Mikayla bantu Zach cuba untuk lindungi Erianna. Mujurlah dia ada kepakaran taekwondo. Seketika Zach terkejut melihat kehebatan Mikayla walaupun dia sudah tahu gadis itu adalah juara taekwondo black belt perempuan.
Sampai saja di tingkat bawah, mereka bertiga segera berlari ke arah kereta Range Rover yang dinaiki sebentar tadi. Mujurlah Shawn letak betul-betul dihadapan pintu utama.
"Masuk cepat." arah Zach. Pintu tempat duduk belakang dibukakan untuk dua orang gadis itu. Pantas mereka berdua patuh arahan dan masuk ke dalam kereta.
Zach mengambil pedang miliknya di bonet belakang. Matanya pandang sekeliling memastikan kehadiran pihak musuh sementara menunggu Shawn turun dari tingkat atas.
"Zach!" laung Shawn yang sedang berlari ke arahnya. Baju yang sudah membasahi darah hanya dibiarkan.
"Kau okay tak ni?" soal Zach risau. Walaupun Shawn berpakaian serba hitam tapi dia dapat lihat baju lelaki itu sudah pun dibasahi darah. Gaya macam teruk.
"Aku okay je. Yang kau ni dah kenapa terpacak kat luar ni dengan pegang pedang bagai? Nak sembelih siapa?"
Nak je Zach tepuk kepala Shawn sekarang ni. "Soalan bodoh apa kau tanya? Nak suruh aku mati katak kat sini ke kalau tiba-tiba ada musuh datang serang?" soal Zach geram. Silap-silap Shawn karang aku sembelihnya.
Shawn ketawa kecil. Kunci kereta dicampakkan pada Zach. "Diaorang dua dah ada kat dalamkan? Kau drive. Kita balik sekarang. Nak keluar pun aku rasa tak selamat buat masa ni." kata Shawn sebelum masuk ke bahagian penumpang di hadapan.
Tanpa melengahkan masa, Zach terus memandu pergi meninggalkan bangunan itu. Erianna masih lagi dalam keadaan terkejut lepas apa dah terjadi. Banyak soalan bermain difikirannya. Phone miliknya berada di dalam beg berbunyi seakan menerima panggilan dari seseorang telah menyadarkan Erianna dari lamunan. Pantas dikeluarkan phone miliknya.
Rayyan.
Panggilan terus di jawab.
"Erianna! Banyak kali saya call awak tapi awak tak angkat. Are you okay? Anything hurt? Where are you now? Shawn dengan Zach ada sekali tak? Semuanya okay ke dekat sana?" jelas kedengaran nada risau lelaki itu.
Erianna tersenyum nipis. Hilang rasa takut dalam dirinya sebentar tadi. Dia pasti lelaki itu sedang risaukan keadaannya yang berada di sini.
"Saya okay. Awak jangan risau. Shawn dan Zach ada sekali dengan saya. Mikayla pun sama. Pasal apa yang jadi tadi... awak dah tahukan dari Zach? Semuanya okay, sekarang ni tengah dalam perjalanan balik ke rumah awak. Cumanya Shawn cedera sedikit pada bahagian bahu dia." jelas Erianna cuba untuk menenangkan hati gelisah Rayyan.
Rayyan menghembus nafas lega selepas dengar khabar baik dari gadis itu. "I'm sorry... saya tak ada dengan awak dalam keadaan macam tu." ucap Rayyan kesal.
Erianna tersenyum lagi. "Awak tak perlu minta maaf, Ray. Benda dah nak jadi. Kita pun tak dapat nak agak walaupun dah cuba sebaik mungkin untuk lindungi diri. Awak jangan risau, okay? Shawn dan Zach ada tolong jagakan saya dekat sini."
"Esok pagi saya sampai sana. Semua dekat sini terpaksa balik awal sehari lepas dapat berita apa yang dah jadi dekat sana. Saya tak nak jadi kejadian buruk lagi waktu saya tak ada di sisi awak." kata Rayyan sambil tangannya lincah mengemas meja kerja.
"Awak balik hari ni? Tak apa ke? Shawn dengan Zach dah tahu?" soal Erianna. Sesekali dia melihat dua orang lelaki itu di bahagian hadapan.
"Asyraff dah bagitahu tadi dekat diaorang berdua. After this, anything bad happens you just call me. Okay?"
"Okay. Be safe, Ray." ucap Erianna lemah lembut. Dia turut risaukan keadaan lelaki itu dalam diam.
Rayyan senyum sedikit. "I know. You too, my princess. Take care. See you tomorrow." katanya sebelum menamatkan panggilan.
Wajah Erianna sedikit merah apabila lepas mendengar Rayyan memanggilnya dengan gelaran 'my princess'. Terasa berbunga-bunga dalam hati. Beberapa bulan lagi, dia bakal menjadi isteri sah pada lelaki itu. Ya Allah... semoga segala urusan dipermudahkan buatku dan buat dirinya.
🔥
Keesokkan hari...
Shawn terpaksa meminta Zach pergi menjemput Rayyan dan yang lain pada pagi itu memandangkan dia baru saja cedera dalam kejadian semalam di pejabat. Awal pagi lagi Zach sudah keluar rumah menuju ke lapangan terbang yang menempatkan di mana private jet milik Rayyan berada.
Dari jauh, Zach sudah terlihat Rayyan dan tiga orang lagi rakannya berjalan turun dari kapal terbang. Dia turut berjalan mendekati rakan-rakannya itu.
"Bro, welcome back." kata Zach lalu berlaga bahu dengan Rayyan.
"Where's Shawn?" soal Rayyan mendatar. Pelik rakannya yang sorang itu tidak ikut sekali.
"At home. Rest. Semalam dia kena tembak dekat bahagian bahu. But don't worry, everything is okay. And Erianna is safe with us."
Rayyan sekadar mengangguk kepala sebagai balasan. Syukur tak ada apa-apa yang serius.
"Lah... kena tembak kat bahu je pun. Bukan dada. Bajet mengada jelah si katak tempurung tu. Cakap jelah tak nak jumpa aku." celah Aryan tiba-tiba. Dia ni kalau tak buat masalah tak sah ke?
Zach menjeling. "Bising jelah kau ni. Kira untung Shawn minta aku datang sini ambil korang macam anak raja tahu tak? Kalau tak memang aku biar je pandai-pandai sendiri balik rumah sana. Grab merata ada. Tinggal call je." balas Zach rasa menyampah.
Ktuk!
"Sakitlah, bingai!" jerit Zach lepas Aryan mengetuk kepalanya.
"Mulut kau tu jangan nak banyak cakap eh. Ingat apa? Nak suruh kiraorang balik naik grab? Nak suruh jadi tin sardin ke dalam grab tu? Memang taklah! Bazir duit aku je nak bayar berpuluh dekat driver." kata Aryan. Cakap jelah kau tu kedekut sebenarnya.
"Kepala otak kaulah! Ingat grab tu cuma ada 4 seater je ke? Ambil yang banyak seat punyalah. Apa benak otak kau ni? Harap je belajar tinggi, tapi kedekut macam duit tu nak bawa mati pula." sindir Zach selamba. Memang inilah rutin bila Aryan dan Zach bersemuka. Nak gaduh kalau boleh setinggi gunung everest.
"Kau... banyak cakap eh! Sini kau!" Aryan membuka langkah mengejar Zach dan lelaki itu lebih pantas melarikan diri. Maka, mulalah aksi kejar mengejar di kawasan lapangan terbang itu.
Rayyan, Asyraff dan Haikal hanya menggelengkan kepala. Baru jejak kaki kat Malaysia, dah buat hal manusia tak guna tu. Ada juga kena tanam hidup-hidup kejap lagi karang.
"Kau tak join sekali pula? Selalu bukan main lagi dah join sekaki. Dah insaf ke?" perli Asyraff pada Haikal. Jangan kata sebab geng belum cukup. Siapa lagi sorang? Sudah tentu Shawn Hazwan orangnya.
"Malaslah. Jet lag. Apa yang aku tahu nak balik je sekarang ni. Tidur dekat rumah." balas Haikal sambil menggosok belakang lehernya. Penat betul beberapa jam dalam kapal terbang tadi.
"Apa-apa jelah, Haikal." malas Asyraff mahu melayan lebih. Belum sampai rumah lagi dah pening lihat perangai Aryan yang sedang berguling dengan Zach. Baru dekat lapangan terbang, belum dalam rumah lagi. Silap-silap terbalik segala meja sofa dekat ruang tamu tu nanti bila bergabung empat kepala dan diketuai oleh Aryan. Selebihnya adalah Shawn, Haikal dan Zach.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.