianna tidak percaya. Kedengaran suara Aryan dan Haikal ketawa terus membuatkan Erianna menoleh.

"Why both of you gelak? I ada buat silap ke?"

"Hahahaha merajuk budak cina celup ni you cakap macam tu. Rian, kalau you nak tahu Shawn ni ada kelebihan dalam bidang masakan. Kakak Shawn kerja sebagai seorang chef terkenal dekat China and dia pun ada belajar dengan kakak dia. Sesekali kalau Shawn ada masa, makanan untuk kitaorang semua dialah yang tolong siapkan. You ni hahaha terasa hati budak tu." kata Aryan masih lagi dengan sisa tawanya.

Sekali lagi Erianna terkejut. Terus rasa serba salah dengan Shawn. "Ah... I minta maaf. I tak tahu pun pasal you."

Shawn senyum sehingga matanya sepet seperti cina. "It's okay, I saja je nak test you tadi haha. Betul Aryan kata tu, I belajar memasak semua ni dari kakak I. Bila ada masa je I akan masuk dapur. Kalau busy dekat office, alamatnya semua makan dekat restoran hotel jelah."

"Oh, I see."

"Tapi you okay je kan I masakkan western food? Sebab I masih belajar lagi nak buat masakkan melayu. Sebelum ni I pernah buat nasi goreng tapi terlebih masin hahaha kadang tu ada terlebih pedas. Terus I jarang buat dah."

Erianna menganggukkan kepalanya. "I okay je asalkan ada yang boleh di makan. Kalau you nak belajar masak apa-apa nasi goreng, nanti I boleh tolong ajarkan."

"Hahaha okay, thank you for that. Tengoklah nanti kalau I ada masa. Ni pun kebetulan sebab Aryan ajak lunch dekat rumah. Jomlah makan, I pun dah lapar ni dari pagi lagi tak sempat makan apa."

Semua menjamu selera tengahari itu dengan makanan yang di masak oleh Shawn. Keadaan di ruangan makan itu hanya kedengaran bunyi sudu garfu yang berlaga dengan pinggan saja. Sudah kebiasaan para jejaka itu makan tanpa sebarang suara.

"Oh ya, Rian. Ray mesti tak kenalkan you lagi dengan diaorang semua. Right?" soal Aryan.

Erianna mengangguk kecil.

"Okay so... let me introduce you. Yang depan you ni, Shawn Hazwan. You can call her Shawn. Kalau nak panggil apek cina pun boleh hahaha." kata-kata Aryan mengundang jelingan tajam Shawn.

"Kepala otak kaulah. Jangan nak ajar Erianna bukan-bukan." kata Shawn bengang. Aryan buat-buat tak dengar.

"Shawn, you... ada keluarga mix ke?" soal Erianna ingin tahu. Sebab nampak muka Shawn tak macam muka awam. Haha muka mix maksud Erianna.

Shawn angguk. "Yup, my dad malay and my mom pula chinese. I banyak ikut my mom that's why nampak macam chinese look sikit."

"Wow... mesti kakak you pun samakan?"

"Haah. I dengan kakak I banyak ikut our mom haha sampai orang lain ingatkan I ni orang cina padahal tak pun."

"Dah... dah, tak payah nak lebih-lebih cerita pasal family kau tu. Muak dah aku dengar. So, Rian... yang sebelah Shawn tu pula Haikal Lucas. I think you already know him. Dia ada sekali dalam kereta Ray malam tadi." celah Aryan mengundang jelingan tajam Shawn. Berapa kali Shawn nak jeling orang tak tahulah.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now