Aktiviti seterusnya diteruskan lagi dengan permainan tembak air. Kali ini di mana seorang dari kumpulan biru atau merah akan menjadi mangsa sasarsn yang memakai topi cawan berisi air di kepala. Pihak yang menyerang pula perlu menembak mereka dengan menggunakan pistol mainan (jenama neft gun).
Jika peluru mainan tersebut tepat mengenai sasaran, cawan yang berisi air akan tumpah membasahi badan mangsa. Maka dengan itu, keputusan di kira menang.
"Okay, kita akan mulakan permainan kali ini dengan kumpulan biru sebagai penyerang. Kumpulan merah sebagai sasaran." Jelas Erianna. Dia bertukar tempat dengan Arissa untuk menjadi juri pada permainan kali ini.
"Dalam pistol masing-masing hanya ada empat peluru saja. Jadinya peluang untuk menembak pihak lawan adalah sebanyak empat kali."
"Dan untuk pihak lawan pula, korang boleh cuba elak untuk kelirukan pihak penyerang. Tak kisah ikutlah gaya macam mana sekali pun asalkan jangan lari dari tempat korang berdiri. Elak secara setempat. So, semua dah faham? Dah ready?"
"Ready!!" Sahut Aryan, Haikal dan Zach tidak sabar. Masing-masing sudah bersedia untuk mengalahkan kumpulan merah bagi membalas dendam dari game belon air tadi.
"Alright. In three... two... start!!"
Dimulai dengan giliran Mikayla. Sebelah matanya di tutup. Cuba mencari fokus pandangan sebelum mula menembak ke arah Alisha.
Tetapi Alisha lebih pantas mengelak dari tembakkan tersebut dengan merendahkan dirinya. Air di dalam cawan hampir tumpah tapi berjaya diselamatkan. Alisha menghembus nafas lega.
"3 more chance, Mikayla!" Umum Erianna. Peluang bagi Mikayla hanya tinggal tiga kali saja.
Mikayla mengecilkan matanya. Tak sangka Alisha berjaya mengelak. Namun begitu, Mikayla takkan mudah berputus asa. Dia kembali mencuba buat kali kedua.
Asyraff yang melihat kesungguhan gadis itu, dia tersenyum nipis. Nampak comel dimatanya. Bersungguh-sungguh Alisha cuba cari peluang untuk elak dari serangan Mikayla. Rayyan berada disebelahnya membuat riak wajah bosan.
"Tahulah tengah bercinta. Takkan baru tengok macam tu dah angau." Perli Rayyan.
Asyraff menjeling tajam Rayyan yang berada disebelahnya. "Diamlah. Aku malas nak bergurau dengan kau."
Rayyan ketawa. Siapa sangka lelaki beku kutub utara macam Darren Asyraff akhirnya pintu hati berjaya di buka oleh seseorang. Ingatkan nak single sampai tua. Tak nak cari pasangan hidup.
Tembakkan kedua Mikayla berjaya menumpahkan secawan air di atas kepala Alisha. Mikayla bersorak gembira. Alisha pula pasrah apabila bajunya selamat basah terkena dari tumpahan air.
"Alisha out! Team biru berjaya dapat satu mata." Kata Erianna sambil menepuk tangan. Suka melihat wajah masam Alisha disebabkan kekalahan itu.
Giliran Arissa pula ketika itu. Mangsa dihadapannya adalah Ardell. Arissa pasti ke semua tembakkan dia bakal gagal. Tengok gaya Ardell pun dia sudah tahu. Gadis itu pandai mengelirukan pihak lawan.
"Cepatlah, Kak Rissa!" Usik Ardell. Dia siap bersedia untuk mengelak setiap serangan dari Arissa.
Arissa melepaskan empat tembakkan secara serentak. Ardell terkejut dengan serangan tiba-tiba itu, dia cuba sedaya upaya mengelak dari terkena. Tetapi hasil gagal. Secawan air itu akhirnya tumpah juga.
"Alaaaa..." Rungut Ardell sedih.
Erianna senyum melihat adik iparnya itu kalah. "Ardell out! Satu mata lagi untuk team biru."
Giliran seterusnya adalah antara Haikal dan Shawn. Masing-masing menunjuk wajah serius. Haikal bersedia untuk menyerang dan Shawn bersedia untuk mengelak dari serangan Haikal.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.