Awal pagi lagi semua sudah kembali bekerja seperti biasa. Kini tinggal Shawn dan Erianna serta ada anak-anak buah Rayyan yang lain berjaga di luar kawasan rumah besar itu. Kalau semua dah pergi kerja, jawabnya rumah jadi sunyilah.
"Rian, I nak keluar kejap ambil Ardell dekat airport. You nak ikut tak?" soal Shawn yang baru menuruni anak tangga dari tingkat atas. Gadis itu pula berada di ruang tamu menonton tv.
"Boleh juga. I pun bosan dekat rumah ni tak ada kerja apa boleh buat." balas Erianna.
"You pergilah siap sekarang. I tunggu dalam kereta."
"Okay." Erianna terus pergi meninggalkan Shawn sendirian. Bersiap biasa-biasa jelah. Nak lebih-lebih pun bukan pergi ke mana. Setakat airport je. Itu pun sebelum Rayyan pergi kerja tadi pagi, dia sudah melarang keluar rumah kecuali ada hal penting saja.
Ding dong!
Terhenti langkah Erianna di anak tangga pertama. Shawn turut berpaling melihat ke arah pintu utama rumah besar itu. Siapa pula datang pagi-pagi ni? Rasanya diaorang semua dah pergi kerja, takkan ada yang balik pula?
"Shawn..."
"Just stay like that. Don't move. Biar I buka pintu tu." kata Shawn lalu berjalan mendekati pintu utama dengan penuh berhati-hati. Mujurlah sebelum turun tadi dia tergerak hati untuk simpan pisau belati di poket belakang seluarnya.
Shawn terus membuka pintu tersebut dan terlihat seorang gadis tinggi lampai hampir dengan parasnya, rambut berwarna maroon gelap sedang membelakangi pintu. Pelik. Siapa pula ni?
"Excuse me... miss?" tegur Shawn teragak-agak. Macam mana gadis ini boleh masuk ke dalam perkarangan rumah besar itu sedangkan ada ramai anak buah Rayyan berjaga di luar sana.
Gadis itu segera berpaling selepas Shawn menegur. Rayban hitam diturunkan lalu dia menjeling lelaki itu. Wajah geram ditayangkan.
"How can you forget to pick up me at airport, Shawn Hazwan?!" marah gadis itu.
Shawn terkejut. "Ardell?! Macam mana boleh ada dekat sini? Bukan patutnya flight landing pukul 10 ke?" soalnya hairan. Itu yang dia pelik macam mana adik perempuan Rayyan boleh terpacak depan rumah belum sempat dia ke airport.
"I guess... Abang Iyan didn't tell you, right?" gadis itu mengecilkan matanya.
"Tell me what? Ray cakap flight Ardell lebih kurang dalam pukul 10 macam tu sampainya."
Ardell memutarkan bebola matanya. Sah! Abangnya sorang itu tak bagitahu waktu yang sebetulnya pada Shawn. "El dah bagitahu Abang Iyan sebelum berlepas yang El tukar flight lain so dapat tiket penerbangan awal. Haih... tak pasal-pasal dekat dua jam El tunggu Shawn ambil dekat airport tadi. Nak call, phone habis battery pula."
Shawn hanya tergelak kecil. "Yang kau pergi bagitahu Aryan kenapa? Bukannya abang kau sorang tu je. Kenapa tak bagitahu Ray terus? Padanlah muka kau free macam tu je kena sidai dekat airport."
"Shut up, you!" Ardell jeling. Tanpa belum sempat Shawn menjemputnya masuk ke dalam, dia terlebih dahulu terus melangkah masuk. Tiba-tiba matanya terlihat Erianna sedang berdiri di tangga sambil memandang ke arahnya juga.
"That's your sister in law. Erianna Adrylene." celah Shawn selepas menutup kembali pintu utama itu.
Ardell seakan teruja melihat gadis yang sudah bergelar kakak iparnya. Terus dia menghampiri Erianna lalu gadis itu di peluk erat.
"Finally... I can meet you, sis!" kata Ardell teruja.
Erianna tersenyum kekok. "Emm... Ardell Aryana, right?"
"Yes. Kak Erianna panggil El je."
"Okay, El. Baru ingatkan tadi nak keluar dengan Shawn ambil El dekat airport. Ni tiba-tiba dah ada depan rumah."
Ardell terus mencebik bibir. "Abang Iyan tu! Tak bagitahu Shawn yang El sepatutnya sampai awal sebab tukar flight. Dah El kena sidai macam tu je berjam-jam dekat airport tadi. Urgh, I hate him!"
Erianna tergelak kecil. "Kenapa tak call je Shawn?"
"Phone habis battery."
"Dahlah... tak payah nak berdrama sangat kau ni. Esok aku bawa kau pergi shopping. Nak tak? Ni sebagai tanda aku minta maaf okay tak dapat ambil kau." kata Shawn cuba memujuk Ardell. Walaupun mereka bukanlah adik beradik kandung, dia sudah pun menganggap Ardell seperti adiknya sendiri. Ada kala bila Rayyan dan Aryan sibuk, dia dan Zach akan layan atau temankan Ardell pergi ke mana saja.
Ardell menoleh ke arah Shawn. "Betul ke ni?" soalnya gembira. Hilang sikit rajuk dengan Shawn meskipun bukanlah salah lelaki itu.
Shawn angguk.
"Okay! Janji eh bawa El pergi shopping esok? Tapi kena bawa Kak Erianna sekali barulah El ada kawan."
"Yeah... anything for you, Princess Ardell Aryana. Dah pergi naik atas sana rehat. Aku ada kerja nak buat ni. Rian, if you want anything just tell me. Okay?"
"Okay, Shawn." Erianna senyum.
"Akak, jom! Temankan El cari baju untuk esok." tanpa sempat Erianna balas, laju Ardell menarik tangannya menuju ke arah bilik tidur gadis itu berada.
Shawn hanya menggelengkan kepala melihat telatah Ardell. Harap je umur dah 20 tapi perangai manja. Cuma satu je... tunggu jelah nanti bila jumpa dengan abang kedua dia. Mahu terbalik segala harta benda dalam rumah ni. Aryan kalau tak usik adik perempuan dia sorang ni tu memang tak sah!
🔥
"Apa-apa terus call abang. Faham?" Rayyan mengusap kepala isterinya. Hari ini dia terpaksa pergi kerja awal kerana jadual kerjanya terlalu padat dari pagi sampailah lewat petang. Lambat habis boleh jadi balik rumah waktu malam.
Erianna senyum memandang wajah si suami. "Iya, saya ingat pesanan abang. Ni dah kali ke berapa abang bagitahu saya. Jangan risaulah, Shawn dengan Ardell ada sekali dengan saya."
"But still I'm worried about you..."
Haih... suami siapa ni? Agaknya kalau boleh ikat isteri duduk dalam rumah je tak bergerak ke mana-mana, dah lama dia buat kot.
"Abang, saya okay jelah. Abang pergi je kerja tu jangan risau pasal saya. Nanti apa-apa saya akan mesej abang, okay? Jangan risau pasal saya. Please... saya teringin juga nak jalan dekat Milan ni. Alang-alang El dah ajak apa salahnya. Abang pun dah mula sibuk dekat office, kadang tu balik rumah pun dah lambat." kata Erianna masih cuba memujuk kerisauan hati encik suami. Mula dah mode overprotective dia!
Rayyan mengeluh berat. "Fine. Make sure always have phone with you. Don't forget to call me or send me a message."
"Kau, dah besar panjang pandai-pandailah jaga diri. Jangan call aku. Kacau je orang buat kerja kat office. Dengar cakap Shawn, jangan degil. Kalau kau degil siap kau aku kerjakan nanti." tiba-tiba suara Aryan membebel dari arah tangga membuatkan Rayyan dan Erianna berpaling. Lelaki itu sedang turun bersama dengan Ardell.
"Bisinglah kau ni. Buang masa aku je nak call kau. Buat kerjalah sangat kat office. Entah-entah melencong tempat lain. Bukannya baru semalam kenal perangai kau macam mana." Ardell menjeling Aryan. Dah tua makin kuat membebel pula. Kahwin tak nak.
"Dah, jom gerak. Sudah-sudahlah drama korea kau yang tak seberapa sangat. Bini kau tu nak keluar jalan bukannya nak bunuh diri. Risau macam bini nak terjun Laut Pasifik pula." perli Aryan sebelum membolos diri ke dalam kereta BMW milik Haikal. Ah! Malas nak drive sendiri hari ni.
Rayyan merengus geram. Potong line betullah!
"Pergi kerja elok-elok, okay. Tahu diri tu sibuk banyak kerja dekat office but still remember to take care yourself." pesan Erianna.
"I know. I got to go now. Love you, sayang." Rayyan mengucup dahi sang isteri.
"Love you too." balas Erianna dan memberi senyuman buat sang suami sebelum kereta Aston Martin milik Rayyan laju meninggalkan kawasan rumah bersama dengan kereta BMW milik Haikal serta kereta Audi milik Asyraff.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
حركة (أكشن)BOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.