Bab 2

45.8K 2.8K 82
                                    

2 bulan sebelum...

"No! Edryl tak setuju dengan keputusan papa. Kenapa papa nak libatkan Erin dalam hal syarikat papa? Edryl tahu keadaan syarikat papa tengah tak okay sekarang ni tapi apa yang papa cuba buat ni seolah-olah papa cuba taruhkan anak perempuan papa." kata Edryl membatah dengan cadangan papanya.

"Damian Edryl, papa tak ada jalan lain lagi dan itulah satu-satunya syarat yang keluarga Adam bagi untuk bantu syarikat papa. Kamu pun tahukan separuh saham syarikat papa ada kaitan dengan keluarga Adam. Dan Adam juga janji nak bantu papa pulihkan semula syarikat cuma dengan syarat papa kena tunaikan permintaan dia untuk berkahwin dengan Erianna." kata Encik Adrian tegas. Tajam matanya merenung wajah anak sulungnya.

Edryl mengeluh berat. "Edryl faham papa, tapi bukan dengan macam ni caranya. Banyak lagi cara lain kita boleh fikirkan untuk selamatkan syarikat papa."

"Luis setuju apa Edryl cakap tu. Papa tak patut libatkan Erin dalam hal ni. Erin ada masa depan dia sendiri dan papa juga tahukan yang Erin dah ada orang yang dia tunggu selama ni." pujuk Luis Adrian, abang kedua Erianna.

"Sudah! Cukup! Papa tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Pasal siapa orang yang Erianna tunggukan tu papa tak kisah. Kalau betul dia mahukan Erianna, suruh dia jumpa dengan papa! Bukan menghilang macam tu je. Keputusan papa muktamad. Lagi dua bulan, Erianna bakal berkahwin dengan Adam." kata Encik Adrian lalu keluar dari bilik kerjanya itu meninggalkan dua beradik tersebut di dalam.

Edryl dan Luis duduk di sofa lalu masing-masing menghela nafas berat. Itulah sikap papanya. Susah untuk terima pendapat orang lain. Ego.

"Macam mana ni, Edryl? Patut ke kita contact diaorang semula?" soal Luis.

"Aku pun tak tahu. Macam mana kita nak contact dengan diaorang semula sedangkan apa-apa pasal diaorang pun kita tak tahu. Cuma satu je aku ingat, dia pernah janji lima tahun lepas bila dah selesai semua kerja dia, dia janji yang dia akan datang semula. Aku tak tahu bila dia maksudkan tu." balas Edryl.

"Habis tu macam mana? Takkan kita nak biarkan je papa teruskan majlis Adam dengan Erin? Aku tak sanggup nak tengok adik aku kena paksa macam tu."

"Kau ingat aku sanggup ke tengok adik perempuan sendiri kena paksa kahwin dengan lelaki tu hanya disebabkan hal syarikat papa?" Edryl menjeling Luis. Ingat dia tak sayang adik sendiri ke?

Ting!

Phone milik Luis bunyi seperti menerima pesanan mesej. Luis keluarkan dari pocket hoodie yang dipakainya. Satu pesanan diterima dari nombor tidak dikenali lalu membuatkan dia terus pandang ke arah Edryl.

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Mesej apa kau dapat?" soal Edryl pelik.

"Aku rasa kita dah ada jalan untuk tolong Erin." kata Luis sambil menunjukkan pesanan tersebut pada Edryl. Kelihatan wajah abangnya itu sedikit terkejut.

"Seriously?!"

🔥

Range Rover hitam itu tiba di kawasan penthouse Rayyan. Sekeliling penthouse itu di jaga dengan ketat oleh anak-anak buahnya.

Laptop ditangannya di tutup lalu dia hulurkan pada Haikal yang berada di tempat duduk hadapan. "Pass this laptop to Aryan and remember, tomorrow we have meeting at 11. Don't make any excuses." kata Rayyan mendatar.

"Kenapa kau tak bagi sendiri je?" soal Haikal.

"Ada kau nampak kelibat dia sekarang ni? Tak adakan? Aku tahu awal lagi dia dah cabut masuk rumah dulu." Rayyan membuka pintu tempat duduknya lalu keluar dari dalam kereta.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now