Bab 45

21.4K 1.2K 161
                                    

Ktak! Ktak! Ktak!

Pen di ketuk beberapa kali di atas permukaan meja. Zach pandang pelik terhadap Aryan yang sedang termenung keluar tingkap. Selepas habis meeting tadi, semua terus datang berkumpul dalam bilik pejabat Rayyan.

"Dah apahal kau ni? Termenung dari tadi aku tengok." Tegur Zach hairan.

"Kau gaduh dengan Ardell ke tadi pagi?" Soal Shawn pula. Biasanya kalau mood Aryan kelaut macam ni, tak lain tak bukan biasanya baru lepas gaduh manja dengan Ardell.

Aryan mengeluh berat. Pen kembali diletakkan atas meja. Dia membetulkan posisi dari duduk menjadi baring sambil kepala beralaskan peha Haikal. Haikal hanya pasrah membiarkan saja.

"Aku pelik. Dah lama orang tua tu senyap je. Last Asyraff check pun dia ada dekat Canada lepas tu entah lesap ke mana. Tak mungkinlah dia biar macam tu je tak ada kacau apa-apa lagi dekat keluarga kita." Kata Aryan membuatkan Shawn, Haikal dan Zach berpandangan.

"Kalau dia tak ada kacau pun, kenapa? Baguslah kiranya. Anggap je Uncle Farron tu dah insaf tak nak kacau lagi kita semua." Kata Zach sambil menjungkitkan kedua bahunya.

"Bukan itu maksud aku."

"Habis tu pasal apa pula?" Soal Zach pelik. Dah elok tak ada orang kacau, apa nak dikisahkannya?

Aryan mengeluh berat lagi. Dari posisi baring, dia bangun duduk menghadap Shawn dan Zach yang berada di sofa bertentangan.

"Aku tak rasa orang tua tu insaf. Tapi aku rasa dia tengah cuba plan sesuatu sekarang ni cuma aku tak pasti apa lagi taktik dia nak buat. Apa kata kita usya dia kat mana sekarang ni? Dah alang-alang tengah tak ad—"

"Tak ada apa? Kerja? Memang tu korang selalu buatkan bila lepas habis meeting. Dah tak payah sibuk nak usya Uncle Farron bagai. Last aku check location dia dua hari lepas dia ada dekat Amerika Syarikat." Celah Asyraff yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Rayyan.

Terkebil-kebil mata Aryan memandang ke arah Asyraff. Aryan mencebik bibir. Potong line betul mamat ni.

Asyraff berjalan mendekati meja kerja Rayyan lalu dihulurkan Ipad kepada Rayyan. "Bro, bulan depan kita kena outstation pergi Hong Kong. Ada masalah sikit dekat syarikat sana." Jelas Asyraff mendatar. Dia baru saja dapat maklumat bahawa syarikat Rayyan yang berada di Hong Kong mengalami sedikit masalah.

Rayyan mengangkat wajahnya. "Hong kong? Berapa lama?"

"Maybe in one or two months. Depends on how long we can solve your company's problem. Nampak gaya macam tengah dalam masalah besar je dekat syarikat sana. Banyak peratus turun mendadak."

Rayyan melepaskan keluhan berat sambil memicit kedua matanya. Badan disandarkan pada kerusi. Hah... makan masa sampai sebulan dua? Apa yang pekerja dia dekat syarikat Hong Kong sana buat sampai boleh jadi macam tu sekali?

"Who else is going with us?" Soal Rayyan.

"You, me and Shawn."

Shawn mendengar namanya diseru oleh Asyraff terus dia menunjuk diri sendiri. Apahal pula dia kena terlibat sekali? Biasanya Haikal je yang akan ikut sekiranya Rayyan akan pergi outstation.

"Aik, kenapa aku kena pula?" Soal Shawn ingin tahu.

"Masalah kali ni melibatkan kemahiran kau juga so you better come along. Selebihnya aku dan Ray akan uruskan." Jelas Asyraff lagi.

Shawn diam tak membalas. Sejujurnya dialah paling malas untuk ikut serta bila kena pergi mana-mana outstation. Bukannya apa pasti nanti dia tak akan ada masa langsung untuk berehat. Lebih banyak menghabiskan masa di pejabat. Tapi nak buat macam mana, dah dia juga merupakan orang kanan Rayyan. Sudah tentu Rayyan memerlukan bantuan darinya.

"Okay..." Balas Shawn pasrah.

"Nanti sediakan tiket flight first class untuk kita ke sana." Arah Rayyan setelah lama mendiamkan diri.

"Why not use your private jet?" Soal Asyraff.

"Malas."

"Haha fine. Nanti apa-apa aku update lagi. Aku nak pergi sambung buat kerja. Bukan macam lalang-lalang dalam bilik ni. Pemalas lebih." Sempat Asyraff menyindir pada empat orang jejaka tersebut sebelum berjalan keluar dari bilik pejabat Rayyan.

Serta merta empat orang jejaka itu merenung tajam pemergian Asyraff. Sedap mulut dia je panggil lalang. Muka punyalah handsome macam pelakon Captain America tu.

🔥

Erianna sedang mengemas semula segala peralatan latihan yang baru saja digunakan sebentar tadi. Tiba-tiba perutnya terasa senak. Berkerut wajah Erianna cuba menahan rasa sakit.

"Kenapa pula ni? Tadi elok je." Gumamnya perlahan.

Phone yang berada di dalam poket jacket sport. Nombor Ardell di cari sebelum dia menghubungi gadis itu. Tak lama kemudian, panggilan berjaya disambungkan.

"Yes, akak?"

"Ardell, tolong akak. Perut akak rasa sakit."

Terus Ardell berdiri tegak. Alisha, Mikayla dan Arissa yang turut ada sekali di ruang tamu pandang pelik terhadap Ardell.

"Akak dekat mana? Bilik mana?"

"Akak dekat bilik bawah tanah ni. Tiba-tiba akak rasa perut akak senak. Tolong panggil Alisha sekali."

"Okay! Kejap lagi Ardell dengan Kak Alisha datang."

Talian dimatikan.

"Kenapa ni, Ardell? Erianna nak apa?" Soal Alisha setelah dia terdengar Ardell menyebut namanya sewaktu berhubung dengan Erianna.

"Kak Isha, kita turun bilik tingkat bawah kejap. Ambil Kak Rian. Dia bagitahu tiba-tiba dia rasa sakit perut. El risau ni." Beritahu Ardell dalam nada cemas.

"What? Okay... kita turun sekarang."

Semua berkumpul dalam bilik tidur Rayyan dan Erianna setelah masing-masing bantu membawa Erianna masuk ke dalam bilik. Sementara itu, Alisha memeriksa keadaan Erianna. Mikayla, Arissa dan Ardell duduk menunggu di tepi katil.

"Macam mana, Isha? Kenapa dengan Rian?" Soal Mikayla risau. Jelas wajah Erianna agak pucat ketika itu.

"Babe, last period kau bila?" Soal Alisha tiba-tiba.

Erianna menggigit bibir. Cuba fikir seketika. "Umm... dalam dua bulan lepas macam tu? Kenapa kau tanya?" Soal Erianna semula. Hatinya mula berdebar.

Alisha mengecilkan mata memandang ke arah Erianna. "Kau buat apa dekat tingkat bawah tanah tadi?"

"Err... kemas barang." Balas Erianna tidak jujur. Ardell mendengar jawapan kakak iparnya itu hampir melepaskan tawa tetapi di tahan. Tengah waktu-waktu macam ni takkan dia nak gelakkan orang pula.

"Kau tak ada check apa-apa ke? Maksud aku, something like pregnancy test? Atau sebelum ni kau tak ada alahan apa-apa? Muntah ke pening ke..."

"Hm kalau muntah or pening tu tak ada pula. Tapi lately ni aku rasa selera makan aku bertambah. Benda yang aku tak pernah makan pun tiba-tiba rasa nak makan. Kadang tu pukul 3 ke 4 pagi macam tu aku minta Ray buatkan smoothie. Err... kau nak kata aku mengandung ke, Alisha?"

Alisha tersenyum. "I think you should try this." Satu alat pregnancy test diberikan kepada Erianna.

"Macam mana kalau tak ada?"

"Cuba dulu. Ada atau tidak, itu belakang cerita. Sekarang ni kau pergi masuk toilet cuba alat ni."

Akhirnya, Erianna patuh. Dia berlalu ke tandas di dalam bilik tidurnya. Harap-harap dapatlah berita baik. Sekiranya ada berita baik, itu bermakna rezeki dia dan Rayyan telah tiba.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now