Bab 8

35.5K 2.1K 38
                                    

Beberapa minit sebelum kemalangan...

Rayyan memandu keretanya pulang ke rumah setelah selesai kerja di pejabat. Asyraff, Shawn dan Zach masing-masing sudah terlena akibat kepenatan seharian menyiapkan semua kerja. Esok mereka berempat bakal berangkat pulang ke Malaysia semula setelah hampir dua minggu berada di negara Milan itu.

Tiba-tiba ada sebuah lori besar bergerak pada jalan yang sama dengan kereta di bawa Rayyan. Dia mula rasa cemas melihat lori itu semakin laju dan dekat ke arahnya.

"Fuck! Pahal lori ni?!" marah Rayyan membuatkan Asyraff, Shawn dan Zach tersadar dari lena.

"Apahal ni?" soal Zach dalam mamainya.

Shawn mengesat mata beberapa kali sebelum ternampak sebuah lori besar sedang menuju ke arah mereka. "Ray! Elak dari lori tu!" jerit Shawn.

Semakin lama lori tersebut semakin laju. Rayyan sedaya upaya cuba mengelak dari lori tersebut sehingga keretanya masuk ke arah bertentangan.

"Ray!!" jerit Shawn dan Zach serentak.

Bumm!

Kereta dinaiki mereka berempat tersasar ke tepi jalan akibat dari kelajuan Rayyan cuba elak dari lori tersebut. Kereta berpusing beberapa kali sehingga Asyraff tercampak keluar dari dalam kereta. Shawn sama seperti Asyraff tetapi tidak terlalu parah. Terasa tulang tangan kanannya seakan retak. Manakala keadaan Zach pula kepalanya terhantuk pada cermin pintu. Rayyan sudah pun tidak sedarkan diri selepas hentakkan kuat pada stereng kereta. Kepalanya berlumuran darah.

Shawn cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Badannya sakit-sakit akibat tercampak keluar dari dalam kereta dan bergolek di jalan tar. Pandangannya pula semakin kabur. Sempat dia perasan seseorang keluar dari kereta Audi merah yang berhenti berhampiran dengan kawasan kemalangan itu.

Si dia tersenyum sinis. "Ni baru sikit, Rayyan Hans. Lepas ni, aku akan dapatkan Erianna semula. Just wait and see." sinisnya lalu berlalu pergi dari situ.

"Ray..." ucap Shawn perlahan sebelum pandangannya menjadi gelap.

🔥

Aryan, Erianna dan Haikal menuju ke tempat private jet milik Rayyan berada. Masing-masing mendiamkan diri dalam kereta. Haikal memandu kereta Range Rover Rayyan tanpa diikuti mana-mana anak buah mereka atas arahan Aryan sendiri.

Cermin sisi dipandang sekilas. Dari hujung mata Haikal, dia terlihat dua buah Hilux hitam sedang mengekori mereka dari belakang. Dahinya berkerut sedikit. Siapa pula tu?

"Yan, 6 o'clock. Bukan tadi kau dah suruh budak-budak tak payah ikutkan? Habis siapa belakang kita sekarang ni?" soal Haikal perlahan. Risau Erianna dengar dari di tempat duduk belakang.

Aryan tengok pada cermin sisi. Dia perasan kehadiran dua buah Hilux hitam itu. Dia pasti kedua-dua itu bukanlah dari anak buahnya.

"Who's that?" soal Haikal lagi.

"Entah. Tak kenal. Diaorang nak ikut jalan yang sama kot." balas Aryan sedapkan hati walaupun dia dari awal lagi sudah perasan kehadiran Hilux tersebut.

Semakin laju Haikal memandu kereta ke hadapan, semakin laju juga Hilux tersebut mengejar dari belakang. Aryan dalam hati mula mencarut. Aduh! Aku tak ada masa setan nak main police entry dengan kau!

Bang! Bang!

"Arghh!" jerit Erianna terkejut selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kereta Range Rover dinaiki mereka bertiga.

"Shit!" serentak Aryan dan Haikal memaki.

"Yan, macam mana ni? Kita jauh lagi nak sampai." kata Haikal sambil memerhati cermin sisi. Kelihatan dua orang dari setiap kereta Hilux itu keluar dari tingkap dan sedang mengacu rifle ke arah mereka.

"Aku tak boleh tahan." kata Aryan lalu dia ingin mengambil benda di bawah tempat duduknya.

Haikal pantas menghalang. "Don't do it, Aryan Ivan."

Aryan toleh ke arah Haikal lalu kening dijungkitkan. "Look I care right now? Sebelum kita mampus kat sini, baik aku settlekan anjing-anjing tu." tangan Haikal di tolak kasar. Aryan keluarkan rifle tersebut lalu tingkap di buka.

"Aryan!" jerit Erianna terkejut. Bertambah lagi rasa terkejut selepas dia terlihat senjata yang dipegang oleh Aryan. Satu badannya menggigil kuat.

"Go to the hell." sinis Aryan lalu beberapa das tembakan dilepaskan.

Bang! Bang! Bang!

Sasaran tepat mengenai pada tayar kedua-dua kereta Hilux tersebut. Dua buah Hilux itu tersasar ke pembahagi jalan. Aryan tersenyum sinis sebelum kembali masuk ke dalam kereta. Heh! Siapa suruh cari pasal dengan aku? Kan dah innalillah dekat situ.

"Settle." kata Aryan puas setelah berjaya selesaikan Hilux tersebut.

"Yan..." tegur Haikal.

"Apa lagi?"

"We got a big problem right now." Haikal memberi isyarat pada Aryan yang Erianna berada di tempat duduk belakang. Gadis itu sedang menutup kedua belah telinganya. Jelas tubuh Erianna menggigil ketakutan. Dari tadi Erianna memejamkan matanya.

Aryan tersentak. Baru dia teringat akan kehadiran gadis itu di belakang. Nafas berat dihembus. Dia telah pun buat kesilapan yang besar.

"Rian..."

"Diam! I tak nak dengar apa-apa." kata Erianna dengan suara bergetar.

"Let me explain first. Apa yang you nampak bukan macam apa yang you fikir." Aryan cuba memujuk gadis itu.

"Diam, Aryan! Diam! I don't want to listen anything!" jerit Erianna. Matanya masih terpejam langsung tidak melihat Aryan.

Aryan mengeluh berat. Silap dia. Tapi semua ni untuk keselamatan mereka bertiga juga. Kalau dia tak tembak Hilux tu, mesti berterusan keretanya di serang.

"Pembunuh." gumam Erianna perlahan tetapi dapat didengari Aryan dan Haikal.

"Rian..."

"I tak sangka selama ni I tinggal dengan pembunuh."

"Yes, kitaorang memang pembunuh! Apa you nak buat sekarang? Lari? Minta I berhenti tepi jalan lepaskan you? Tak kisahlah apa you nak anggap kitaorang sekali pun but at least bersyukur sikit yang Ray dah selamatkan you dari jantan bodoh tu!" Haikal mula hilang sabar.

"Haikal Lucas." tegur Aryan dingin. Matanya merenung tajam ke arah Haikal.

Haikal merengus geram. Lantak kaulah! Dia kembali fokus meneruskan perjalanan mereka ke tujuan asal. Nak berbalah lebih dengan Aryan, memang minta simpang.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now