"Zach!" Panggil Daniel secara berbisik.
Zach yang sedang berbual dengan Haikal segera menoleh. Sebelah kening dijungkitkan. Dah kenapa pula budak ni main bisik-bisik?
"Kau ada dapat alarm warning tak?"
"Dari siapa?"
"Shawn."
Zach tersentak. Di pandang wajah Daniel tidak percaya. "Kau biar betul?" Soal Zach masih lagi berbisik. Risau kalau yang lain dengar.
Daniel sekadar mengangguk kepala lalu jam ditangannya ditunjukkan kepada Zach. Pelik. Kenapa dia sorang je yang dapat signal dari Shawn tapi yang lain tak dapat?
"Bila kau dapat ni?" Soal Zach serius. Terasa mula tak sedap hati.
"Baru tadi. Sekarang Shawn dengan yang lain dekat Hong Kong, kan? Diaorang tak ada mesej apa-apa yang pelik ke dekat korang?"
"Haah. Masih dekat Hong Kong lagi. Rasanya last Shawn ada mesej Haikal pun dua hari lepas. Kenapa? Kau rasa ada apa-apa yang tak kena ke?"
Daniel menjungkitkan kedua bahunya. Tiba-tiba Daniel bertentang mata dengan Aryan yang sedang merenung tepat ke arahnya. Daniel menelan air liur. Renungan tajam itu membuatkan hatinya tak senang.
Daniel memberi isyarat mulut pada Aryan 'tunggu dekat rumah, aku bagitahu nanti'. Hanya anggukkan kepala dari Aryan faham isyarat diberikan oleh Daniel.
Selesai makan dan membeli barang dapur, mereka semua terus pulang ke rumah. Hanya Aryan, Haikal, Zach dan Daniel saja duduk di ruang tamu. Yang lain sudah naik ke tingkat atas masuk ke dalam bilik masing-masing.
"So, what is going on?" Soal Aryan mendatar. Direnung wajah Daniel meminta penjelasan.
Daniel menanggalkan jam tangannya lalu diletakkan ke atas meja. Aryan, Haikal dan Zach sekadar memerhati gerak geri Daniel.
"A few minutes ago, aku dapat signal alarm warning dari Shawn. Bila aku tanya Zach tadi, dia kata dia tak dapat apa-apa pun. Itu yang aku pelik. Kenapa Shawn tiba-tiba bagi aku signal tu. Bukan ke Asyraff pernah kata gunakan signal tu hanya dalam waktu kecemasan. Ada apa-apa terjadi ke dekat sana?" Daniel akhirnya meluahkan segala pertanyaan bermain dimindanya.
Kata-kata Daniel itu membuatkan Aryan, Haikal dan Zach berpandangan. Masing-masing mula tak sedap hati. Zach seakan faham lirikkan mata Aryan, dia mengangguk kepala sebelum berlalu ke tingkat atas untuk mengambil barang.
"Eh, Zach nak ke mana?" Soal Daniel sambil memandang pemergian Zach.
"Ambil laptop." Balas Haikal ringkas.
Tak lama kemudian, Zach tiba semula ke ruang tamu dengan membawa sebuah laptop ditangannya. Dia melabuhkan diri bersebelahan Haikal. Selepas laptop berjaya dihidupkan, laju jari jemarinya menekan papan kekunci bagi mencari sesuatu maklumat.
"Nak check apa?" Soal Zach pada Aryan.
"CCTV rumah Shawn."
"Okay." Zach meneruskan tugasnya. Dia cuba menyambungkan sistem CCTV di rumah Shawn.
"Kenapa rumah Shawn?" Soal Daniel lagi.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.