Ardell mencuri pandang kakak iparnya dari hujung mata. Sekarang mereka berdua sudah berada di pintu masuk untuk menuju ke tempat roller coaster berada. Dari tadi Erianna menyepi. Ardell menggigit bibir bawah sebelum dia cuba menegur kakak iparnya itu.
"Akak betul-betul ke maksudkan apa akak cakap tadi?" Soalnya dalam nada berhati-hati. Risau kalau isteri abangnya itu terasa.
Erianna menghembus nafas berat. Sebenarnya dia rasa serba salah. Tak patut pun dia paksa mereka yang lain ikut naik bersama bermain permainan roller coaster itu. Entah kenapa dia terlalu ikutkan perasaan sangat.
"Akak saja je sebenarnya. Tak berniat pun nak buat macam tu." Balas Erianna perlahan.
Ardell senyum. Tangan Erianna digenggam seketika. "Akak, El faham akak excited datang sini nak luangkan masa sama-sama dengan yang lain. El pun sama juga. Tapi, akak tak patutlah paksa ugut diaorang sampai macam tu sekali. El bukan nak berpihak pada abang-abang El cumanya El pernah ada kat tempat akak. Macam sekarang ni. Dulu El selalu excited nak ajak abang-abang El buat itu ini, ajak jalan-jalan apa semua. Tapi, El faham kerja diaorang takkan selalu ada masa terluang." Ardell cuba menutur lembut kata-kata seperti pujuk kembali rasa serba salah dalam diri Erianna.
"Abang Iyan tu nampak je dia kasar but still dia masih ada baiknya. Walaupun El selalu gaduh mulut dengan Abang Iyan, El masih kenal diri dia macam mana. Jadinya, El harap akak cuba faham keadaan orang lain juga. Tak setiap masa kita perlu jadi pentingkan diri. Adakalanya kita perlu mengalah juga. El tak bermaksud nak buat akak terasa ke apa, El cuma nak akak tak terlalu pentingkan diri sampai orang lain tempias juga." Kata Ardell lagi jelas segala isi tersirat harap kakak iparnya itu faham.
Biasalah perempuan. Kadang kala salah diri kita sendiri pun kita tak sedar. People make mistake, right?
"Nanti akak minta maaf dengan Abang Iyan, okay?"
Erianna mengangguk lemah. Rasa serba salah terlalu memaksa adik iparnya sebentar tadi.
"Sayang!" Suara Rayyan menyentak Erianna dan Ardell. Terus dua orang gadis itu segera berpaling.
Nafas Rayyan sedikit tercungap-cungap. Bahu Erianna disentuhnya. "Penat abang cari sayang. Rupanya sayang dah dekat sini dengan Ardell."
Erianna tersenyum nipis. "Maaf, Rian buat abang risau. Yang lain mana?" Soalnya sambil melihat belakang badan Rayyan. Mencari kelibat Aryan dan yang lain.
"On the way datang sini."
Erianna angguk faham. Tak lama kemudian, muncul susuk tubuh lima orang lelaki itu bersama tiga sekawan Erianna. Matanya dialihkan pada Aryan.
"Iyan, I minta maaf sebab paksa you tadi." Ucap Erianna masih lagi dalam mood serba salah.
Aryan hanya senyum segaris. "Tak apalah, I okay je. I patut minta maaf dengan you. Kita semua datang sini sebab nak temankan you so it's not your fault."
"No! I yang patut minta maaf. I paksa korang semua. Sorry sebab I terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau korang tak nak ikut naik sekali, I okay je tak kisah. Ardell ada boleh temankan I. Kawan-kawan I pun ada." Kata Erianna bersungguh-sungguh ingin menebus semula silapnya.
Rayyan tersenyum melihat telatah isterinya. Dia tahu Erianna tak sengaja nak ugut mereka semua sampai macam tu sekali.
"Eh, tak apalah. Kitaorang okay je. Lagipun dah lama tak main benda ni, apa salahnya join sekali. Barulah show!" Seloroh Zach.
"Betul tu! Sekali sekala apa salahnya buat hilang stress kerja. Nanti bila dah balik Milan, tak adanya nak healing healing macam ni." Haikal mencelah sokong dengan apa yang Zach katakan.
Akhirnya, barulah Erianna tersenyum semula. Lega hati bila tengok riaksi semua orang. Satu idea datang dalam fikiran membuatkan Erianna ingin mengusik para lelaki di situ.
"Okaylah kalau macam tu. Apa kata nanti lepas kita main roller coaster ni, kita pergi masuk rumah hantu. Nak tak?" Usik Erianna bersama sengihan. Kening juga dijungkitkan beberapa kali.
Serta merta semua para lelaki menelan air liur. Mereka berpandangan satu sama lain. Rasanya lagi rela kena paksa naik roller coaster menggayatkan tu dari masuk rumah hantu.
Terus terletus tawa Erianna dan Ardell saat melihat wajah cuak masing-masing. Amboi... kena usik pasal rumah hantu terus pucat semua? Kata hati kental.
"Takkan cuak semua?" Perli Rayyan walaupun dalam hati dia turut sama seperti yang lain. Gila bini aku ni. Wayar saraf putus ke apa?
"Mana ada!" Nafi Shawn, Haikal dan Zach serentak. Hanya kebetulan.
Asyraff tersengih sinis lalu diletakkan tangan pada bahu Zach. "Kalau macam tu, kejap lagi jom masuk dengan aku."
Zach rasa nak menangis waktu ini. Menyesal dia setuju nak temankan Erianna bermain semua benda di taman tema tersebut. Aku nak balik! Tolonglah sesiapa, aku rasa nak balik hotel sekarang ni!
🔥
Aryan bersandar di kerusi rehat. Terasa loya tekaknya selepas berjaya menghabiskan bermain roller coaster sebentar tadi. Malah bukan hanya Aryan sorang, Shawn dan Zach turut berada dalam keadaan yang sama. Kepala pening, tekak loya.
"Nah." Tiga botol air mineral dicampakkan ke arah tiga orang lelaki itu. Pantas semua menyambut dengan selamat.
"Kalah orang mengandung aku tengok." Perli Rayyan sambil melihat tiga orang jejaka yang seakan hampir hujung nyawa ketika itu. Sekarang mereka berenam rehat seketika sementara Erianna bersama para gadis yang lain masuk ke dalam rumah hantu.
"Kalau aku tahu benda gila tu macam nak bawa masuk alam lain, memang taklah aku nak naik!" Rungut Shawn. Ditangannya masih setia memegang minyak angin kepunyaan Mikayla. Kalau bukan disebabkan kepala dia pening, memang taklah dia nak minta minyak angin tu. Sudahlah dia dan Mikayla paling pantang bila berjumpa. Pasti berperang mulut.
"Rileklah. Naik roller coaster je pun, bukannya suruh kau terjun dari pesawat A400M atas udara sana." Sindir Asyraff pula. Drama sangat budak tiga ekor ni.
"Berani pula bini kau masuk rumah hantu, Ray? Kau asal tak ikut sekali?" Soal Haikal pada Rayyan yang baru saja melabuhkan diri di sebelah Asyraff.
"Aku risau kalau aku masuk, malam nanti kena kacau dengan hantu Jepun." Balas Rayyan selamba. Terus terletus tawa Aryan, Shawn, Haikal dan Zach. Asyraff pula sekadar menggeleng kepala.
"Sejak bila sial kau takut hantu? Hahaha." Sakan Aryan mengetawakan abangnya. Tak sangka diam-diam takut hantu rupanya.
Rayyan merengus geram. "Gelaklah haa gelak. Memang aku doakan korang berempat malam nanti kena kacau dengan mana-mana hantu. Elok hantu janda pun bagus." Kata Rayyan geram melihat dirinya dibahan. Tak guna punya kawan.
"Asal kena hantu janda doh? Bagilah yang single. Ini bagi janda buat apa?" Kata-kata Zach mengundang tamparan kasih sayang dari Haikal. Belakang badan Zach menjadi sasaran.
Pakk!
"Aduh!!" Zach gosok belakang badannya.
"Kepala otak kaulah! Mulut tu jaga sikit eh. Ada juga malam nanti kau tidur sorang-sorang." Marah Haikal lalu dijeling tajam ke arah Zach.
"Aku gurau jelah. Kau ni penakut sangat."
Leka berbual dan gelak tawa, Asyraff dapat rasakan seperti mereka semua diperhatikan. Tidak jauh dari tempat enam orang jejaka itu berada, susuk tubuh seseorang misteri sedang memerhati ke arah mereka.
Walaupun jarak dia agak jauh, tapi dia pasti Asyraff dapat kesan kehadirannya. Sejak awal mereka memasuki taman tema Tokyo Disneyland lagi dia sudah mengekori.
"How can all of you be so calm like this even though the situation is not good for now?"
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.