Bab 27

21.8K 1.4K 65
                                    

"Ganggu ke?" bahu Rayyan disentuh lembut. Sejak pulang kerja lagi, Rayyan terus masuk ke dalam bilik kerjanya yang sedia ada di dalam rumah tersebut.

Rayyan tersenyum. Cermin matanya setiap kali digunakan untuk buat kerja di rumah ditanggalkan seketika lalu berpaling melihat wajah si isteri. "Sayang tak pernah ganggu abang. Kenapa ni? Bila masa sayang masuk bilik ni? Abang tak dengar pun."

"Macam mana abang nak dengar kalau dah fokus sangat buat kerja tu sampai isteri sendiri masuk pun tak perasan." perli Erianna. Sengaja buat-buat rasa merajuk dengan suaminya.

Sekali lagi Rayyan senyum. "I'm sorry, okay?" tangan isterinya dikucup.

"Maaf di terima." Erianna pula senyum ke arah Rayyan. Biasalah dengan suami sendiri mana mampu nak merajuk lama-lama. Hati kita ni cepat cair tengok suami kita yang kacak ni.

"Ada apa sayang cari abang kat sini? Sorry, abang sibuk sikit sampai balik rumah pun kena buat kerja lagi. Ni ada kerja Asyraff dekat sini punya abang kena tolong uruskan since dia pun tengah sibuk dekat Malaysia."

"Umm... can I ask you something?" soal Erianna teragak-agak.

"What is it, my lady?"

"Sebelum ni abang pernah ceritakan yang Asyraff tak pernah tertarik dengan mana-mana perempuan sekali pun. Saya tahu bukan Asyraff sorang tapi yang lain pun sama. Tapi... what if one day Asyraff tiba-tiba cakap dekat abang yang dia sukakan someone." kata Erianna membuatkan Rayyan pandang pelik ke arahnya.

"Dah kenapa sayang tiba-tiba tanya macam tu?" soal Rayyan hairan. Ada bau-bau orang cemburu ni.

Erianna senyum. "Abang janganlah nak cemburu pula. Bukannya Asyraff tu nak suka kat saya. Maksud saya, orang lainlah mana tahu kalau satu hari nanti Asyraff ada tersuka dekat seseorang." alahai suami sorang ni nak cemburu tak bertempat.

"Hm... kalau Asyraff rasa nak ada keluarga sendiri, apa salahnya. Baguslah untuk dia at least nampaklah dia masih ada rasa nak buka hati untuk perempuan. Abang tahu, tak mudah untuk sesiapa jadi pasangan hidup antara kami semua. Tapi itulah yang dia kena hadapi."

"Saya pun sama?" Erianna tersenyum tawar.

"Of course, my lady. Hidup abang takkan selamanya selamat. Sama juga dengan sayang. Abang akan cuba sebaik mungkin untuk lindungi sayang sampai akhir nafas abang. Okay, berbalik pada soalan sayang tadi. Apa maksud sayang? Asyraff ada kata ke dia ada sukakan seseorang?" soal Rayyan sambil menatap wajah si isteri. Rasa tenang. Kalau aku tahu, awal lagi aku ajak dia kahwin dulu haha.

"Kalau saya bagitahu abang ni, janji dengan saya jangan cerita dekat sesiapa pula. Lagi-lagi Aryan tu. Nanti habis dia sakat Asyraff." kata Erianna lalu tersengih. Kongsi dengan suami sendiri haha maafkan I ye, Darren Asyraff.

Rayyan angguk. "Okay, apa dia?"

"Hari tu Asyraff ada call saya. Ingatkan kenapa tiba-tiba je call saya waktu tu rupanya nak tanya pasal Alisha."

Terjungkit sebelah kening Rayyan. "Alisha? Alisha Hazreen, kawan sayang?" soalnya ingin kepastian. Dia kenal kawan Erianna sorang tu.

"Iye, Alisha kawan saya tu."

"Kenapa Asyraff tanya pasal Alisha?"

"Itulah yang saya pelik. Asyraff kata dia terjumpa dengan Alisha dekat cafe Mikayla depan office abang. Lepas tu adalah diaorang berbual sikit. Sempat Asyraff tanya Alisha tengah sambung belajar bidang apa."

Rayyan mengangguk kepala beberapa kali. "So, sayang cerita apa je dekat Asyraff pasal Alisha?"

"Asyraff ada tanya saya kenapa Alisha kerja part time dekat situ. Ada juga dia tanya memang betul ke sepanjang Alisha sambung belajar tu dia tanggung semuanya sendiri."

"I see... pelik juga abang dengar sayang cerita macam tu. Asyraff sebelum ni tak pernah kisah pasal perempuan. Pandang pun tidak apatah lagi nak kenal. Maybe there is something about Alisha that makes Asyraff interested." kata Rayyan lalu dia tersenyum. Siapa sangka lelaki dingin seperti Darren Asyraff kini mula terdetik untuk mencintai seorang perempuan.

Dan perempuan itu pula kemungkinan...

Alisha Hazreen adalah orangnya.

Kita hanya mampu doa dan merancang, selebihnya Allah yang bakal tentukan.

🔥

Pintu cafe di periksa terlebih dahulu dengan teliti sebelum dia kunci seperti biasa. Hari ini dia ditugaskan untuk closing cafe. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 11 malam. Agak lewat jugalah hari ini cafe tutup. Biasalah waktu malam memang selalu ramai customer datang.

Saat Alisha sedang berjalan menuju ke arah keretanya berada, dia terasa seperti ada seseorang mengekorinya dari belakang. Dia cuba menenangkan hati agar tanggapan dia adalah tidak benar.

Perasaan seram sejuk waktu itu tidak mampu membuatkan Alisha berasa tenang. Semakin langkahnya laju ke hadapan, dia dapat dengari langkah seseorang dari belakangnya juga turut laju seakan cuba mengejar langkahnya.

"Si..." belum sempat Alisha ingin bersuara, mulutnya di tekup seseorang. Terasa ada suntikan picagari pada belakang leher dan membuatkan pandangan Alisha gelap.

Tubuh gadis itu diangkat lalu di bawa masuk ke dalam sebuah kereta Proton Saga bewarna hitam tidak jauh dari tempat mereka berada. Laju kereta itu meluncur atas jalan raya tanpa perasan kehadiran susuk misteri yang berada di dalam kereta Audi R8 bewarna merah hitam.

"Shit!" stereng di hentak kuat. Dia terlambat seminit untuk selamatkan gadis itu. Bukan dia tak mahu kejar kereta Proton Saga tadi tetapi dia tidak boleh buat tindakkan melulu tanpa kebenaran Rayyan.

Ting!

Phone milik Asyraff menerima satu pesanan mesej.

'- Photo -'

'Aku tahu kau kenal perempuan ni. Dan aku tahu kau ada dekat kawasan tu juga tadi. Kalau nak nyawa perempuan ni selamat, datang jumpa aku esok malam. At 1 am, sharp. Don't be late or... she die. Aku akan bagi lokasi sebelum 12 malam esok.'

Asyraff merengus geram. Tak sangka persembunyian dia telah diketahui tanpa sedar. Ah! Apa aku nak buat ni?!

Ting!

Satu pesanan lagi di terima lalu sebelah keningnya terjungkit saat melihat pesanan tersebut.

'Bro Rayyan'

Aku bagi kebenaran dekat kau if anything bad happens. Ingat, buat kerja sampai bersih jangan sampai tinggalkan kesan. Aku dah suruh Shawn dan Haikal flight pergi Malaysia and I know you will need them soon. Be careful, Raff.

"Huh! Macam tahu-tahu je kau ni. Intip aku ke?" Asyraff tersenyum nipis sebelum wajahnya kembali dingin.

"Let's start our game, son of a bitch."

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now