Bab 26

23.1K 1.5K 123
                                    

[Disclaimer : for this chapter, akan fokus seketika pada scene Asyraff]


Masalah keluarga? Entah kenapa persoalan itu sering bermain di minda Asyraff. Dari riak wajah gadis itu, dia seakan cuba untuk tidak mahu menceritakan soal masalah tersebut. Dan Asyraff pun sedar dirinya bukanlah sesiapa bagi Alisha untuk mengetahui lebih.

Haih... dari aku sibuk fikir masalah orang luar, baik fikir untuk siapkan kerja dekat sini secepat mungkin. Kejap lagi mesyuarat bakal bermula. Tapi ada masa lagi 15 minit, batang hidung client pun tak nampak. Ni yang dia tak suka. Bagi prinsip hidup seorang Darren Asyraff, menepati waktu itu adalah paling penting.

Air ice coffee latte yang dibelinya sewaktu di cafe milik Mikayla tadi, dia renung seketika. Tanpa sedar, Asyraff tersenyum sendiri. Air tersebut di sedut perlahan.

Not bad. Sedap.

"Maybe I should try more..." gumamnya perlahan.

Tokk! Tokk!

"Mr Darren Asyraff." tegur salah seorang pekerja lelaki merangkap pembantu Rayyan di aras tersebut. Kiranya anak buah Rayyan yang berjawatan agak tinggi tetapi masih lagi di bawah posisi Aryan dan yang lain.

Asyraff mengangkat wajah. "Yes?"

"Meeting will start soon. Our client is already here." beritahunya tepat lagi 10 minit sebelum mesyuarat bermula.

"Alright, thanks. I'll go there." balas Asyraff. Ipad serta beberapa buah fail dibawanya bersama masuk ke dalam bilik mesyuarat. Beberapa orang yang dikatakan oleh Rayyan sudah berada di dalam bilik itu.

"We should start now." kata Asyraff serius. Tempat duduk kosong diambilnya.

Dua jam berlalu, akhirnya mesyuarat tamat. Asyraff bersalaman dengan pihak client lalu dia kembali semula ke dalam bilik pejabatnya. Ada lagi dua mesyuarat dia perlu hadiri. Satu pada jam 2 petang dan satu lagi pada jam 8 malam. Salah satunya bertempatkan di sebuah restaurant mewah. Biasalah typical dato' dato'.

Phone dari dalam poket blazer dikeluarkan. Nama seseorang dia cari lalu nombor itu dihubungi. Tak sampai beberapa saat, panggilan terjawab.

"Yes, what do you want?"

"You busy ke?" soal Asyraff.

"Nope. Tengah siapkan bahan nak baking dengan Ardell kejap lagi. Kenapa you tiba-tiba call I ni?"

Asyraff diam seketika. Ah! Apa aku cuba buat ni? Dia berdehem sebelum kembali menjawab panggilan Erianna.

"Ni, I ada nak tanya sikit tapi janji tolong jangan bagitahu sesiapa. Ini rahsia antara you dan I." kata Asyraff serius membuatkan Erianna rasa sedikit pelik di hujung talian.

"Okay... what is it? Nampak macam serius je."

"Kawan you tu... I mean, Alisha Hazreen. Sekarang dia tengah sambung belajar dalam bidang kedoktoran. Am I right?"

"That's right but how can you know? Rasanya I tak pernah cerita pasal kawan-kawan I dekat korang semua. Kenapa you tiba-tiba tanya pasal Alisha?"

Asyraff tersenyum nipis. This is Darren Asyraff, okay. Semua benda hujung jari je. Tapi tak adalah sampai dia salah guna kemahiran yang dia ada.

"Tadi I terjumpa dia dekat cafe depan office ni." jelas Asyraff tidak mahu Erianna bersangka buruk.

Kedengaran Erianna menghembus nafas lega. Asyraff hanya senyum sambil kepala digelengkan. Takut sangat aku stalker kawan dia.

"Betul, Alisha kerja part time dekat cafe Mikayla depan office Ray tu. Dia terpaksa cari kerja part time sebab nak tanggung yuran sambung belajar dia tu. I think you know right its not easy for those who take that medical course. Alisha kena tanggung semuanya sendiri since dia dah tak tinggal dengan keluarga dia. They have some family issues. Dulunya, keluarga Alisha tak setuju nak bagi Alisha ambil aliran tu tapi dah minat dia sendiri. Nak atau tak terpaksalah dia kena tanggung semuanya sendiri. Cuma kadang tu ada juga I, Mikayla atau Arissa bantu dia bila perlu."

"Kenapa family dia tak restu?" soal Asyraff pelik.

Erianna menggigit bibirnya. Patut ke dia bagitahu Asyraff tentang masalah Alisha?

"Kalau you tak nak bagitahu I pun tak apa. I'm just curious about her and her family problem. I sedar yang I bukan siapa-siapa untuk tahu soal masalah Alisha." jelas Asyraff tenang. Silap dia juga seboleh-boleh nak tahu tentang Alisha. Dah tak betul agaknya sibuk pasal anak dara orang. Padahal sebelum ni tak pernah pula.

"Umm... kalau I cerita dekat you ni, jangan pula you cakap kat Alisha kalau you jumpa dia dekat cafe lagi."

"Alright. No problem."

Erianna terus menceritakan tentang Alisha pada Asyraff. Adakalanya dia agak tidak percaya dengan apa yang gadis itu hadapi. Kasihan. Itulah terbit dalam hati seorang lelaki bernama Darren Asyraff buat kali pertamanya untuk seorang perempuan.

Takkan dah jatuh hati pandang pertama pula? Ish, jauhkan jelah.

"Hm thanks for everything, Rian. Maaf kalau I ganggu waktu you."

"No, it's okay I tak kisah pun. Cuma I pelik sikit."

Erianna sembunyi senyuman. Rasa sesuatu dengan Asyraff sekarang ini.

"Pelik kenapa?" soal Asyraff masih dalam nada tenang walaupun dalam hati sudah menduga pasti Erianna akan syak sesuatu dengannya.

"Nothing. Okaylah El dah ada kat dapur ni. I nak sambung buat kerja dapur. Anything you can call me later."

"Alright."

Talian dimatikan.

🔥

Pejam celik, sudah empat hari Asyraff berada di bandaraya Kuala Lumpur itu. Berbaki tinggal beberapa hari lagi untuk menyelesaikan semua urusan kerjanya sebelum kembali pulang ke Milan semula. Dalam masa yang sama, setiap kali pergi dan pulang dari pejabat menjadi rutin harian baru Asyraff untuk singgah ke M'Kays Cafe. Kalau tahu dek Aryan ni, mahu kena sakat 7 keturunan.

Pagi ini seperti biasa Asyraff singgah dahulu cafe itu sebelum masuk kerja. Setelah terlihat wajah seseorang di kaunter, dia tersenyum nipis dan kembali riak wajahnya bertukar seperti selalu. Cover sikit. Nanti orang kata gelojoh pula.

"Hi, welcome to M'Kays Cafe." ucap Alisha mesra tanpa melihat siapakah yang sedang melangkah menghampiri meja kaunter itu.

"Encik nak order a..." saat Alisha mengangkat wajahnya, dia bertentangan mata seketika dengan Asyraff. Rasanya ini dah kali ke berapa dia perasan lelaki ini sering datang ke cafe pada waktu pagi dan petang.

Alisha senyum. "Welcome again, Mr Asyraff. Do you want Ice Coffee Latte as usual?" soal Alisha ramah.

Asyraff mengalihkan pandangan ke arah menu. Agaknya boleh terkeluar jantung dia ni bila pandang mata redup gadis itu. Sah! Kau dah gila, Raff.

Gila bayang!

"Ehem. One Ice Buttercream Latte. Extra shot. Also one chicken croissant."

Alisha hanya mengangguk. "Alright. Encik Asyraff duduk dulu tunggu sementara pesanan siap. Nanti saya panggil."

"Thanks." Asyraff berlalu mencari tempat duduk kosong berdekatan dengan bahagian meja kaunter. Tempat punyalah besar, nak juga cari tempat senang curi pandang Alisha buat kerja.

Leka melihat gadis itu sedang menyiapkan pesanannya, tiba-tiba Asyraff terpandang seseorang agak curiga kelakuannya di meja hujung cafe tersebut. Kelihatan lelaki misteri itu juga sedang merenung ke arahnya serta ke arah Alisha.

'Who's that?' soalnya dalam hati.

"Don't tell me..." Asyraff mengepal tangannya saat lelaki misteri itu tersenyum sinis yang ditujukan kepadanya.

"Wanna play game, huh?" soal Asyraff sendirian lalu matanya tajam merenung lelaki misteri tersebut.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now