Dia memerhati Adam sedang membelek senjata yang baru saja diterima secara haram. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Katanya mahu membalas dendam.
"Kau dah suruh budak kau langgar dia, apa lagi kau nak? Aku tak fahamlah kau dendamkan apa lagi dengan dia?" soal lelaki kacukan itu. Fasih dia berbicara bahasa melayu.
Adam tersenyum sinis. "Just shut up your fucking mouth."
"You know right I am the only one help you to get all of this?" soalnya seperti menyindir. Kalau bukan sebab dia, tak adanya Adam dapat semua bekalan senjata dengan banyak.
Adam mencebik. Mulalah tu nak ungkit.
"So, what's your next plan?" soal lelaki itu lagi. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bilik tersebut. Ikutkan dia, malas nak masuk campur tetapi dia sudah di paksa oleh Adam.
"Thanks to you, aku dah tahu location Erianna dekat mana. Tak lama lagi dia akan sampai sini sekali dengan adik jantan tu. But before that, aku nak serang satu tempat ni sebelum aku dapatkan Erianna semula." kata Adam dengan tersenyum sinis. Serupa seorang psycho.
"Where?"
"R'Ez Hospital."
Lelaki itu menjungkitkan keningnya. Dia kenal hospital itu. "For what? Kau nak buat apa pergi sana?"
"Budak-budak aku baru dapat tahu yang Ray dengan kawan-kawan dia warded dekat situ. So, I guess I want to play some game. Lepas tu, barulah aku plan untuk tangkap Erianna pula."
"What do you mean play some game? Jangan kata kau nak..."
Adam pandang lelaki itu dan senyum sinis. "Yeah, I want to attack that hospital."
"Huh! Such a psycho." kata lelaki itu sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Kali ini dia tak mahu ikut serta plan gila Adam. Serang hospital? Seriously? Kau dendam dengan orang lain tapi sampai semua orang tak bersalah kena terlibat sekali.
Adam merenung setiap satu gambar yang ditampal pada dinding bilik tersebut. Target utama dia, Rayyan Hans. Wajah lelaki itu direnung penuh kebencian. Sekarang dia sudah tahu siapa punca perkahwinan dia dan Erianna terbatal pada malam itu. Ada satu 'bukti' mengatakan bahawa serangan di dewan hotel tersebut datangnya dari Rayyan.
"I guess... right now is my turn? Haha just wait and see, Rayyan Hans Ezkiel. Aku akan dapatkan semula hak aku dan aku juga akan balas balik apa kau dah buat." kata Adam seorang diri penuh rasa dendam.
🔥
Tinggal hanya beberapa jam saja lagi sebelum kapal terbang mendarat. Haikal sibuk menguruskan beberapa kerja penting. Aryan pula termenung ke luar tingkap kapal terbang sama seperti Erianna.
Sejak dari kejadian tadi, Erianna langsung tak bersuara dengan dua orang jejaka itu. Bila ditanya, dia hanya membalas dengan isyarat kepala sepeti angguk ataupun menggeleng. Aryan faham dan dia juga tak mahu memaksa gadis itu.
"Yan, kejap lagi kita dah nak landing."
"Budak-budak dah tunggu kat sana?" soal Aryan mendatar.
Haikal angguk. "Semua dah tunggu. Sampai je nanti kita terus gerak pergi hospital. Atau kau nak balik rumah dulu?"
"No need. Terus pergi hospital."
"Alright." Haikal kembali ke tempat duduknya. Erianna di tempat duduk sebelah di pandang sekilas. Gadis itu masih berdiam diri. Tiba-tiba dia rasa serba salah kerana memarahi gadis itu sewaktu dalam kereta tadi.
"Erianna." tegur Aryan tanpa memandang gadis itu.
Erianna diam.
"I know you're scared with me and Haikal. Tapi jangan salahkan Haikal dengan yang lain especially Ray. Apa yang you nampak, cukup untuk you salahkan I je. Yes, I'm a killer. I'm not a good guy but trust me, I buat semua ni bersebab. Kitaorang bukan jenis pembunuh jahat macam dekat luar sana. I takkan bunuh orang sesuka hati tanpa sebab. And I know what I do. That's it." kata Aryan mendatar. Dia tak mahu Erianna salahkan semua orang sedangkan dia yang bersalah dan dia juga punca Erianna tahu tentang rahsia mereka.
Erianna masih diam. Dia bukanlah hendak letakkan semua kesalahan pada Aryan. Cuma dia terkejut. Tak sangka Aryan yang dia kenal dahulu berubah sampai macam ni.
Akhirnya, mereka bertiga selamat tiba ke negara Milan. Sebelum keluar dari kapal terbang itu, Aryan menyuruh Erianna memakai topi serta mask bagi menutup wajahnya. Erianna terima tanpa bertanya apa-apa.
Aryan, Erianna dan Haikal menuruni anak tangga kapal terbang tersebut. Sebuah Aston Martin dan beberapa buah Range Rover sedang menunggu di sekitar kawasan lapangan terbang itu. Semua orang berpakaian serba hitam agak mengejutkan Erianna. Siapa diaorang semua ni?
"Semua dekat sini anak-anak buah Ray dan Aryan." beritahu Haikal seperti faham apa yang difikirkan Erianna sehingga membuatkan gadis itu sedikit terkejut.
"Oh."
"And of course, they're same like us. But not all of them, there are some fighters who not kill people." Haikal melihat Erianna dari hujung matanya. Gadis itu diam membisu selepas dengar apa yang dia katakan.
"Sir." tegur salah seorang anak buah Aryan. Semua menunduk hormat atas kehadiran adik ketua mereka.
Aryan sekadar mengangguk kepalanya sebelum dia masuk ke dalam kereta. Diikuti Erianna dan Haikal. Kereta Aston Martin hitam itu di pandu oleh Haikal meluncur laju meninggalkan kawasan lapangan terbang. Ke semua anak buah Rayyan dan Aryan ikut dari belakang dengan menaiki beberapa buah Range Rover.
Phone milik Aryan menerima panggilan dari seseorang. Nama Shawn terpampar di screen sebelum Aryan mengangkat panggilan tersebut.
"Yan!" jerit Shawn tiba-tiba.
"Tak payahlah nak jerit-jerit nama aku. Apahal call ni? Kitaorang baru je landing and now tengah on the way pergi hospital."
"No! Jangan pergi sana. Kita ada masalah besar."
Aryan pelik. "Pahal pula? Tadi kau cakap abang aku tengah warded dekat hospital. Ni tiba-tiba kata jangan datang. Mana satu ni? Aku tak ada masa nak main-main, Shawn Hazwan."
"Yan, I'm serious. Sekarang kau datang hospital kau, bukan hospital Ray. Dua jam lepas, Adam serang kitaorang dekat situ. Lobby hospital musnah teruk. Nasib baik aku dengan Zach sempat pindahkan Ray dengan Asyraff pergi hospital kau tanpa Adam perasan. We used heli to go your hospital before Adam find out us."
Aryan terkejut. "What?! Adam serang hospital Ray?!! How can he know Ray dekat sana? Apa motif dia tiba-tiba nak serang abang aku lagi?" suara Aryan naik seoktaf.
Erianna di tempat duduk belakang tersentak selepas terdengar Aryan menyebut nama seseorang yang amat dia kenali.
"Adam? Is that Adam Dazril?" soal Erianna membuatkan Aryan dan Haikal terus memandang satu sama lain.
"Yan, I know you say that name just now. Apa maksud you A... Adam serang hospital Ray? Kenapa Adam boleh ada dekat sini? How can you know Adam?" soal Erianna bertubi-tubi. Ada apa-apa lagi ke yang dia tak tahu?
Aryan mengeluh berat. "Shawn, I'll talk to you later. Anything just call me." kata Aryan sebelum dia mematikan panggilan.
"Answer me, Aryan!"
"Yes, it's him. Adam Dazril. Lelaki yang hampir berkahwin dengan you." balas Aryan mendatar.
"W... what do you mean? How can you know him? Apa kaitan you dengan Adam, Yan?"
Haikal di sebelah Aryan hanya mendiamkan diri. Biarlah Aryan yang selesaikan. Dia tak mahu masuk campur. Bila mereka tiba di negara itu, lebih banyak lagi ancaman yang bakal datang. Hanya perlu bersiap sedia saja. Dan ancaman dari Adam, adalah salah satunya.
"I can't tell you everything for now. What can I say, yes I know him but it's not same like you know him, Rian. He's dangerous person. If that night Ray, I dengan Haikal tak datang selamatkan you, you will be his victim. Nasib baik abang-abang you bagitahu Ray lebih awal dan kitaorang sempat buat last plan untuk selamatkan you."
"I know everything about Adam Dazril. That guy and I pernah masuk kelas menembak sama-sama. Like I say, he's not an ordinary person. You masih tak kenal diri sebenar Adam Dazril. So please, bila you dah ada dekat sini tolong dengar cakap I. When we're here, we'll not be safe. Kehidupan keluarga I tak sama macam orang lain. I hope you can understand me." jelas Aryan. Dia hanya beritahu apa yang patut saja pada gadis itu. Selebihnya biarlah abang dia sendiri akan ceritakan.
Perasaan Erianna bercampur waktu itu. Apa maksud Aryan... dia belum kenal sepenuhnya siapa Adam? Terlalu banyak perkara bermain difikirannya lalu Erianna terlena sepanjang perjalanan mereka ke hospital milik Aryan. Harap lepas ni tak ada kejutan lain lagi.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.