Tokk! Tokk!
Selepas memberi ketukan di pintu, Aryan berpeluk tubuh melihat Shawn sedang sibuk membersihkan pistol di tangan. Sebelah kening dijungkitkan. Dah pukul 3 pagi pun tak tidur lagi mamat ni?
"Boleh aku masuk?"
Aik? Sejak bila pula manusia bernama Aryan Ivan ni reti minta izin dulu?
"Masuk jelah. Bukannya rumah aku pun." balas Shawn tanpa nada. Langsung tidak mengangkat wajah memandang ke arah Aryan.
Aryan sekadar mencebik. Eleh nak sindir akulah konon. Merajuklah tu. Dah tua pun nak merajuk eloklah siapa dapat jadi bini dia nanti.
"Tengah buat apa?" soalan Aryan kedengaran agak 'kurang bijak' pada pendengaran Shawn.
"Tanam orang. Kenapa? Nak join sekali ke?" balas Shawn layankan pertanyaan lelaki itu. Dah alang-alang dia nak ajak bodoh sama-sama apa salahnya.
"Oh... tanam orang. Tak nampak pun mayat. Mata beriman je ke yang nampak?" seloroh Aryan. Badan disandarkan pada hujung meja sambil melihat tangan Shawn masih setia bekerja.
Shawn terus menjeling Aryan. Ada juga kau yang aku tanam kejap lagi. Banyak pula soal dia. Cakap jelah terus nak apa datang turun bawah tanah ni.
"Kau marahkan aku ke pasal tadi?" soal Aryan.
"Nampak macam aku tengah marah aku ke?" soal Shawn semula.
"Mana tahu kau marah. Baru ingatkan nak belanja Lambo sebiji tanda minta maaf." kata Aryan membuatkan Shawn tersengih sinis.
"Kau? Nak belanja aku Lambo? Aku mati hidup balik pun belum tentu dapat sebiji depan mata." perli Shawn.
Terus Aryan melepas tawanya terbahak-bahak. Alah... baru nak ajak bergurau. Nampaklah Shawn sebenarnya tak marah pun dengan dia.
"Aku minta maaf okay sebab tumbuk kau tadi."
"Dah nak mampus ke tiba-tiba minta maaf?"
Aryan menjeling. "Eh, mangkuk! Kira okaylah aku turun ni minta maaf dengan kau. Kalau tak memang tak ingin punlah. Memang elok muka kau tu kena tumbuk dengan aku. Biar sedar diri sikit, otak degil!"
"Cakap jelah sebenarnya Ardell yang suruh kau jumpa aku minta maaf bagai."
Sekali lagi tawa Aryan terletus. Macam tahu-tahu je mamat ni. Bela saka ke? "Tapi kau tak terasa pun kan dengan aku? Bukannya tak biasa bergurau macam tu."
"Apa-apa jelah Aryan. Kalau ikutkan hati nak aje aku tumbuk kau balik tadi. Buka gelanggang WWE terus dekat situ." kata Shawn lalu menjeling Aryan.
"Berani kau nak tumbuk aku?" Aryan menjegilkan matanya.
Shawn mencebik. "Apa ingat aku tak berani ke? Kalau Ray tu lainlah. Setakat kau ni huh! Cabut break kereta kau pun aku berani."
Ktik!
"Sakitlah, bingai!" marah Shawn sambil mengusap dahinya di jentik oleh Aryan. Merah dahi aku kejap lagi siaplah dia! Memang betul-betul aku buat putuskan wayar break kereta dia tu.
"Kena jentik pun sakit. Kata gentle, bro." perli Aryan.
"Diamlah!"
"Ehem. Lama lagi ke nak berdrama kat sini?" suara Asyraff menegur dua orang jejaka itu membuatkan mereka segera menoleh ke pintu. Asyraff sedang elok berdiri sambil tangan berada di dalam poket hoodie.
"Salam mana salam? Tak reti bagi salam dulu ke? Biadap betul kau ni. Kalau aku ada sakit jantung macam mana?" marah Aryan tiba-tiba.
Asyraff menjungkitkan sebelah keningnya. "Aku bagi salam pun bukan korang dengar. Kau sakit jantung? Kalau mati tanam jelah apa susah." balasnya tenang. Langsung tak ada rasa nak bergurau dengan Aryan.
"Kau buat apa datang sini, Raff? Takkan tak tidur lagi?" soal Shawn.
"Tu aku patut tanya kat korang berdua. Asal tak tidur lagi? Tahukan esok kena gerak pergi pejabat awal."
"Alah, cuba chill sikit. Tak lari punlah pejabat tu. Nak suruh datang awal, sebelum subuh pun aku boleh sampai." kata Aryan dengan nada bangga. Dia punya cakap pijak semut pun tak mati.
"Bisinglah kau ni, Yan. Ada juga aku sumbat grenade dalam mulut kau karang." marah Shawn geram.
Aryan menjeling. Huh!
"Apa pasal datang sini?" soal Shawn sekali lagi.
Asyraff melangkah masuk ke dalam. Dengan jarak tidak berapa jauh dari meja Shawn berada, dia berhenti. Satu alat kecil dikeluarkan dari poket hoodie yang dipakainya.
"Tahu apa benda ni?" soal Asyraff mendatar.
Berkerut dahi Shawn melihat alat tersebut. "Nampak macam alat pengesan. Kau nak buat apa dengan benda tu?"
"Exactly. This is not mine. Zach jumpa benda ni bawah kereta kau. Jadinya tak peliklah kalau kau tak perasan pasal benda ni. And i guess... diaorang letak benda ni waktu kau masih dalam mall." jelas Asyraff. Alat tersebut dicampakkan di atas meja. Aryan terus membelek alat itu.
"Kerja siapa? Hidup lagi ke benda ni?" soal Aryan mendatar. Nampak je kecik alat tersebut tetapi cukup bahaya untuk mereka semua dalam rumah tu.
"Him." balas Asyraff sepatah mampu membuatkan Aryan dan Shawn terkedu seketika.
"One more thing. Ray suruh bagitahu mulai esok kau dah boleh masuk kerja macam biasa. Biar Haikal dan Zach ganti tempat kau untuk jaga Erianna dan Ardell dekat rumah." kata Asyraff pada Shawn sebelum berlalu pergi.
"Yan..." Shawn pandang wajah Aryan.
"Don't say anything. Huh! Aku tak sangka pula dalam masa yang sama sampai dua orang tengah memburu keluarga kita." rungut Aryan lalu satu keluhan berat dilepaskan.
🔥
Adam merenung tajam setiap satu keping gambar yang di gantung pada dinding bilik tersebut. Sekarang dia masih lagi berada di Malaysia dan dia tahu, Rayyan dan yang lain sudah pun kembali pulang ke negara Milan. Dia perlu buat sesuatu dengan segera!
"What are you doing?" soal satu suara dingin datang dari arah belakang Adam.
"What should we do now?" soal Adam pula.
"Do what? That's your job, not mine."
Adam merengus geram selepas mendengar jawapan lelaki itu. Rambutnya terus diserabutkan. Dia tahu lawan dia sekarang ini bukanlah calang-calang orang. Jadi dia perlu memastikan sesuatu rancangan itu di atur dengan teliti.
"Just give up, Adam. You can't fight him to get Erianna. Just accept that Erianna can't be yours anymore." kata lelaki itu membuatkan Adam serta merta menendang meja di arah kanannya dengan kuat.
Bumm!
"Diam!" jerit Adam.
"You're sick." kata lelaki itu lagi dan berlalu pergi. Malas mahu melayan mental Adam yang terlalu obses untuk rampas semula Erianna dari Rayyan.
Tiba-tiba Adam tersenyum sinis. Satu wajah pada kepingan gambar tersebut direnungnya penuh bermakna. Adam mengambil gambar tersebut.
"Apa kata kalau aku tak dapat Erianna... kita guna cara lain." wajah seorang gadis tersenyum manis dalam kepingan gambar itu seperti bakal menjadi manga Adam yang seterusnya.
"Just wait... and see." gumam Adam perlahan serupa gaya seorang psiko.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.