Bab 50

20.3K 1.2K 97
                                    

Phone milik Zach berdering menerima panggilan dari seseorang. Dilihat skrin phone itu seketika lalu Zach terus mengangkat panggilan tersebut.

"Yo."

"Kau dekat mana?"

"Luar. Baru lepas main go kart terus pergi makan sekali. Kenapa?"

"Patutlah. Aku sampai rumah tengok kosong je tak ada orang. Ingatkan korang ke mana. Hah... lama lagi ke korang nak makan tu?"

"Makanan belum sampai lagi, baru lepas order. Eh, bila masa kau balik sini? Tak bagitahu pun."

"The hell?! Iyan tak cakap apa-apa ke?"

Zach pandang ke arah Aryan dan kebetulan juga Aryan sedang memandang ke arahnya. Aryan menjungkitkan sebelah kening seperti bertanya 'siapa call?'

Zach membalas dengan isyarat mulut 'Daniel call'. Aryan mengangguk faham.

"Dia lupalah tu. Bukan kau tak kenal dia. Ni kau nak tunggu je dekat rumah atau nak datang sini? Dah alang-alang kitaorang baru je nak makan. Dekat dapur tu barang dah banyak habis so kitaorang pergi beli terus je kejap lagi."

"Kalau macam tu aku ke sanalah. Perut pun lapar ni sebab dalam flight tadi aku banyak tidur je. Aku pinjam motor kau tau. Jumpa sana, bye!"

Tit!

Terkebil-kebil seketika mata Zach selepas Daniel terus menamatkan panggilan. Macam tu je dia minta nak guna motor aku? Bertuah punya budak. Haih... nasiblah kenangkan dia pun dah lama tak bawa jalan-jalan superbike dalam garaj kereta tu.

"Ada apa Daniel call kau?" Soal Aryan setelah lihat Zach meletakkan phone di atas meja.

"Dia balik rumah tapi tak ada orang. Asal kau tak bagitahu Daniel balik sini?"

"Oh... lupa." Balas Aryan ringkas tanpa rasa bersalah. Tapi memang betul pun dia lupa yang Daniel ada beritahu pada dia minggu lepas yang Daniel akan pulang ke Milan lagi beberapa hari. Lagi pun manalah dia tahu hari ni si budak Daniel tu nak balik. Dia cuma bagitahu nak balik je.

Zach hanya jeling mendengar jawapan Aryan. Sebab tu tak guna apa-apa hal bagitahu dekat Aryan. Confirm dia lupa punya nak cakap.

"Tapi apahal dia call kau pula? Kenapa tak call Ardell je?" Soal Aryan pelik sambil pandang ke arah adiknya.

Ardell tersentak. Dia cuba buat-buat tak dengar pertanyaan dari abangnya itu tetapi Aryan lebih pantas menyeru nama penuhnya.

"Ardell Aryana." Aryan merenung wajah Ardell.

"Kau gaduh dengan Daniel ke?" Soal Aryan bersama mata dikecilkan. Gaya macam ada yang tak kena antara Ardell dan Daniel.

Ardell diam. Kemudian, satu keluhan berat dilepaskan. Tak sangka masalah sekian lama dia pendam seorang diri, hari ini semudah itu abangnya dapat meneka.

"Sejak El balik sini, Daniel langsung tak pernah contact." Balas Ardell perlahan dengan menundukkan kepalanya. Dimainkan jari sesama sendiri di bawah meja.

"Then kau marah? Merajuk? Sebab Daniel tak pernah contact kau sepanjang kau ada dekat sini?"

Ardell diam.

Suasana di meja itu menjadi sepi yang tadinya elok mereka semua berbual antara satu sama lain. Semua memberi ruang kepada Aryan dan Ardell. Erianna yang berada di sebelah Ardell pula, dia menggenggam lembut tangan Ardell yang berada di bawah meja.

"Ardell Aryana, aku bukan nak marah kau sekarang ni tapi apa yang aku nak cakap cuma sesekali tu cuba kau faham situasi Daniel juga. Kau balik sini sebab along suruh. Dan dalam masa yang sama kau pun masih teruskan kelas secara online je. Bagi Daniel pula, selain dari dia belajar dekat universiti tu, dia kena bekerja juga dekat syarikat Ray. Jadinya takkan kau tak boleh faham yang Daniel tak selalu ada masa terluang. Selain dari tu juga, Daniel kena pergi kelas menembak dengan martial arts."

"He is still young, Ardell. Banyak lagi perkara yang dia kena belajar. Jadi seorang pelajar universiti dan dalam masa yang sama kena bekerja bukanlah benda mudah. Jadual dia akan selalu compact. Tak termasuk lagi benda-benda lain Daniel kena buat. Aku faham sebenarnya kau risaukan tentang Daniel tapi cuba letakkan persefahaman antara korang berdua. Janganlah disebabkan kehidupan Daniel macam tu, kau terus nak letak kesalahan semua pada dia." Kata Aryan panjang lebar cuba nasihat adik perempuannya itu.

Aryan tahu apa hubungan sebenar Ardell dan Daniel. Bukan Aryan saja tetapi yang lain pun sama. Ardell dan Daniel dah lama bercinta sejak mereka berdua sama-sama melanjutkan pelajaran beberapa tahun lepas.

Air mata Ardell bergenang. Tersentuh dengan kata-kata abangnya. "El tahu El silap sebab tak pernah faham Daniel."

Aryan, Haikal dan Zach tersenyum nipis. Sebenarnya tak peliklah kalau situasi macam ni terjadi pada mana-mana pasangan mereka. Kehidupan mereka berbeza dengan orang lain. Ada separuh orang sesibuk mana pun pasti dapat meluangkan masa dengan orang tersayang.

Tapi mereka? Kerja, latihan, kerja dan latihan. Itu jelah rutin yang sama setiap hari. Nak buat macam mana kalau dah sendiri pilih jalan tu.

"Dah, jangan nangis. Nanti Daniel sampai kau---"

"This is for you." Satu suara lain tiba-tiba datang mencelah. Sejambak bunga tulip dihulurkan kepada Ardell.

"Tak reti nak bagi salam dulu ke?" Sindir Aryan geram.

"Niel? Cepatnya sampai." Ardell terus berdiri dari tempat duduknya terkejut akan kehadiran Daniel sekelip mata ada di situ.

Daniel tersengih sambil menggosok belakang lehernya.

"Kau rempit eh guna motor aku?" Soal Zach membuatkan sengihan Daniel semakin lebar.

"Err... hehe tak laju mana pun. Aku bawa 250km/j je."

Membulat mata Zach. "Kau gila ke?! Ducati aku tu paling laju boleh cecah 331km/j tahu tak! Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana? Bahayalah Daniel bawa laju macam tu."

"Alah... bukan selalu pun. Saja lepaskan rindu nak bawa haha. Motor aku ada dekat rumah Aryan malas nak ambil so pinjam jelah motor kau. Cakap aku konon padahal kau pun lebih kurang je bawa macam nak tempah nyawa je."

Daniel kembali pandang ke arah Ardell. Malas nak berdebat dengan Zach. Sampai ke esok pun tak sudah kalau macam tu.

"Sorry sebab Niel tak call dan mesej Ardell. Niel sibuk sikit lately ni tambah pula dah nak final year kan. Niel tahu Niel dah janji dengan Ardell bila Ardell sampai sini, Niel akan mesej Ardell... call Ardell tapi Niel mungkir janji. Maafkan Niel, okay?" Pujuk Daniel dengan sejambak bunga tulip tadi masih pada tangannya.

"No... El yang patut minta maaf sebab tak pernah faham Niel."

Daniel tersenyum. "Janganlah cakap macam tu. Ardell tak ada salah apa pun. Biasalah itukan sifat seorang perempuan. Risau tandanya sayang. Tak gitu? Haha. Cepatlah ambil bunga ni sebab Daniel tahu Ardell sukakan tulip jadinya sebelum sampai sini tadi, Daniel sempat belikan."

Ardell terus tersenyum dengan pujukkan Daniel. Bunga tulip tersebut di ambil dari peganggan Daniel.

"Thank you."

"You're welcome." Daniel mengenyitkan sebelah matanya.

"Sudah sudahlah drama tak berbayar korang tu. Berbulu mata aku tengok. Ada juga kejap lagi tak lalu nak makan sebab kembang tekak." Perli Aryan sambil memutarkan bebola mata. Inilah orang kalau tengah bercinta. Semua benda nampak manis. Pahit? Hah, kau tengoklah time bergaduh. Tujuh keturunan pun boleh diungkitnya.

Daniel menjeling sekilas. "Jealous ke? Itulah umur makin lama makin tua, cepat-cepat sikit cari jodoh. Takut esok-esok aku yang langkah bendul dulu haha."

"Cakap baik sikit eh. Aku ni abang Ardell. Kalau aku tak restu kau jadi adik ipar aku, merantaplah kau tujuh hari tujuh malam."

"Lah... kena minta izin kau ke? Tapi aku rasa tak perlu kot. Minta izin dekat Ray confirm dia setuju." Sengaja Daniel menambah panas dalam hati Aryan.

"Eh... eh, budak ni. Ada juga aku buat lauk makan malam. Makin besar makin biadap kau ni."

Daniel menjelir lidah langsung tidak takut dengan ugutan Aryan. Bukan dia buat betul-betul pun. Biasalah bergurau dah lama tak jumpa.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now