Bab 11

32K 2K 87
                                    

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Bilik apa ni? Kepalanya terasa sedikit pening membuatkan pandangan agak kabur. Rasanya tadi... dia turun pergi ke cafe hospital, lepas tu... tak ingat. Dia langsung tak ingat apa dah terjadi. Tahu-tahu dia sedar sekarang ni dia seperti berada dalam bilik kurungan.

Click!

Terdengar bunyi kunci dibuka. Erianna memerhati pintu di hujung bilik tersebut.

"Hello... Erianna Adrylene binti Adrian."

Suara tu!

Seluruh badan Erianna menggeletar. Dia kenal pemilik suara itu. Seseorang melangkah masuk dalam bilik tersebut dengan senyuman sinis. Matanya tajam merenung Erianna yang sedang diikat pada kerusi dan dikelilingi bom sejenis C4 yang dikawal oleh 'dia'.

"Kenal aku? Ingat lagi aku siapa?" soalnya kedengaran sinis.

"Adam." ucap Erianna perlahan.

Adam senyum. "Yeah, it's me. Long time no see you, right? Ah... memanglah sebab ada bangsat datang kacau majlis aku lepas tu... culik kau dari aku!" suara Adam naik seoktah membuatkan bahu Erianna terhinjut terkejut.

Sekeping gambar dikeluarkan lalu ditayangkan pada Erianna. "Kau kenalkan siapa dia ni?" soal Adam menunjukkan sekeping gambar Rayyan sedang berkumpul memberi arahan kepada anak-anak buahnya. Ada juga Asyraff dan yang lain dikeliling Rayyan.

"Ray..."

"Of course, you know him. Kalau kau nak tahu akulah punca dia dengan kawan-kawan dia kemalangan haritu. Haha tak sangka survive juga. Liat betul nyawa diaorang."

"Apa kau nak sebenarnya, Adam? Kenapa perlu kau libatkan Ray sekali? Apa salah dia?" soal Erianna perlahan. Air matanya mula bergenang.

Adam menjungkitkan keningnya. "Kau tanya aku kenapa?" soal Adam semula. Dia mendekatkan wajahnya dengan Erianna. Bakal isterinya yang diculik oleh Rayyan masih lagi kelihatan cantik seperti dulu. Adam tersenyum.

"Dia dah rosakkan majlis aku! Jantan tu dah culik bakal isteri aku. Adik dia... dah bunuh anak buah aku. Dia perosak hidup akulah, sial!" jerkah Adam. Bergema suara lelaki itu di segenap ruang bilik tersebut.

Bunuh anak buah dia? Baru Erianna sedar akan apa yang diberitahu oleh Zach. Maknanya betullah tentang peluru Aryan itu.

"Kalau aku tak dapat kau, jangan harap dia dapat kau juga. Fair and square. Tapi, aku tak rasa dia datang sini. Ray masih terlantar dekat hospital tu kan?" Adam tersengih sinis.

Erianna menggelengkan kepalanya. "T... tak! Aryan akan datang selamatkan aku dari lelaki gila macam kau!"

Pang!

Terasa pipinya berat selepas ditampar kuat oleh Adam.

"Kau sedar apa kau cakap?" matanya merenung tajam ke arah Erianna. Rasa amarahnya melonjak naik.

"Aku dah tahu siapa kau sebenarnya, Adam. Aku bersyukur sebab malam tu Ray datang selamatkan aku dari jadi mangsa kau. Sebelum Ray cuba selamatkan aku, dari awal lagi aku langsung tak nak kahwin dengan kau! Jantan tak guna! Depan mata aku sendiri, kau curang. Berpeluk dengan perempuan lain depan khalayak ramai. Kau ingat aku ni patung ke tak ada hati perasaan? Nasib baiklah aku tak kahwin dengan kau!" puas Erianna meluahkan rasa hatinya walaupun dia masih ada rasa takut dengan Adam. Mahu gila dia datang, naya nyawa sendiri.

Adam semakin meningkat rasa amarahnya. Kalau ikutkan mahu saja dia melempang lagi gadis itu. Tapi dari sudut hatinya, dia cuba menahan diri.

"Kau... jangan harap terlepas dari aku." kata Adam dingin sebelum keluar meninggalkan Erianna seorang diri di dalam bilik kurungan tersebut.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now