Bab 36

20.5K 1.4K 142
                                    

Seperti yang dijanjikan, kini mereka semua berada di laman belakang rumah yang sangatlah luas. Masing-masing sudah bersedia dengan berpakaian t-shirt biasa serta seluar tracksuit. Takkanlah nak main game suruh pakai kemeja pula.

"Rian, banyak lagi ke belon ni nak kena isi air?" Soal Alisha yang sedang membantu Mikayla mengisi ke semua belon tersebut dengan air paip.

Erianna datang menghampiri. Lepas melihat semua belon yang sudah memenuhi dua buah baldi itu, dia mengangguk kepala. "Cukup dah tu. Kejap lagi aku panggil sesiapa tolong angkatkan baldi ni. Terima kasih tau korang berdua sudi tolong."

"Tak apa. Lagi pun kiraorang tak ada kerja jadi apa salahnya tolong kau sikit-sikit. Kau pun dari tadi sibuk dekat dapur je dengan Ardell." Kata Mikayla sambil menutup kepala paip air. Tangan yang basah di lap beberapa kali pada baju.

Apabila semua sudah bersedia, Erianna panggil untuk berkumpul di satu tempat. Semua kelengkapan sudah selesai. Air dan makanan juga siap dihidangkan buat semua orang.

"Nak main game apa dulu ni?" Soal Haikal tidak sabar. Sesekali dia merenggangkan otot badan. Kira buat pemanasan badan gitu.

Erianna senyum lalu sebuah balang kecil yang mengisi beberapa batang sudu ditunjukkan pada mereka semua. "Okay, untuk permainan yang pertama ni kita akan main permainan bom belon which is setiap orang akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Macam mana nak tentukan kumpulan? Kejap lagi korang ambil sorang satu sudu ni. Kira macam undi. Ada sudu yang berwarna merah dan ada berwarna biru. Ikut pada nasib. Setiap kumpulan mempunyai lima ahli. Jadi akan ada seorang berdiri di tepi sebagai juri." Jelas Erianna sebelum menghulurkan balang kecil itu.

Bermula dari Rayyan dan diteruskan dengan yang lain. Semua mengambil sorang satu bagi menentukan kumpulan manakah mereka berada.

"Oh, ya lagi satu. Kalau ada yang dapat sudu warna putih bermakna dia kena jadi juri untuk game pertama ni." Kata Erianna lalu menyuruh semua orang menunjuk sudu masing-masing.

Sudu biru :
- Aryan
- Haikal
- Zach
- Erianna
- Mikayla

Sudu merah :
- Rayyan
- Asyraff
- Shawn
- Ardell
- Alisha

Dan Arissa, hanya dia seorang saja berjaya mendapatkan batang sudu bewarna putih. Jadinya dialah akan menjadi juri.

Selepas dibahagikan kumpulan, semua mengambil tempat masing-masing yang telah di bahagi dua. Di tengah-tengah pula terdapat net panjang yang dipasang oleh Shawn dan Haikal sebentar tadi.

"Ingat eh, rules permainan ni korang kena attack queen dalam kumpulan pihak lawan untuk menang. Macam yang sudah dibincangkan, Erianna akan menjadi queen kumpulan biru manakala Ardell pula menjadi queen kumpulan merah. Dan untuk ahli kumpulan pula, sama je kalau terkena belon berisi air tu akan dikira out. Boleh attack dekat luar kawasan bantu ahli kumpulan sendiri yang masih ada di dalam." Jelas Arissa.

Kelihatan kedua-dua kumpulan nampak sudah bersedia. Erianna sembunyi disebalik badan Aryan dan Zach. Begitu juga dengan Ardell. Rayyan dan Asyraff menjadi penghalang di hadapan.

"Ready?" Arissa memandang kedua-dua kumpulan silih berganti.

"In one... two... mula!"

"This is so easy, bro." Aryan tersenyum sinis. Satu belon air mula dilontarkan kepada pihak lawan. Sasaran utama dia adalah Shawn tetapi Shawn berjaya mengelak.

"Apa benda ni, Yan? Sejak bila boleh failed target?" Sengaja Shawn memprovok Aryan membuatkan lelaki itu merengus geram.

Giliran Asyraff pula cuba membaling belon air tersebut ke arah Erianna. Namun Zach lebih pantas menyambut balingan tersebut tanpa pecah. Terjungkit sebelah kening Asyraff.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now