Bab 42

22.7K 1.4K 185
                                    

"Hoi! Tengok apa?" Bahu Asyraff ditepuk oleh Haikal membuatkan lamunan lelaki itu terhenti. Asyraff pandang wajah Aryan dan yang lain.

Nafas berat dilepaskan. "Nothing."

"Haha memang aku baru kenal kau semalam pun. Apa pasal ni? Cakaplah." Aryan bersuara tanpa menoleh ke arah Asyraff. Mata sibuk fokus pada game dalam phone.

"Aku rasa macam ada orang tengah perhatikan kita."

Serentak Aryan, Shawn, Haikal dan Zach mengalihkan pandangan pada Asyraff. Nampak riak wajah serius lelaki itu, bermakna dia tak tipu. Kebiasaannya firasat Asyraff selalu betul. Jadi tak peliklah kalau dia kata ada orang tengah perhatikan mereka semua.

"Siapa?" Soal Aryan mendatar. Tajam matanya pandang kawasan sekeliling taman tema tersebut. Tiba-tiba mata Aryan tertangkap pada susuk tubuh seseorang di sebalik pokok besar. Jarak di mana tempat mereka berada tidaklah terlalu jauh.

"Pukul 6 dari arah Haikal." Kata Aryan dingin. Pantas Shawn, Haikal dan Zach lihat ke arah yang ditujukan oleh Aryan. Memang betul. Ada susuk tubuh seseorang.

"Who's that?" Soal Zach hairan. Dari atas sampai bawah, langsung tidak dapat mengesan siapakah orang itu.

"Fran." Balas Asyraff sepatah.

Aryan, Shawn, Haikal dan Zach menunjuk riaksi terkejut.

"What?! Macam mana kau tahu tu dia? Apa jantan tu buat dekat sini?" Soal Aryan ingin tahu. Sudah lama dia tidak dengar cerita tentang sepupunya sorang itu. Tambahan pula, hubungan mereka tidaklah terlalu baik.

Asyraff mengeluh berat. "Nampaknya aku perlu bagitahu satu benda yang kau tak tahu lagi, Aryan."

"Maksud kau? Benda apa yang aku tak tahu?"

"Fran dah lama perhatikan kita semua. And for your information, dia pernah bekerja dengan Adam. Itu pun sebab kitaorang semua nampak dia ada waktu kitaorang selamatkan Alisha. Satu maklumat lagi yang aku baru je dapat tahu. Ingat tak kes hospital Ray kena serang dengan Adam dan mesti korang macam mana Shawn boleh dapat mesej Adam nak serang hospital Ray waktu tu. Guess what? Itu semua kerja Fran." Jelas Asyraff setelah sekian lama dia buat selidik semua perkara yang terjadi selama ini.

Membulat mata empat orang jejaka itu. Siapa sangka ada yang membantu mereka dalam diam.

Shawn memetik jari. "Patutlah aku pelik. Sebenarnya sebelum budak-budak bagitahu lagi, aku dah dapat mesej tu. Tapi aku abaikan sebab nombor yang bagi maklumat tu pun private number. Aku tak kenal. Ingatkan scammer ke apa. Tak sangka pula Fran yang hantar mesej tu dekat aku." Kata Shawn setelah teringat pada hari kejadian di hospital Rayyan.

Pakk!

"Sakitlah, setan!" Marah Shawn lepas Aryan mengetuk kuat kepalanya.

"Apahal kau tak pernah bagitahu?!" Marah Aryan dengan nada suara masih dikawalkan.

Shawn menjeling tajam. "Manalah aku tahu yang mesej tu Fran. Aku ingatkan scammer ke apa nak rembat duit aku dalam bank tu. Tapi lepas apa jadi dekat hospital Ray, aku terus suruh Asyraff check. Rupanya Fran sebab tu private number sama macam Asyraff selalu da-" Laju Shawn menekup mulutnya. Bila pandang ke arah Asyraff, lelaki itu sedang merenung tajam ke arahnya lalu dia menggeleng kepala.

"Dia apa? Darren Asyraff, is there anything you want to tell me?" Soal Aryan mendatar.

Sumpah waktu ni, Asyraff rasa nak cincang Shawn hidup-hidup. Mulut dia memang tak boleh simpan rahsia ke? Padanlah kawan dengan Haikal. Dua-dua mulut bocor.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now