Pusingan pertama berjaya dimenangi oleh kumpulan biru. Macam mana boleh menang? Mestilah Aryan guna tektik yang boleh kalahkan Rayyan. Siapa lagi kalau bukan gunakan kakak ipar sendiri?
Bagi kumpulan merah pula, mereka gagal menghabiskan cabaran tersebut. Antaranya adalah kegagalan dari Alisha dan Shawn. Pihak lawan mereka, Mikayla dan Haikal berjaya mengelak segala serangan.
"Esok bagitahu aku motor mana kau nak." Kata Rayyan lalu meneguk sebotol air mineral. Tekak mula terasa haus.
"Nice!"
"Ada game lagi ke lepas ni?" Soal Zach yang sudah terbaring di atas rumput halaman belakang rumah itu. Hilang sikit rasa penat walaupun bukanlah lasak mana dua permainan tadi.
"Ada. Game terakhir ni kita lawan siapa paling tahan makan pedas. Kejap lagi Ardell bawakan ramen untuk semua. Korang tak boleh minum air langsung tau. Siapa boleh bertahan selama 3 minit, di kira sebagai pemenang." Kata Erianna menjelaskan permainan terakhir mereka.
"Seriuslah? Gila ke makan ramen pedas?" Soal Haikal kurang setuju. Dahlah tak boleh minum air. Lepas tu suruh tahan sampai 3 minit pula. Silap-silap bermalam dalam bilik air dibuatnya.
Shawn menepuk bahu Haikal lalu tersengih. "Takkan tak tahan pedas, bro? Buat malu jelah kau ni. Setakat ramen tu je, senang kacanglah game kali ni."
Haikal hanya menjeling. Oh, senang kacang? Okay kita tengok siapa yang menggelupur cari air kejap lagi.
Erianna senyum. "Tapi ada lagi satu syarat. Sebelum korang makan, korang kena baling dadu dulu berapa banyak korang kena makan ramen 6 kali pedas tu. Jadinya ikut pada nasib. Kalau dapat sikit, baguslah. Kalau dapat banyak, hahaha good luck ye."
Rayyan dan yang lain sudah menelan air liur berasa gugup. Gila. 6 kali pedas kot. Makan ramen biasa pun dah macam cacing kepanasan cari air. Inikan pula kena makan sampai tahap kepedasan macam tu.
Tak lama kemudian, Ardell tiba dengan membawa sedulang ramen yang sudah siap digaul. Melihat merah kehitaman makanan korea itu, makin bertambah resah dalam diri masing-masing. Mana pernah mereka makan makanan pedas begitu sekali.
"Sayang, tak bahaya ke?" Soal Rayyan cuba memujuk si isteri dari meneruskan permainan itu.
Erianna mengecilkan mata. "Abang takut eh? Tak tahan makan pedas?"
Laju Rayyan menggeleng kepala. Malu lah kalau tunjuk dirinya lemah. Habis jadi bahan mengusik rakan-rakannya nanti. Nak tak nak terpaksalah dia ikutkan juga bermain.
"Kenapa muka korang semua cuak semacam?" Usik Mikayla. Bukan main pucat lagi muka para lelaki.
"M-mana ada!" Nafi Shawn.
Mikayla baling sebuah bantal dadu ke arah Shawn. "Nah. Apa kata kau mula dulu. Kata tak takutkan?" Sengaja Mikayla ingin mengusik lelaki itu.
Shawn merengus geram. Di jeling tajam ke arah Mikayla. Dengan penuh pasrahnya dia melontar bantal dadu tersebut. Debaran menanti berapakah bilangan dia bakal dapat.
4 mata.
"Okay, so Shawn akan mulakan dulu. You kena makan sebanyak 4 sudu. Tak boleh minum air kalau tak, akan di kira kalah." Kata Erianna membuatkan Shawn menelan air liur. Memanglah tak nampak mencabar tapi dia jarang makan benda-benda pedas macam ni.
Shawn merenung ramen yang telah siap digaulkan dalam semangkuk besar. Kau boleh buat, Shawn! Jangan mengalah. Garfu di ambil terlebih dahulu sebelum Shawn mula makan suapan pertama.
Semua menumpukan perhatian ke arah Shawn. Baru sekali suap, telinga Shawn sudah kelihatan merah. Zach melihat keadaan Shawn itu mula rasa berdebar. Pedas sangat ke ramen tu?
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.