Ivan'Ez Hospital.
Setiba di hospital, Aryan terus mencari bilik wad abangnya. Secara kebetulan mereka bertiga terserempak dengan Shawn dan Zach yang sedang duduk di bangku koridor. Terus mereka pergi menghampiri dua jejaka itu.
"Shawn. Zach." tegur Aryan.
Shawn dan Zach terus menoleh. Tanpa sempat Aryan bertanya apa-apa, Shawn lebih pantas memeluk lelaki itu. Tangan kanannya berbalut dibiarkan sahaja. Masing-masing diam tak bersuara.
"I'm sorry." ucap Shawn perlahan.
Aryan mengusap belakang badan Shawn dan dia tersenyum nipis. "It's okay, not your fault. Asalkan kau dengan Zach okay. Macam mana abang aku? Asyraff? Still in red zone?" soal Aryan.
"Yeah, masih tak sedarkan diri."
"Macam mana benda ni boleh jadi?"
"Aku tak tahu, bro. Tadi tiba-tiba je budak-budak bagitahu lobby kena serang. Adam bawa ramai gila budak dia. Aku dengan Zach terus minta doktor pindahkan Ray dengan Asyraff pergi hospital kau guna heli. Aku rasa Adam tak sempat nampak kitaorang pergi dari situ. Ramai jugalah patient dekat lobby cedera." jelas Shawn apa yang sudah terjadi sewaktu di hospital milik Rayyan. Sesekali dia melihat Erianna dari hujung mata.
Aryan seakan faham pandangan Shawn. "It's okay, she already know. Adam serang hospital Ray? Aku tak faham, kenapa tiba-tiba dia serang kita?"
"Your bullet." celah Zach. Wajah Aryan direnung.
"What? Apa kena mengena peluru aku dalam hal ni?" soal Aryan pelik.
Haikal baru teringat sesuatu. Bahu Aryan di tepuk perlahan. "Bro, aku rasa Adam boleh detect semua ni kerja kita sebab malam tu kau ada tembak budak dekat pintu belakang hotel. Kau tahukan peluru kau dibuat khas, ada lambang kumpulan kita." kata Haikal mendatar.
Aryan tersentak. Baru teringat malam tu dia ada tembak seseorang. Nafas berat dihembus. Kenapalah dia boleh cuai? Tak pasal-pasal kerja kantoi macam tu je. Patutlah Rayyan beria halang dia buat hal bila balik sana.
"Huh... no wonder." Aryan meramas rambutnya dengan kasar.
"So, what's plan now? Aku tak rasa Adam give up macam tu je. Silap-silap dia boleh detect kita kat sini." kata Shawn sambil memandang wajah rakan-rakannya.
"Stand by. In case apa-apa jadi dekat sini, at least ada back up siap-siap. Suruh budak-budak kita jaga aras ni especially bilik abang aku dengan Asyraff. Yang lain take over lobby." Aryan mula memberi arahan. Wajahnya serius.
Shawn, Zach dan Haikal mengangguk faham. Erianna pula hanya mendiamkan diri dari tadi. Walaupun dia tak faham apa sedang jadi sekarang ini.
"Aku masuk bilik Ray dulu." kata Aryan sebelum melangkah masuk ke dalam wad Rayyan.
Haikal dan Zach meminta diri untuk ke cafe di lobby. Kini tinggal Erianna dan Shawn sahaja di ruangan menunggu. Aras yang mereka berada waktu itu lebih dikatakan kawasan private, hanya ahli keluarga Rayyan saja dibenarkan masuk aras tersebut.
"Umm... Shawn, can I ask you something?" soal Erianna teragak-agak. Hatinya terasa sedikit gugup.
Shawn menoleh lihat wajah gadis itu. "Yes? What you want to ask? Kalau I boleh jawab, I akan jawab."
"Macam mana korang semua kenal Adam? Apa maksud Zach tadi? Bullet? I tak faham apa jadi sekarang ni and Aryan only told me that Adam is not a good person. Is that true? Kenapa waktu I sampai sini tadi, ramai orang datang jemput Iyan turun flight? Please, Shawn... you je harapan I sekarang ni untuk I tanya."
Shawn diam seketika lalu nafas berat dilepaskan. Jadi ada beberapa perkara Erianna dah tahu?
"Adam Dazril, same age with me, Iyan and Haikal. What Iyan told you, yeah that's true. He's very dangerous. How can we know him? Adam ada puak dia sendiri and same just like us. Boleh kata Adam ni sorang ketua kongsi gelap agak terkenal tapi hanya orang tertentu je tahu. He always do any work in silent so anyone can't trace anything but it's easy for us to trace him. Kumpulan Adam bawah lagi dari kumpulan kami. What I can say about that bullet... setiap dari kitaorang, ada peluru tersendiri. Special made by Haikal. Jadinya kalau kitaorang salah guna, ada orang akan tahu yang itu bullet dari salah sorang dalam kumpulan ni. I tak boleh bagitahu you lebih sebab hal ni patutnya you dengar dari Ray sendiri and one day he'll told you." jelas Shawn.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.