Bab 35

21.4K 1.4K 86
                                    

Pintu bilik kerja Rayyan dibuka perlahan-lahan. Kelihatan suaminya sedang fokus menghadap laptop di atas meja. Erianna melangkah masuk ke dalam dengan membawa segelas air hot chocolate. Nampak seperti Rayyan tidak perasan akan kehadirannya.

Erianna tersenyum nipis. "Amboi... sibuknya sampai isteri sendiri masuk bilik pun tak perasan." Kata Erianna sekadar ingin mengusik.

Rayyan tersentak. Wajahnya diangkat melihat ke arah Erianna yang sedang berjalan mendekati. "Eh, sayang? Bila masa masuk bilik kerja abang?"

"Macam mana abang nak perasan saya ketuk pintu tu banyak kali kalau dah fokus buat kerja." Gelas air hot chocolate diletakkan di atas meja. Tempat duduk kosong berhadapan Rayyan, Erianna duduki.

"I'm sorry, my lady. Abang kena siapkan kerja penting untuk meeting esok. Sayang ada apa cari abang sampai ke sini?"

Erianna senyum. Gelas air hot chocolate dihulurkan pada Rayyan. "This hot chocolate is for you. Abang busy ke? Saya ada benda sikit nak cakap dengan abang."

"Cakap jelah. Kerja abang ni pun dah nak siap, tinggal lagi sikit. Sayang nak cakap tentang apa?" Soal Rayyan lalu air hot chocolate itu diminumnya sedikit. Hm, sedap!

"This weekend. Abang free tak?"

"Not sure yet. Why? Do you want to go somewhere?"

Kepala digelengkan. "Nope. Saya bukan nak pergi mana-mana. Tapi saya ingatkan nak ajak abang buat aktiviti sikit. Kira macam mini family day since kawan-kawan saya pun lusa nak datang sini lagi. Apa salahnya kita adakan game ke makan-makan ke? Abang okay tak?"

"Mini family day?"

Erianna laju mengangguk kepala.

Rayyan mencapai Ipad di atas meja. Cuba melihat jadual kerjanya jika terdapat kekosongan waktu itu. Hm weekend, ye? Memang ada kosong tapi dia risau kalau tiba-tiba ada kerja tertunggak dan perlu disiapkan segera.

"Macam mana? Boleh ke?" Soal Erianna tidak sabar. Harap sangat hujung minggu ini suaminya ada masa terluang. Dia pun dah excited untuk adakan family day bersama dengan yang lain.

"Mungkin abang free tapi tak pasti lagi. Nanti abang akan cuba confirm kan semula. Kenapa sayang tiba-tiba je ajak buat family day ni?"

"Actually El yang nak tapi saya tumpang excited sekali." Erianna tersengih memandang suaminya.

"Okay. Abang cuba kosongkan jadual. Rasanya tak ada apa-apa kerja penting kot untuk minggu ni. Lagi pun, sayang nak main game apa nanti?"

Erianna senyum lalu kening dijungkitkan beberapa kali. "It's a secret. Tunggu jelah hujung minggu nanti."

Rayyan hanya menggelengkan kepala. Macam-macam hal isteri dia sorang ni. Sejak berkenalan dengan Ardell, bukan main lagi dia dah ada geng dekat rumah. Selalunya kena hadap Shawn atau Zach je. Tak pun Aryan. Ini dah ada Ardell, sukalah dia.

Erianna terpandang sebuah buku hitam agak tebal muka suratnya di atas meja kerja Rayyan. Perasaan ingin tahu isi kandungan buku tersebut menggunung dalam diri. Perlahan-lahan buku hitam itu ditarik tanpa Rayyan sedari.

"The Phoenix Eagle?"

"Hm? Kenapa sayang?" Rayyan mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Namun seketika, mata dia tertumpu pada sebuah buku hitam di tangan Erianna. Rayyan terkedu. Macam mana dia boleh lupa sembunyikan buku itu malam tadi?

Erianna mengangkat wajahnya. "Buku ni buku apa? Kenapa tebal semacam?" Soalnya ingin tahu.

Melihat riaksi Rayyan diam tak menjawab, Erianna rasa serba salah. Mesti isi kandungan dalam buku ini penting bagi Rayyan dan tidak mahu dilihat oleh orang lain.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now