Bab 20

30.2K 1.8K 75
                                    

"Ray." Asyraff menegur lelaki itu berada di ruang tamu bersama dengan rakan yang lain. Bukan hanya Rayyan seorang menoleh ke arahnya tetapi yang lain turut pandang bersama.

"Lambat kau balik. Pergi mana?" soal Aryan. Matanya tertangkap pada tangan kanan Asyraff agak sedikit lebam serta luka di tepi bibir lelaki itu.

"We need to talk." kata Asyraff mendatar. Pertanyaan Aryan diabaikan.

Rayyan tidak segera menjawab tetapi dia menoleh ke arah isterinya di sebelah. "Sayang, naik atas kejap. Saya ada benda nak bincang dengan diaorang."

"Okay." balas Erianna tanpa membantah. Terus dia melangkah pergi meninggalkan sekumpulan lelaki itu. Pasti ada perkara penting ingin dibincangkan tanpa kehadiran dia.

"What's wrong? What happened to your lips and hands? Any explanation?" soal Rayyan mendatar. Dia seperti dapat menduga apa yang bakal diberitahu oleh Asyraff.

Asyraff mengambil tempat di sebelah Shawn. Tangan kanannya yang sedikit lebam itu di renung seketika sebelum dia menghembus nafas berat.

"They're here and yesterday, he already back to Spain. Aku kena serang tadi dekat taman. Lima orang. Aku dah suruh budak-budak pick up lepas tu tahan diaorang buat sementara waktu dekat tempat kita. Kau ada nak buat apa-apa dengan diaorang ke, Ray?" jelas Asyraff lalu wajah lelaki itu dipandang.

Rayyan dan yang lain agak terkejut. Maknanya, boleh jadi ada yang cuba memerhati majlis perkahwinan dia dan Erianna semalam. Patutlah hati asyik rasa tak tenang.

"Kau kena serang? Teruk ke?" soal Zach pelik. Jarang sekali kalau Asyraff nak cuai.

"Diorang attack aku belum sempat sampai kereta lagi. Barang-barang semua dalam kereta tapi Ray kan dah pesan jangan buat masalah. Lagipun orang ramai dekat taman situ. Tak pasal masuk penjara free je karang."

Zach mengangguk faham. Ada betulnya juga. Itu mujur Asyraff yang kena serang, kalau Aryan? Mahu arwah dah lima orang tu. Jenis nafsu membunuh tak boleh tahan macam tulah.

"Hah! Kutuk aku dalam hati. Ingat aku tak tahu ke? Aku ni ada kuasa telipati tahu tak?!" tembak Aryan pada Zach lalu diberi jelingan membuatkan Zach terlepas tawanya. Macam tahu-tahu je kita tengah kutuk dia.

"Esok pagi, semua turun padang. Kita jumpa sampah-sampah tak guna tu. Lusa, kita terus gerak balik Milan. Selagi kita dekat sini, selagi tu kita tak boleh untuk fight balik sekiranya diaorang tiba-tiba datang serang kita. You know the rules. Aku tak nak sesiapa buat masalah sebelum kita balik Milan. Shawn, nanti bagitahu Ardell suruh dia balik Milan untuk jaga dan temankan Erianna bila kita semua mula sibuk dengan urusan kerja dekat office." arah Rayyan serius. Masa semakin suntuk. Dia perlu selesaikan mana masalah paling berbahaya dalam hidupnya dengan segera.

"Alright." balas semua serentak kecuali Aryan. Lelaki itu merenung wajah si abang. Entah apa yang difikirkan Rayyan waktu ini dia pun tidak tahu. Rasa tak sedap hati. Tapi kenapa?

🔥

Pelukan terakhir sebelum dia bakal berlepas ke negara Milan sebentar lagi. Erianna tersenyum hambar. Air mata hampir bergenang melihat wajah abangnya.

"Janji dengan abang, selalu call abang. Mesej pun sama juga. Apa-apa hal jangan sesekali rahsiakan dari abang. Faham?" pesan Edryl sebagai seorang abang sulung.

Erianna mengangguk sekian kalinya. Jelas nampak kerisauan pada wajah si abang untuk melepaskan adiknya pergi. Apakan daya, lepas berkahwin dia kenalah ikut suami takkan nak derhaka pulakan?

"Abang pun sama. Jaga diri dekat sini. Apa-apa call Rian terus." di peluk lagi tubuh Edryl. Berat hati untuk meninggalkan si abang.

"Dahlah... sampai tahun depan tak sudah korang punya nak berdrama. Bukannya tak boleh jumpa terus. Nanti bila ada masa, Ray bawalah Rian jumpa kita." celah Luis hanya diam memerhati dari tadi. Cemburu sebenarnya. Tahulah dia kurang bermanja sikit dengan adik perempuan sorang tu. Tak macam bila Erianna dengan Edryl.

Terus Erianna dan Edryl ketawa kecil. Faham sangat Luis cemburu dengan kemesraan mereka berdua. Erianna melangkah mendekati Luis lalu di peluk pula tubuh abang keduanya.

"I'm gonna miss you." bisik Erianna.

"Yeah, me too. Jaga diri sampai sana nanti. Dengar cakap suami, jangan melawan. Dosa." pesan Luis pula. Lebih kurang sama dengan pesanan diberikan Edryl tadi.

"Baik, bos! Abang Luis pun sama juga. Tengok-tengokkan abang Edryl tu. Kerja tu kerja juga tapi kesihatan jangan lupa jaga. Kalau ada apa-apa terus call Rian, tau!"

Dahi Erianna dijentik perlahan. "Aku tahulah. Sibuk je budak ni. Dah pergi dekat suami kau, kesian lama dia tunggu tu."

Erianna mencebik. Nak manja kejap pun tak boleh. Lagi dihalau kita adalah. Langkah di buka berjalan mendekati Rayyan yang tidak berapa jauh. Lengan lelaki itu dipeluk kemas.

"Dah?" soal Rayyan sambil melihat wajah mendung si isteri. Tahu Erianna sedang bersedih hendak berpisah dengan kedua abangnya.

"Hmm..." balas Erianna perlahan.

Rayyan tersenyum nipis. "Janganlah sedih, my princess. Nanti ada masa kita balik sini jumpa abang-abang awak, okay? Tak pun saya minta diaorang datang sana. Kalau awak sedih, saya pun sedih juga." Rayyan cuba memujuk hati sang isteri.

"Betul ni?" wajah Rayyan dipandangnya.

"Yes, my princess."

"Lama lagi ke aku nak tengok drama pukul 7 korang ni? Kalau lama lagi eloklah biar je flight tu terlepas. Nak balik Milan naik apa? Berenang?" celah Aryan yang sudah bersila di atas jalan sambil bermain ranting kecil. Mana pula budak ni dapat ranting?

"Hm agak-agak kalau jadi drama pukul 7 kat tv3 tu sampai episod berapa eh? Cepatlah, Ray. Berkicap ketiak aku panas tahu tak kat sini." bebel Zach turut duduk bersila bersebelahan Aryan. Mula dah dua orang ni buat perangai.

Rayyan merengus geram. Tanpa dihiraukan dua manusia tersebut, dia dan Erianna terus membuka langkah menuju ke arah private jet miliknya berada. Malas aku nak layan. Elok tinggal aje dekat sini.

Ktuk! Ktuk!

"Sakitlah, bodoh!" marah Aryan dan Zach serentak.

"Benda boleh naik je dulu flight tu yang korang berdua nak bertapa macam anak hilang mak bapak kat sini kenapa? Jangan buat hal boleh tak? Serabutlah aku tengok korang ni." kata Shawn geram. Dialah yang mengetuk kepala Aryan dan Zach tadi. Hari ni malas nak ikut jadi bodoh sekali. Tak ada mood.

"Bosanlah kau ni, Shawn. Cuba santai sikit. Nanti bila kita dah balik Milan tak boleh nak santai-santai lagi." kata Zach lalu mengikuti langkah Asyraff dan yang lain sudah pun menuju ke arah kapal terbang berada.

"Entahnya. Nanti dah dari pagi sampai ke malam, esok lusa lagi hadap kerja memanjang. Kenapa kita kena kerja sekali? Asal tak suruh je budak-budak uruskan? Bosanlah aku kat office tu. Rasa nak jadi street racer macam Dominic Toretto pula hahaha."

"Bila masa kau rajin dekat office, Yan? Kerja kau pun suruh Haikal dengan Zach buatkan. Ada hati nak suruh budak-budak pula buat kerja kau." Shawn memberi jelingan tajam ke arah Aryan. Terus lelaki itu melepaskan tawanya. Hidup tak boleh sentiasa serius, bro.

Kecuali satu saja.

Tawa Aryan mati. Satu keluhan berat dilepaskan. Balik Milan, huh? Dia pasti akan banyak tragedi hitam bakal berlaku. Sama ada mereka perasan atau pun tidak.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now