Awalnya bergelak tawa serta bergurau senda sesama mereka dan kini hanya tinggal Rayyan, Erianna, Aryan dan Ardell di ruang tamu itu. Tak lupa juga dengan kehadiran Puan Hazel dan Lara. Yang lain pula lebih awal lagi di minta untuk berada di ruang tamu tingkat atas.
"Bila mummy sampai sini?" Ardell terlebih dahulu bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Sesekali dia melirik dari hujung mata melihat keadaan kakak iparnya.
"Semalam. Kenapa Ardell balik rumah Ray tak bagitahu mummy?" soal Puan Hazel pada anak bongsunya itu.
"Sorry, I forgot." balas Ardell tidak jujur. Padahal yang sebenarnya, Rayyan sendiri meminta dia untuk tidak memberitahu sesiapa termasuk Puan Hazel sendiri.
Suasana kembali sepi. Erianna dapat rasakan seperti ibu kepada suaminya itu tidak suka akan padanya. Tambahan pula ada seorang gadis asing datang bersama Puan Hazel. Siapakah dia? Nampak macam umur lebih kurang Rayyan? Atau Aryan?
"So, this is my daughter-in-law?" Puan Hazel merenung ke arah Erianna. Dia kenal gadis ini. Satu-satunya kawan perempuan kepada anak lelakinya, Rayyan sewaktu mereka semua menetap di Malaysia. Dan mereka berdua dipisahkan kerana Rayyan terpaksa berpindah ke Milan atas arahan arwah suaminya.
"Yes, mummy." balas Rayyan sambil menggenggam erat tangan si isteri. Memberi salur kekuatan.
Puan Hazel sekadar mengangguk kepalanya. Jadi betullah khabar angin yang mengatakan bahawa anak sulungnya itu sudah bernikah. Dia sudah tahu terlebih dahulu tetapi tiada masa untuk bersemuka dengan anak-anaknya yang berada di Milan. Berbeza dengan Puan Hazel, dia menetap di Sydney sejak pemergian sang suami beberapa tahun lepas.
"What is her name? Sorry, I already forgot."
"Erianna Adrylene. M-mummy boleh panggil Erianna." balas Erianna pula. Dia mengukir senyuman manis bagi menutup rasa gugup dalam hati.
"Did Ray already told you about me, my daughter-in-law?"
"Mummy." tegur Aryan. Matanya pandang wajah Puan Hazel. Tolonglah jangan ada yang buat masalah kat sini.
"Sit there and just shut up your mouth, Aryan Ivan. I'm not talking to you." kata Puan Hazel tanpa nada. Sempat dia merenung tajam ke arah Aryan. Abang dan adik sama je. Dua-dua nak rahsiakan perkara ni dari dia.
Erianna masih setia dengan senyuman lalu kepala digelengkan bagi menjawab pertanyaan Puan Hazel. "Ray tak pernah lagi cerita tentang mummy pada Rian. Tapi Rian masih ingat lagi mummy, kali terakhir kita jumpa dulu waktu Rian masih umur belasan tahun lagi."
"Ah, I see... so this is the girl that you always told your mom, Hans?" Lara mencelah. Di pandang ke arah Erianna dengan pandangan sukar di tafsir.
"Minah gila ni ada juga aku campak keluar rumah." gumam Aryan perlahan. Kecik besar kecik besar je tengok si Lara tak sudah-sudah asyik nak melibas rambut blonde curly dia tu.
"Abang... apa perempuan gila ni buat kat sini juga?" bisik Ardell pada Aryan. Dari dulu lagi dia tak pernah sukakan Lara. Dahlah asyik nak menggatal dengan Rayyan. Muka pula memanjang make up tu tebal, sekali kena penampar habis berjerebu satu Milan.
"Manalah aku tahu. Buat semak je ikut mummy datang sini." balas Aryan geram.
"Kalau tak ada mummy sekarang ni, memang dah lama El tarik je rambut mandi air karat dia tu. Bukan main menggeletis lagi nampak along."
"Kau ingat aku tak panas bontot ke tengok minah gila ni."
Dua beradik itu setia memerhati Lara. Sesekali gadis itu ada memberi jelingan pada Aryan dan Ardell. Makin bertambahlah panas dalam hati mereka berdua. Ada juga balik tak bernyawa.
"What are you doing here, mummy?" soal Rayyan berbalik pada tujuan asal.
"I heard Asyraff already have someone. Is that true?"
Aryan yang mendengar pertanyaan Puan Hazel terus terjungkit sebelah keningnya. Siapa pula kaki report dekat mak aku ni? Jauh betul berita pasal Asyraff sampai ke sana. Walaupun Asyraff bukanlah ada pertalian darah dengan keluarga Rayyan tetapi mereka semua sudah anggap seperti keluarga sendiri. Tak peliklah kenapa Puan Hazel juga turut mengambil berat tentang Asyraff.
"Mummy, please. Diaorang semua dah cukup dewasa untuk uruskan hal kehidupan masing-masing." pinta Rayyan. Dia tak mahu hal peribadi dari keluarganya terkait sekali dengan rakan-rakan yang lain.
"I'm just asking, my son." Puan Hazel mengecilkan mata memandang Rayyan. Kemudian, dia berdiri lalu menghampiri Erianna yang berada di sebelah Rayyan. Kalut Erianna dibuatnya. Dia terus bangun menghadap Puan Hazel. Tiba-tiba Puan Hazel memeluknya membuatkan semua yang melihat aksi itu agak terkejut.
Erianna tergamam seketika. Apa dah jadi sebenarnya? Teragak-agak untuk dia membalas pelukkan tersebut tetapi dia tetap melakukannya. Erianna membalas pelukkan Puan Hazel. Sempat Erianna memberi isyarat mata pada Rayyan seakan bertanya 'kenapa dengan mummy awak?'
"Mummy?" tegur Rayyan. Risaulah kalau Puan Hazel ada niat lain. Dia kenal Puan Hazel macam mana. Sebelum dia berkahwin dengan Erianna, bersungguh-sungguh Puan Hazel memaksa dia untuk dijodohkan dengan Lara. Siapa Lara sebenarnya? Lara Frasheena adalah kakak tiri kepada Fran Lucci. Sekali gus telah dianggap sepupunya juga meskipun bukanlah dari darah daging keluarga Fran.
"Terima kasih sebab sudi berkahwin dengan anak mummy."
Rayyan, Aryan dan Ardell terkejut selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hazel.
"Umm... sama-sama, mummy. T-tapi Rian nak minta maaf bagi pihak Ray sebab waktu nikah hari tu mummy tak ada sekali. Ray yang minta untuk buat cepat, tak nak buang masa lama-lama dekat sana. Rian harap mummy maafkan kami."
Pelukkan dilepaskan. Puan Hazel senyum. Pipi menantunya disentuh lembut. "Tak apa. Bukan salah kamu. Tapi sebagai tanda nak mummy maafkan, kamu berdua kena buat majlis dekat sini juga. Barulah mummy boleh maafkan kamu berdua." kata Puan Hazel sekadar ingin mengusik.
Erianna pandang Rayyan dan begitu juga suaminya itu sebelum mereka berdua tertawa kecil. Rayyan terus memeluk tubuh Puan Hazel.
"Thank you, mummy. Thank you so much."
"You're welcome, son. I know you can be the best husband for her."
Lara yang melihat semua itu hanya membuat riak wajah bosan. Aryan dan Ardell perasan. Minah ni tak sudah-sudah dengan jeling mata dia. Gila ke? Entah-entah kecewa sampai rasa nak berguling-guling haha.
🔥
"Kenapa senyap je kat bawah tu? Tak ada pula aku dengar bunyi kuali terbalik ke... cawan pecah ke..." Zach pelik. Biasanya dalam drama melayu ada je macam-macam jadi. Kena halau rumahlah, bergaduh tarik rambutlah.
"Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Edryl. Tiba-tiba je semua kena halau berkumpul dekat ruang tamu tingkat atas.
Shawn, Haikal dan Zach berpandangan. Nak bagitahu ke tak eh?
"That was Ray's mom." celah Asyraff. Mata ditumpukan pada screen laptop menyiapkan kerja apa yang patut.
"Perempuan yang ada dengan dia tu siapa pula?" giliran Luis bertanya. Memang semua perasan akan kehadiran Lara tadi bersama Puan Hazel.
"Kakak tiri Fran. Dan Fran tu pula sepupu Ray kiranya perempuan tu jadi sepupu Ray juga."
"Diaorang memang rapat ke?" soal Edryl lagi.
"Taklah rapat mana tapi dulu sebelum Ray kahwin, Aunty Hazel beria gila nak Lara jadi menantu. Minah tu punya gedik macam ulat bulu kena geletek. Geli aku. Lepas tu kalau jumpa dengan Ray, pakaian dia aku rasa macam nak rentap. Tak cukup kain. Harap je keluarga kaya." berbakul-bakul Zach selamba mengutuk gadis bernama Lara. Siapa je suka minah lentik lentok tu?
Edryl dan Luis rasa nak ketawa. Ulat bulu kena geletek? Gila ke Zach ni? Silap-silap bukan ulat bulu kena geletek tapi kau tu yang gatal-gatal macam kena geletek.
"Habis tu mak Ray okay ke bila Ray kahwin dengan adik aku?" soal Luis. Manalah tahu kalau jadi macam dalam drama melayu. Mak mertua tak suka lepas tu suruh cerai. Tak gitu?
Zach menjungkitkan bahu. "Entahlah. Itu sebab aku pelik kenapa senyap je kat bawah tu. Tunggu jelah nanti bila diaorang dah balik."
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.