Bab 46

21K 1.3K 211
                                    

Rayyan mengemas segala barang yang perlu dibawa selama dia berada di Hong Kong nanti. Esok dia bakal berangkat ke negara itu bagi menyelesaikan kerja penting sebagaimana Asyraff beritahu tempoh hari di pejabat. Tapi ada satu lagi masalah, Rayyan belum bagitahu Erianna lagi tentang hal tersebut.

Klak!

Kedengaran seperti pintu dibuka. Rayyan tahu pasti Erianna sudah masuk ke dalam bilik. Beg bagasi mengisi pakaiannya dibiarkan seketika lalu Rayyan keluar dari bilik pakaian.

"Sayang..."

Erianna menoleh. "Eh, abang? Bila masa abang masuk bilik? Saya ingatkan abang dalam bilik kerja sebab tak nampak pun abang dekat ruang tamu."

Rayyan tidak segera menjawab. Tangan Erianna ditarik lembut dan melangkah sama-sama menuju ke arah katil. Rayyan duduk di birai katil. Diikuti Erianna juga.

"Sayang."

"Hm? Kenapa ni? Abang ada nak bagitahu apa-apa ke pada saya?" Soal Erianna seakan dapat meneka perasaan Rayyan ketika itu.

Rayyan tersenyum nipis. Dia menggenggam lembut kedua-dua tangan Erianna sambil merenung tepat ke mata isterinya. Pandangan yang tak pernah jemu menjadi tatapan Rayyan setiap hari.

"Esok, abang kena flight pergi Hong Kong."

Rayyan perasan riak wajah Erianna mula berubah. Entah kenapa perasaan dia ketika itu sukar dikatakan. Perasaan seperti malam itu adalah kali terakhir dia bakal melihat wajah mulus isterinya. Cepat-cepat Rayyan mengucap dalam hati. Cuba jauhkan segala fikiran negetif.

"Berapa lama?" Soal Erianna perlahan.

"Mungkin dalam sebulan atau dua bulan. Syarikat abang dekat sana tengah dalam masalah besar. Mungkin ada anak-anak buah abang tersilap pandang. Jadinya, abang terpaksa ke sana untuk betulkan balik semua benda. Asyraff dan Shawn akan ikut sekali. Sepanjang abang tak ada dekat sini, Aryan dengan yang lain akan jaga sayang. Abang amanahkan dekat Aryan untuk lindungi sayang."

Tanpa sengaja, air mata Erianna bergenang saat mendengar kata-kata Rayyan. Melihat mata si isteri seakan mula banjir, Rayyan cuak. Ditarik tubuh Erianna ke dalam pelukkan.

"Sayang..."

"Kenapa abang cakap macam abang nak tinggalkan saya? Abang kata abang pergi sana sebab urusan kerjakan. Abang janganlah tinggalkan saya sebab perkara lain. Saya tak ada sesiapa lagi selain abang. Kalau abang tak ada, siapa nak pujuk saya? Siapa nak layan perangai manja saya? Siapa nak temankan saya bila saya sunyi? Siapa nak ajar saya berlatih lagi? Siapa nak temankan saya berlatih lepas ni? Abang yang suruh saya belajar semua tu." Luah Erianna dengan suara bergetar. Air matanya mula tumpah mengalir di pipi.

Hati Rayyan menjadi sebak. Bukan sengaja dia memberi kata-kata begitu pada Erianna. Bukan sengaja dia mahu guriskan hati si isteri.

"Hey, my lady. Okay... I'm sorry. Abang minta maaf sebab cakap macam tu dekat sayang. Please don't cry. It hurts for me to see you are crying like that. Don't waste your beautiful tears, my lady." Pujuk Rayyan sambil mengusap belakang badan Erianna. Kepala Erianna dihadiahkan kucupan beberapa kali.

Mendengar Erianna semakin tersedu-sedu, Rayyan bertambah mengeratkan lagi pelukkan mereka. Kelemahan Rayyan adalah melihat Erianna menjadi lemah begitu. Dia tak sanggup melihat Erianna menangis.

"Sayang... pandang abang."

Erianna menggelengkan kepala. Tidak mahu.

"Sayang..."

"Tak nak..." Rengek Erianna tidak mahu lagi.

"Erianna Adrylene, please look at my eyes." Kata Rayyan lagi dengan menyeru nama penuh Erianna. Manja sungguh perangai isterinya malam itu.

Tercebik-cebik bibir Erianna. Akhirnya dia melepaskan juga pelukkan lalu pandangan mata dialihkan melihat Rayyan. Kini, mereka berdua mula bertentang mata.

Rayyan tersenyum nipis. Air mata Erianna yang masih tersisa, diseka dengan menggunakan hujung lengan baju panjangnya. Alahai... kenapa touching sangat isteri dia malam ni? Selalu tak pernah pun perangai kalah manja Ardell.

"Abang minta maaf, okay? Please... forgive me?"

Kepala dianggukkan perlahan. Tanda terima maaf Rayyan.

"Abang bukan suruh sayang bagi isyarat angguk atau geleng. Cepat, cakap yang sayang maafkan abang."

"Hmm... maaf diterima." Balas Erianna perlahan.

Rayyan tersenyum lagi. Dia mengucup kedua pipi Erianna serta dahi. Wajah isterinya di pegang lalu Rayyan mengusap penuh kasih sayang.

"Abang pergi tak lama. Siap je masalah syarikat sana, abang balik. Demi isteri tercinta abang. Sayang tunggu abang dekat sini, okay? Tunggu kepulangan suami sayang. Abang janji abang akan jaga diri abang, mata abang, hati abang, jiwa abang hanya untuk Erianna Adrylene sorang. Tak ada orang lain mampu masuk melainkan bidadari abang sorang ni."

"Sepanjang abang tak ada dekat sini nanti, sayang jaga diri. Jangan buat benda bukan-bukan. Kalau sayang nak apa-apa, minta je dengan Aryan atau yang lain. Jangan buat kerja berat. Jangan susahkan diri sayang, abang tak suka. Kalau sayang rasa teringin nak makan apa-apa, bagitahu je pada Aryan. Minta je dia belikan apa sayang nak. Abang nak sayang jaga hati sayang ni, jaga diri sayang, jaga segala benda pada sayang untuk abang. You're the only one for me, my lady. I don't need anything else. I just need you for the rest of my life. You're the only one that I'll love until my last breath and until Jannah. Abang selalu berdoa agar jodoh kita dipanjangkan. Elak dari sebarang perkara buruk. Hadirkan segala rezeki melimpah ruah buat kita berdua. Hadirkan rasa tenang dalam jiwa setiap kali masalah menimpa."

"Abang nak sayang tahu walaupun abang tak ada di sisi sayang, jiwa dan hati abang akan sentiasa ada dekat dengan sayang. Abang tinggalkan jiwa dan hati abang hanya untuk isteri abang. Jadi... abang cuma nak sayang jaga diri baik-baik je untuk abang. Boleh?"

Selepas Rayyan berjaya memujuk kembali hatinya, Erianna tersenyum juga. Dianggukkan kepala beberapa kali.

"Saya tunggu abang balik. Waktu abang dekat sana nanti, saya nak abang jaga diri juga. Saya tak nak dengar berita buruk. Kalau boleh biarlah berita baik. Saya nak abang balik ke sini semula tanpa sebarang kecederaan pada diri abang."

"InshaAllah, sayang. Doakan yang baik-baik saja. Sayang jangan risau, okay? Asyraff dengan Shawn ada dengan abang. Apa-apa hal, diaorang akan lindungi abang terlebih dahulu walaupun abang boleh lindungi diri sendiri."

Erianna senyum lagi bersama kepala diangguk faham. Ingat Rian, Ray pergi sebab urusan kerja bukan perkara lain. Fikir yang baik-baik je untuk dia. Doakan dia selamat pergi dan selamat balik.

"Nanti abang balik sini, saya ada hadiah istimewa untuk abang." Kata Erianna membuatkan dahi Rayyan berkerut kecil.

"Hadiah istimewa? Hadiah apa? Kenapa tak bagi je sekarang?" Soal Rayyan pelik. Kenapa nak kena tunggu sampai aku balik sini nanti? Bagitahu jelah sekarang.

Erianna tersengih. "Mana boleh. Nanti tak jadi surprised saya. Tunggu lepas kerja abang dekat Hong Kong nanti selesai dan abang balik sini, barulah saya bagitahu."

"Kenapa pula macam tu? Bagitahu jelah sekarang, sayang..."

"Aip! I say no then it means no. Tunggu je nanti saya baru bagitahu abang. Sabar sikit okay. Tak lama pun." Erianna mengenyitkan sebelah mata pada Rayyan lalu dia ketawa halus.

Rayyan hanya mampu pasrah. Haih... kejutan apa pula isteri dia ni nak buat? Takkanlah kejutan nak bagi bini baru pula? Haha tak, gurau je. Minta simpang kalau Erianna dengar andaian dia ni.

"Okay, fine. Abang tuntut balik nanti. Kalau tak ada surprised tu, siaplah sayang. Abang merajuk nanti." Kata Rayyan sekadar mengusik Erianna.

"Haha iye... jangan risau. Saya janji nanti saya bagitahu abang. Just wait and see, okay?"

"Yelah, sayang."

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now