Bab 44

23.5K 1.3K 122
                                    

(Special chapter for scene Shawn dan Mikayla)

Mikayla memerhati segala bahan brownies yang telah di susun kemas di atas kitchen island. Rasanya dah cukuplah kot. Setelah pasti memuaskan hati, apron di ambil lalu dipakainya terlebih dahulu. Tak mahu baju kotor terkena segala tepung dan bahan-bahan lain.

"Oi, makcik. Tengah buat apa?" Tegur Shawn mengejut membuatkan Mikayla laju menoleh. Dada di usap perlahan. Mujurlah tak ada sakit jantung.

"Kau ni reti salam tak? Lain kali nak bertegur tu tolong bagi salam dulu. Nasib aku ni tak ada sakit jantung! Karang dekat sini mati katak aku dibuatnya, tak sempat merasa nak ada suami." Bebel Mikayla lalu dijeling tajam ke arah Shawn.

Shawn mencebik bibirnya. "Bising jelah kau ni, makcik. Tanya sikit je jawab bukan main membebel."

"Kau ni menyemak dekat sini buat apa? Tak ada kerja dah ke nak buat?" Soal Mikayla malas. Padahal menyampah bertembung mata dengan Shawn. Ada je benda keluar dari mulut dia tu menyakitkan hati.

"Saja nak tengok bidadari dekat dapur ni buat apa."

Ktang!

"Adoi! Sakitlah, makcik!" Marah Shawn apabila belakang badannya di pukul oleh Mikayla menggunakan mangkuk kosong.

"Banyaklah bidadari. Pergilah blah duduk depan sana tak payah menyibuk dekat sini." Halau Mikayla geram. Geli telinga dia mendengar ayat 'bidadari' dari Shawn. Buang tebiat ke mamat ni?

"Eleh... blushing ke aku puji kau macam bidadari?" Usik Shawn sambil tersengih-sengih.

Senduk kayu di tangan Mikayla dihalakan pada Shawn. "Cakap baik sikit eh. Jangan sampai senduk ni masuk dalam mulut kau."

"Kalau berani buatlah." Cabar Shawn selamba.

Mikayla mengecilkan matanya lalu Shawn dijeling tajam sekali lagi. Memang kerja mamat ni selalu nak sakitkan hati orang ke? Padanlah single.

"Ehem. Ehem."

Mikayla dan Shawn berpaling ke arah suara yang menegur. Kelihatan Ardell tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Belakang Ardell pula ada Zach dan Haikal.

"Amboi... dating berdua tak ajak." Usik Zach sambil keningnya dijungkitkan beberapa kali. Tersengih dia melihat wajah kemerahan Shawn. Tak tahulah sama ada tengah geram atau malu haha.

"Seronok dating. Siap bertepuk tampar lagi." Usik Haikal pula.

Makin bertambah-tambah larva api kemarahan dalam diri Shawn. Kalau ikutkan, nak saja dia siku budak dua ni. Bukan main lagi eh mengusik orang.

"Dah tak ada kerja ke korang berdua ni? Bukan tadi Ray suruh basuh kereta ke?" Soal Shawn sambil berpeluk tubuh. Ini kalau Aryan ada sekali, mahu tujuh keturunan dia kena sakat.

Haikal dan Zach tersengih lagi.

"Nak mengelak kena usik ke, bro?" Soal Haikal masih dalam mode mengusik Shawn.

"Amboi, Shawn... dalam diam je eh suka nak kacau-kacau anak dara orang. Hati tu mula terkenan ke?" Giliran Ardell pula mengusik.

Shawn merengus geram. Tanpa membuang masa lagi, Shawn membuka langkah untuk mengejar Haikal dan Zach. Melihat Shawn seperti ingin mengejar, laju Haikal dan Zach melarikan diri dari ruangan dapur. Matilah nakkk!!

"Haikal Lucas! Zach Fikri! Sini korang berdua!" Jerit Shawn geram. Habis dikejarnya dua orang rakannya itu sehingga ke luar halaman rumah.

"Bro, sorry! Bukan akulah nak skodeng kau! Haikal ni yang ajak tadi!" Jerit Zach kuat sambil berlari laju cuba mengelak diri dari Shawn.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now