Milan, Italy.
"Guys, jom main go kart." Ajak Aryan tiba-tiba membuatkan semua yang berada di ruang tamu itu mengalihkan pandangan ke arahnya.
"The heck? Kau dah apahal tiba-tiba ajak main go kart ni?" Soal Haikal pelik.
"Saja. Bosanlah weekend ni tambah pula Shawn tak ada aku nak kacau. Jomlah kita pergi main go kart. Dah lama aku teringin nak main."
Semua menoleh ke arah Erianna. Berkerut wajah Erianna pelik tiba-tiba semua orang pandang ke arahnya. "Kenapa semua pandang I macam tu?" Soalnya hairan. Yang ajak tadi Aryan, bukannya dia.
Aryan tersengih. "You, jomlah ikut sekali."
Terkebil-kebil mata Erianna sebelum dia senyum dan kepala digelengkan. "Kalau korang nak main, pergi jelah. I tengok duduk dekat tepi."
"Kenapa pula? Join jelah kitaorang sekali." Zach pula bersuara.
"Sorry boys... buat masa ni Erianna tak boleh nak fun fun sangat because she must be careful to take care of herself. Something good news is coming." Celah Alisha mengundang semua orang pandang ke arahnya pula. Bukanlah semua cuma Aryan, Haikal dan Zach je. Para gadis yang lain dah tahu terlebih dahulu.
"Something... good news?" Soal Haikal dengan dijungkitkan sebelah keningnya.
Tiba-tiba membulat mata Aryan. Dia menepuk tangan dengan kuat sehingga mengejutkan Haikal dan Zach.
"Kau dah kenapa gila?!" Marah Zach.
"Are you pregnant, sister in law?!" Soal Aryan bersama suara agak lantang. Muka tak payah cakap. Terkejut kalah nampak hantu. Ini kalau tangkap gambar buat kenangan memang mantap haha.
Jawapan Erianna yang hanya tersenyum, Aryan terus bersorak gembira. Haikal dan Zach pula berlaga bahu turut menumpang gembira bersama.
"Yahoooo!! Our little junior is coming!" Jerit Aryan teruja. Bahu Haikal dan Zach ditepuk tak henti rasa gembiranya.
"Eh, tapi Ray dah tahu ke?" Soal Aryan baru teringat akan tentang abangnya. Hah! Tulah suka sangat tak ingat dunia sampai abang sendiri pun tak ingat.
Erianna menggelengkan kepala. "Belum. I nak surprised dekat dia bila dah balik sini nanti. Kalau dia tahu I pregnant sebelum pergi Hong Kong dua hari lepas, mesti dia tak nak pergi. Macam you tak kenal abang you macam mana."
"Dah berapa bulan?" Soal Zach ingin tahu.
"Baru nak masuk sebulan."
Serentak tiga orang jejaka itu mengangguk kepala masing-masing. Oh... baru lagi. Patutlah Alisha kata buat masa ni Erianna tak boleh buat aktiviti lasak.
"So, macam mana?" Soal Erianna.
"Macam mana apa?" Haikal menyoal semula.
"Lah... tadi kata nak main go kart. Jomlah tapi I duduk tepi je tengok korang semua main. Lagi pun bosan dekat rumah ni tak boleh buat apa."
Aryan, Haikal dan Zach berpandangan satu sama lain sebelum masing-masing tersengih. "Jom!!" Balas mereka bertiga serentak.
"Apa kata kita buat game? Tiga lelaki vs tiga perempuan. Siapa kalah kena belanja makan malam?" Cadang Ardell dengan menjungkitkan keningnya beberapa kali.
"No hal." Balas Zach bangga. Ini Zach Fikri, bro! Jangan pandang sebelah mata okay. Mana pernah kalah ini orang.
"Kalah jangan nangis." Perli Haikal lalu melepaskan tawa. Teringat dulu-dulu pernah main go kart sama-sama. Orang yang terakhir dalam lumba go kart adalah Zach. Habis murung seminggu kawan tu dibuatnya. Tambah pula kena perli memanjang dengan Aryan. Haha memori sungguh.
Zach jeling mendengar perlian Haikal. Hah! Nak ungkitlah tu cerita lama.
"Kalau aku menang, korang berdua kena cuci semua kereta dengan motor superbike aku. Amacam?" Cabar Aryan sambil sengih sinis.
"Apahal pula kitaorang kena?!" Soal Zach geram.
"Dah tu takkan aku nak suruh perempuan pula cuci. Mahu aku kena bedal tujuh keturunan dengan Ray nanti. Tak macho, bro."
Serentak Haikal dan Zach menunjuk jari tengah pada Aryan. Tak guna punya kawan. Ingat muka kacak macam kitaorang ni jadi tukang cuci kereta dia ke?
🔥
Hong Kong, China.
Baru dua minggu berlalu sejak mereka berada di Hong Kong untuk menguruskan hal kerja. Seperti biasa, waktu malam mereka berempat duduk berkumpul sama-sama di ruang tamu. Semua sibuk buat hal masing-masing. Rayyan dan Shawn menonton netflix di television. Fran dan Asyraff pula menghadap phone. Ada kala turut melarikan anak mata lihat ke skrin television itu menyaksikan movie yang dimainkan oleh Rayyan.
"Bosanlah malam ni." Kata Shawn yang sedang baring di pangku Asyraff. Kawan tu pun biarkan je malas nak menghalau. Lantak kamulah.
"Dah tu kau nak suruh buat apa?" Soal Asyraff malas. Mujurlah hari ni kerja tak banyak, jadinya dapat siapkan awal tadi petang.
Shawn bangun dari baring lalu dipandang satu per satu wajah yang lain. Kebetulan Fran turut merenung ke arahnya membuatkan Shawn tersengih. "Jom ride? Dah alang-alang dekat garage tu ada empat superbike aku dah lama tak panaskan. Biasa suruh minta tolong dekat cousin aku je."
"Sejak bila kau ada sampai empat superbike dalam garage tu?" Soal Asyraff pelik. Bila masa budak ni beli pun tak tahu.
Shawn tersengih. "Dah lama. Cuma tulah aku je jarang balik sini sejak mummy ikut kakak aku duduk Perth. Itu yang kadang-kadang kalau ada masa aku minta tolong cousin aku jagakan semua motor tu." Jelas Shawn memandangkan mereka berempat menetap di rumah milik Shawn yang berada di Hong Kong.
(Boleh prefer balik bab-bab awal incase ada yang lupa. Shawn memang berasal dari Hong Kong.)
"So, macam mana?" Soal Shawn inginkan persetujuan dari yang lain. Dipandang wajah Rayyan, Asyraff dan Fran silih berganti.
"Malas. Lagi pun dah nak pukul 1 pagi, aku nak rehat. Esok je hari aku dapat rehat puas-puas lepas tu dah sibuk balik dekat office." Asyraff menolak ajakkan Shawn sebelum dia melelapkan mata sambil berpeluk tubuh di sofa panjang tersebut.
Shawn mencebik. Tak sporting langsung kawan dia sorang ni! Kemudian, Shawn mengalihkan pandangan ke arah Rayyan lalu dikedipkan matanya beberapa kali. Harap sangat Rayyan setuju dan boleh back up dia.
Rayyan tersenyum dengan kepala digelengkan. Dipandang pula ke arah Fran yang berada di sofa bahagian kanannya.
Fran menjungkitkan sebelah kening. "Apahal pandang aku pula?"
"Kau nak join tak?" Soal Rayyan.
"Aku okay je."
"Nice. Kalau macam tu jomlah. Kesian aku tengok budak mengidam macam orang mengandung. Aku pun bosan ni. Dah lama tak ride motor, boleh juga jalan-jalan tengok bandar waktu malam."
Shawn terus bersorak gembira membuatkan Asyraff memutar bebola mata. Dah kalau Rayyan setuju, apa lagi boleh buat?
"Kita race. Siapa kalah kena belanja makan esok." Cabar Shawn bersama kening dijungkitkan beberapa kali.
Asyraff tersenyum sinis. Didekatkan wajahnya dengan Shawn. "Let's see. Kalah jangan nangis. Ingat, jangan sesekali nak main tipu. Bukan aku kenal kau baru sehari, Shawn Hazwan." Kata Asyraff seperti memerli sebelum dia membuka langkah untuk berlalu ke tingkat atas. Bersiaplah apa lagi. Takkan nak suruh naik superbike pakai singlet pulanya.
Shawn merengus geram. Macam tahu-tahu je niat dia cuba nak kenakan Asyraff. Kurang gula punya kawan!
"Let me use the red black one." Fran mencelah.
"Kenapa kau nak yang tu?" Soal Shawn. Aduh... dahlah superbike yang Fran cakapkan tu kesayangan dia. Baru ingatkan nak guna yang tu.
"Saja." Balas Fran sepatah lalu pergi meninggalkan Shawn keseorangan di ruang tamu. Rayyan pula awal lagi dah naik ke tingkat atas untuk bersiap apa yang patut.
"Haih... apalah nasib sendiri yang ajak, motor kesayangan juga kena rembat orang lain."
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.