Bab 22

28.5K 1.6K 162
                                    

Aryan termenung ke luar tingkap bilik kerjanya. Pelik. Apa yang tak kena hari ni? Tak tahu kenapa hati dia rasa sedikit resah. Haih... pelik-pelik jelah. Kepala digelengkan beberapa kali.

"Kau dah kenapa geleng kepala sorang-sorang?" tegur Haikal yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik kerja Aryan bersama dengan Zach.

"Ada apa masuk bilik aku ni?" soal Aryan tanpa menjawab pertanyaan Haikal.

"Ni, fail kau minta tadi pagi. Dalam ni ada report kewangan syarikat dekat China. Nampak macam ada yang tak betul je. Kau cubalah check lagi sekali."

"Hm thanks, Kal."

Haikal menoleh ke arah Zach. Sebelah kening dijungkitkan. Zach hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Pelik perangai Aryan semacam je pagi ni.

"Kau okay tak ni, bro?" soal Zach.

"Okay je. Nampak macam aku tak okay ke?"

"Taklah tengok kau macam ada yang tak kena je. Tak nak cerita ke? Atau kau ada gaduh dengan El malam tadi?" soal Zach lagi. Jarang sangatlah Aryan macam ni.

Aryan mengeluh berat. Fail hitam tadi dicampakkan sebelah laptop kerjanya. "Entahlah. Aku rasa tak sedap hati. Mana ada aku gaduh dengan Ardell. Balik semalam aku terus tidur lepas tu masuk gym kejap. Pagi tadi baru jumpa dia."

"Habis tu asal kitaorang tengok kau macam mak ayam hilang anak?" soal Haikal pula.

"Tak tahulah. Dah nak mampus kot aku ni."

"Hoi!" marah Haikal dan Zach serentak.

Aryan terus melepas tawanya. "Rileklah korang ni. Gelabah apasal? Tak ada apalah, aku okay je. Ni nanti nak lunch mana? Aku macam teringin nak cari steak."

"Ikut kaulah. Kitaorang okay je janji kau yang belanja." Haikal tersengih sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"Otak kau. Bila masa aku kata aku belanja? Nanti pandailah aku minta kad Ray hahaha."

"Dasar kedekut!" sekali lagi, Haikal dan Zach serentak bersuara.

🔥

Hampir tiga jam Shawn setia mengekori Erianna dan Ardell berjalan mengelilingi pusat membeli belah besar itu. Diaorang ni tak reti penat ke? Kaki aku dah macam nak tercabut dah ni!

"Hello, ladies. Lama lagi ke nak shopping ni? Korang tak rasa penat ke hah berjalan sana sini dari tadi?" soal Shawn sambil membetulkan beberapa beg kertas pada kiri dan kanan tangannya.

Ardell menoleh ke belakang. "Alah... baru tiga jam, Shawn. Sabarlah sikit ada lagi barang El nak beli. Along suruh El tinggal kat sini bukannya sekejap so apa salahnya El nak shopping sikit."

"Masalahnya dah banyak ni El shopping. Tak kesian ke kalau Erianna pun dah rasa penat?"

"Err... akak dah penat ke? Nak rehat kejap tak? Maaflah kalau El asyik ajak akak ke sana sini sampai lupa nak tanya akak okay ke tak hehe. Biasalah El memang macam ni bila shopping. Terus tak ingat benda lain dah." Ardell tersengih. Rasa serba salah dengan kakak iparnya.

Erianna senyum. "Akak okay je. Tapi betul apa Shawn kata tu, dah banyak barang El beli. Ni pun dah lama kita keluar. Akak risau tiba-tiba Ray balik awal je."

"Hmm... okaylah kalau macam tu. El rasa dah cukup kot. Kalau tak cukup esok lusa boleh keluar lagi. Jomlah kita balik." kata Ardell membuatkan Shawn bersorak gembira dalam hati. Akhirnya!

Sempat Shawn mengenyitkan mata pada Erianna tanda terima kasih. Erianna senyum sambil menggelengkan kepala. Bukannya dia tak perasan lelaki itu nampak penat menemani Ardell berjalan satu bangunan pusat membeli belah besar itu. Kesian pula rasa.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now